Archive for the Category ◊ Motivasi ◊

19 Feb 2011 Program Bersama Ibu bapa SMK Perempuan Kapar
 |  Category: Motivasi |  Leave a Comment

Dengan izin Allah SWT, program keibubapaan yang bertajuk ‘Ibubapa Lakaran Masa Depan Anak’ telah dijayakan di atas jemputan Pengetua sekolah dan PIBG melalui Cik Puan Saleza selaku Kaunselor di sekolah berkenaan.

Program bermula jam 8.50 pagi dan berakhir secara rasminya pada 10.45 pagi tadi.

Dari maklum balas ibubapa yang diterima sangat memuaskan, Insyaa Allah kami cuba bagi memenuhi keperluan para ibubapa yang mahu masa di tambah di masa depan. Ya banyak lagi isu yang ingin dibicara tidak dapat dihuraikan kerana kesuntukan masa.

Alhamdulilah buku-buku ‘parenting’ juga laku keras, ini menunjukkan para ibubapa SMK Perempuan Kapar, merupakan individu yang sentiasa mendampingi buku. Tahniah dan Syabas.

Sedih kerana tidak sempat untuk berbicara secara peribadi dengan para ibubapa yang hebat. Semoga Allah memberikan peluang untuk kita berjumpa lagi.

Bagi sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ataupun NGO yang ingin menjemput kami bagi menjayakan program di tempat mereka, mohon hubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

18 Oct 2010 Zikir Seorang Manusia Dalam Kehidupan 24 Jam Sehari
 |  Category: Motivasi, Panduan Hidup |  One Comment

Assalamualaikum sepupu-sepupu yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Ya Allah sesungguhnya kami tidak tahu apa-apa, maka bantulah kami. Amin.

Seorang sifu saya bertaraf ustaz yang saya amat kasihi dan hormati, sentiasa memberi informasi berkenaan dengan keperluan hidup.

Allah menciptakan kita supaya kita beribadah kepadaNya.

Apabila disebut zikir, ataupun satu dari pengertian adalah mengingati Allah dengan sepenuh jiwa.

Apabila dalam kehidupan kita seharian, kita dikatakan sedang mengingati Allah iaitu ‘berzikir’ apabila kita melakukan sesuatu seperti di bawah.

1. Bangun pagi dengan mengucapkan rasa syukur kepada Allah yang terus menghidupkan kita lagi.

2. Sembahyang solat Subuh

3. Bersarapan dengan memulakan bacaan bismilah…

4. Membeli makanan yang ada halal ataupun tanda halal yang sah.

5. Membeli barangan keperluan di kedai kepunyaan Muslim kerana turut perintah Allah untuk Fardhu Kifayah.

6. Beli kereta dengan jurujual muslim  supaya sebahagian dari pendapatan jurujual dapat dikeluarkan zakat dan juga kerana Fardhu Kifayah kita membeli dari beliau.

7. Hantar kereta servis di workshop kepunyaan Muslim memenuhi arahan Allah Fardhu Kifayah.

8. Beli rumah ambil pinjaman yang Islamik – menurut perintah Allah

9. Beli rumah ambil pinjaman di bank yang dikuasi Muslim – Fardhu Kifayah

10. Memberi salam dengan orang asing yang kita jumpa – sunnah nabi

11. Berpakaian yang menutup aurat – turut perintah Allah

12. Bercakap berkenaan perkara yang Allah redha – turut perintah Allah

13. Membaca buku-buku yang dapat mengingatkan kita kepada kebesaran Allah – turut perintah Allah

14. Mengisi minyak di stesyen minyak yang dikuasai oleh Muslim -Fardhu Kifayah

15. Membeli keperluan rumah di kedai runcit kepunyaan orang Muslim – Fardhu Kifayah

16. Membantu orang lain berjaya – Sunnah nabi

17. Parking kereta tanpa menyusahkan jiran yang ingin menggunakan parking disebelah. Jiran di sini tidak semestinya di kawasan perumahan tetapi juga di pasaraya, pejabat ataupun di bandar.

18. Membeli handphone yang memenuhi keperluan sahaja.

19. Menghantar anak ke tadika yang dikuasai Muslim supaya didik mengikut acuan Allah – Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain

20. Tidak mengambil pinjaman ataupun membuat perlaburan yang jijik (RIBA) dan sebagainya.

21. Membeli gula-gula untuk anak-anak yang ada tanda halal jakim yang jelas.

22. Memakan makanan di restoran ataupun gerai yang disediakan oleh orang Muslim ataupun kepunyaan Orang Muslim.

23. Membaca blog yang memberi kita kemahiran yang halal sepanjang berteduh di bumi yang sementara ini.

24. Menonton rancangan yang bermanfaat seperti Tanyalah Ustaz di TV9 pada jam 7 pagi. Mendengar tazkirah di corong-corong Radio dan juga di surau ataupun Masjid.

25. dan lain-lain.

Apabila di lihat kepada senarai di atas, kita mungkin terkejut, kerana itulah kehidupan kita sebenarnya. Kenapa kita melakukan perkara-perkara seperti di atas? Kita melakukannya kerana dalam hati kita sentiasa ingin melakukan apa yang diredhai Allah. Kita sebenarnya sedang berzikir pada setiap masa.

Contoh mudah, apabila kita hendak makan, terdetik di hati kita mana kedai orang Muslim – Kenapa kita hendak makan di kedai orang Muslim, kerana kita hendak pastikan kita taat kepada peraturan Allah. Ketika itu kita sedang berzikir (mengingati Allah).

Ustaz saya yang selalu menasihatkan saya, secara puratanya memakan makanan yang dimasak oleh individu yang sembahyang 5 kali sehari tanpa ada yang tertinggal. Individu yang menjadi tukang masaknya adalah orang yang mendirikan solat tahajud boleh dikatakan setiap malam.

Secara kesimpulan, tahniah Tuan dan Puan di atas zikir-zikir yang Tuan dan Puan lakukan dalam kehidupan harian termasuk menghantarkan emel yang dilengkapi dengan doa kepada Shamsuddin Kadir juga.

Teruskan usaha Tuan dan Puan itu sehingga ke akhir hayat.

Akhir kata, Tahniah, Tahniah, Tahniah. Istiqamah Tuan dan Puan itu membuatkan Shamsuddin Kadir ingin turut serta di belakang Tuan dan Puan dalam mengingati Allah.

Ampun dan maaf di atas setiap kelemahan Shamsuddin Kadir

Dari sepupu

Shamsuddin Kadir

27 Oct 2009 Bengkel Motivasi Diri & Pekerja Cemerlang
 |  Category: Bengkel, dimensi, Motivasi |  2 Comments

Pada hari Isnin, 26 Oktober 2009 SK menjayakan bengkel Motivasi Diri & Pekerjca Cemerlang yang dihadiri oleh ahli Puspanita di bawan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ianya di adalah di Aras 5, Perpustakaan Negara Malaysia.

Di atas jemputan dari Cik Puan Halimathun melalui Cik Puan Toon HOon Chin. Terima kasih (saya suka) di atas sokongan yang diberikan sepanjang program berjalan.

SK seronok sangat di atas semangat yang ditunjukkan oleh mereka sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Saudari semua adalah mempunyai potensi luar biasa. Tahniah, saya suka.

“Menarik, tertarik Tuan memang the bomb” Cik Puan Haslinda Kasim

“Banyakkan lagi bengkel seperti ini lagi, Best and Enjoy” Cik Puan Farrah Diba Mohd Ishak

“Isu yang serius tetapi dikupas dengan cara yang santai dan menghiburkan” Cik Puan Suriyawani Sulaiman

“Kelas, mantap & berinformatif” Cik Puan Akmal Fardhiana Muhamad

“Bagus, fokus dan membina Kejayaan” Cik Puan Bechik Kemarak

 

“Harap saya dapat mengikuti bengkel susulan selepas ini, kerana ia amat membuka minda saya” Cik Puan Rosliza Ismail

 

“Amat menarik dan berkualiti. Saya cemburu dengan kemampuan dan Self Confidence Tuan” Cik Puan Musripun Nangim

“Terima kasih, jasamu di kenang” Cik Pun Rani Ilyani HIlmi

“Ceria, memberangsangkan dan patut dipratikkan” Cik Puan Rodziah Che Omar

“Program ini sangat bagus di sampaikan dalam keadaan yang sungguh memberangsangkan, saya amat suka” Cik Puan Norhajar Zainal Abidin

“Cemerlang, Gemilang, Terbilang untuk diri sendiri dan semua peserta” Nor Hafizah Hasan

“Sebuah bengkel motivasi yang sangat menarik, bukan sahaja sebagai seorang manusia, tetapi juga sebagai seorang hamba Allah” Cik Puan Siti Suraya – KPKK

“Baik, menarik dan berminat untuk sertai di masa akan datang jika diberi peluang” Cik Puan Noraziah Abu Kasim

 

“Sangat menarik, perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang tajuk ini semakin tinggi” Cik Puan Arni Aziz

 

“Sangat menarik dan amat saya sukai. Buatkan saya lupa tentang masalah lain. Ketawa dan senyum jadi peneman dikala kursus berlangsung” Cik Puan Norhajar Zainal Abidin

“Program ini membuatkan saya lebih berfikir dan berpandangan luas. Keep it up. Well done…. Thank you very much” Cik Puan Farah Diba Mohd Ishak

Apakah cadangan Cik Puan untuk kami meningkatkan lagi kualiti bengkel ini?

Cadangan saya adalah lebihkan masa kerana bengkel ini amat menyenangkan dan menggembirakan. Cik Fara Diba Mohd Ishak.

“Panjangkan tempoh kursus ini kepada satu minggu atau lebih”  Cik Puan Norhajar Zainal Abidin

10 Nov 2008 Tangki Gas Memasak Yang Berisi NGV Meletup
 |  Category: Motivasi |  3 Comments

Ini adalah satu daripada kejadian yang saya berharap tidak pernah dan akan berlaku di Malaysia. Harapan saya berkecai, kerana pada tanggal 8 Nov 2008, jam 7.51 malam sebuah van meletup di Melaka ketika mengisi gas asli kenderaan (NGV) ke dalam tangki gas memasak yang telah diubahsuai. Itu seperti yang dilapurkan oleh akhbar tempatan.

Kemalangan ngeri itu mengakibatkan kaki kirinya hancur dan perutnya terburai. Meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengadung.

Adakah kenaikan harga minyak di peringkat dunia suatu ketika itu berbaloi dengan tindakan cuba mencari sedikit keuntungan dengan menjadi ‘saintis sehari’?

Kemalangan itu bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan kepada kenderaan tersebut, juga boleh mengacam manusia yang tidak bersubahat dan juga merosakkan pump Gas. Sampai bila, pengguna gas lain terpaksa menunggu sehingga pembaikan kerosakan kepada sistem gas itu berfungsi seperti sedia kala?

Jangan kerana nila setitik habis susu sebelangga.

Apabila bila ianya berlaku adakah dengan penjimatan minyak selama sebulan dapat mengembalikan nyawa yang sudah melayang?

Adakah dengan penjimatan tidak perlu membeli tangki gas NGV yang sepatutnya dapat mengembalikan anak yang sudah menjadi yatim sebelum lahir ke bumi Tuhan?

Walaupun dihimpit dengan tekanan ataupun bebanan sara hidup, jangan jadikan ianya alasan untuk bertindak di luar batasan dengan mencari penjimatan yang mengundang maut.

30 Oct 2008 Diari SK : Kursus Dimensi II di PSMB
 |  Category: Motivasi |  Leave a Comment

Jika diizinkan oleh Allah, saya akan menjayakan kursus Dimensi Diri II di Pembangunan Sumber Manusia Berhad mulai esok 31 Okt sehingga 1 Nov 2008. Seramai 29 peserta akan menyertainya. Puan Fiza adalah fasilitator yang akan membantu saya melancarkan perjalanan kursus 2 hari ini.

Kursus ini akan di adakan untuk sesi kedua pada 21 dan 22 November nanti, bilangan peserta juga kekal dengan 29 peserta. Berkemungkinan besar saya tidak dapat mengemaskini halaman blog ini, walau bagaimanapun saya akan cuba mencari masa terluang bagi membaca komen ataupun pandangan daripada tuan dan puan semua.

20 Oct 2008 Skim Cepat Kaya Menunggu Mangsa Seterusnya
 |  Category: Motivasi |  One Comment

Pernah saya terfikir sampai bila Skim Cepat Kaya akan wujud, ianya seperti menanyakan sampai bila orang akan berjudi? Sifu saya pernah memberitahu bahawa orang yang suka berjudi ataupun terlibat dengan Skim Cepat Kaya adalah orang yang merasakan selepas ini adalah giliran mereka memenangi judi ataupun menjadi kaya. Semakin mereka terlibat dengan Skim Cepat Kaya semakin tinggi harapan dan perasaan bahawa mereka sudah semakin hampir menjadi kaya.

Sebelum ini saya juga ada memaklumkan ke dalam blog ini, supaya kita tidak membaca sebarang flyer yang berkaitan dengan skim cepat kaya. Ini bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan kata-kata ‘perangkap’ yang ada di dalam flyer. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya, itu yang menyebabkan ada lagi yang masuk dalam perangkap.

Satu daripada dilema yang saya hadapi adalah lambakan flyer di dalam peti surat rumah dan juga lambakan emel yang berjudul seperti :

  • Ingin duit raya

  • buat duit

  • tambah pendapatan

  • kaya cepat

  • dan banyak lagi

semuanya membuatkan saya terpaksa membazir masa untuk memadam ‘delete’ emel-emel yang tak berkenaan. Saya tidak akan membacanya, kerana jika saya membuka satu per satu saya tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan.

Selagi kita tidak mengelakkan diri dari membuka emel ataupun membaca flyer, selagi itu peluang untuk kita ‘terpengaruh’ adalah amat tinggi sekali.

Elakkan menjadi mangsa Skim Cepat Kaya, dengan rajin berusaha bagi mencari duit secara praktikal.

15 Sep 2008 Akan Terbit : Biskut Ajaib
 |  Category: Motivasi |  6 Comments

Entri ulangan (Entri pertama terbit pada 4 September 2008) 

Buku Biskut Ajaib di bawah siri usahawan cilik akan berada di pasaran dalam pertengahan September 2008. Banyak lagi buku-buku dari siri ini akan lahir, antaranya Garaj Aiman.

Buku ini Hasil daripada cetusan idea Puan Ainon Mohd kepada saya ketika Pesta Buku Antarabangsa 2007 berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Insyaa-Allah banyak lagi cetusan idea Puan Ainon yang saya akan usahakan nanti.

Insyaa-Allah buku ini akan menjadi langkah pertama bagi kanak-kanak menceburi dunia bisnes.

Terima kasih juga kepada Cik Rozita (editor pengurusan PTS) Dan Tuan Nazrul (Pengurus PTS Pro) yang sentiasa memberi sokongan, panduan dan juga merealisasikannya. Terima Kasih.

Baca entri menarik berkenaan buku Biskut Ajaib di halamn SifuPTS.

Insyaa-Allah saya akan maklumkan apabila buku ini sudah siap di cetak.

29 Aug 2008 Tonton Motivasi Pagi TV3, Sabtu 30 Ogos Ini
 |  Category: Motivasi |  2 Comments

Saya dengan rendah diri sekali lagi menjemput saudara/i bagi menonton Motivasi Pagi di TV3 Pada hari sabtu, 30 Ogos 2008 jam 7.00 pagi.

Berikut adalah jadual Motivasi Pagi  terakhir oleh saya di TV3 untuk bulan Ogos 2008.

SABTU 30 Ogos – Minat Menabung

Motivasi pagi yang seterusnya adalah di bulan Oktober iaitu selepas hari raya. Insyaa-Allah, TV3 akan menyambung lagi di siri akan datang, jika mendapat sambutan mengalakkan.

Terima kasih juga kepada Puan SifuPTS di atas dorongan dan sokongan yang berterusan.

Saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan berkenaan dengan isu yang dibicarakan, jika bersesuaian pandangan itu juga akan di hantar kepada pihak TV3 bagi meneruskan rakaman motivasi  kewangan di masa hadapan.

Saya memohon kemaafan, kerana rakaman itu tidak disiarkan pagi tadi. Mungkin pihak TV3 telah menukarkan tarikh siaran bagi rakaman yang keempat itu. Saya memohon maaf sekali lagi. Insyaa-Allah rakaman motivasi kewangan itu akan di keudarakan lagi di bulan Oktober nanti, selepas bulan berpuasa.

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

23 Aug 2008 Diari SK : Bengkel English Sure Boleh
 |  Category: Informasi, Motivasi, Peluang |  3 Comments

Pada pagi Jumaat  saya bergegas ke seksyen 7 Shah Alam, atas jemputan  sahabat baik Tuan Osman Affan (rakan trainer) bagi mengikuti bengkel English Sure Boleh. Bengkel separuh hari ini yang bermula pada pukul 9 pagi di anjurkan oleh English SeminarCoach Ridz dan Coach Sha yang saya kenali pada kali pertama di bengkel Train of trainers (TOT) yang dijayakan oleh Tuan Osman Affan pada awal tahun yang lalu.

Bengkel English Sure Boleh dijayakan untuk  untuk guru tadika di Akademi Irsyadiah, seksyen 7 Shah Alam. 

Saya sebenarnya datang sebagai pemerhati, tetapi turut menjadi peserta program ini. Selepas mengikuti program English Sure Boleh, saya mendapati program ini adalah program ‘wajib’ untuk diikuti oleh setiap ibubapa, guru tadika dan setiap individu yang masih merasakan dirinya ada kekurangan di dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. 

Jika diberikan penilaian secara keseluruhan program 4 jam yang saya ikuti tadi, saya memberikan 9.9  daripada markah penuh 10.

Jika diberikan peluang oleh Coach Ridz dan Coach Sha, saya ingin datang lagi program yang amat menyeronokkan ini.

Apa yang paling mengejutkan saya adalah apabila mendapat tahu mereka mengenakan yuran RM50 seorang sahaja. Bagi saya kursus ini bernilai jauh lebih tinggi daripada harga RM50 itu. Bag ‘goody’ yang diberikan juga penuh dengan aksesori yang percaya kita mungkin tidak dapat sebanyak ini walaupun membayar RM 200 seorang.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang di anjurkan oleh Coach Ridz da Coach Sha boleh melayari www.englishguru.com.my .

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan bagi menghadiri bengkel English Sure Boleh, terima kasih Coach Ridz dan Coach Sha. Saya ingin datang lagi…

Gambar dalam halaman ini disalin dari www.motivasibelajar.com (Halaman Tuan Osman Affan).

Kemahiran yang dipelajari di dalam sesi ini memastikan kita tidak perlu dibebani kos yang melampau bagi mendidik anak dan diri kita pandai berkomunikasi dalam bahasa mat salleh.

22 Aug 2008 Tonton Motivasi Pagi TV3, Sabtu 23 Ogos Ini
 |  Category: Motivasi |  4 Comments

Saya dengan rendah diri sekali lagi menjemput saudara/i bagi menonton Motivasi Pagi di TV3 Pada hari sabtu, 23 Ogos 2008 jam 7.00 pagi.

Esok tepat jam 7.00 pagi di TV3.

Berikut adalah jadual Motivasi Pagi oleh saya di TV3 untuk bulan Ogos 2008.

SABTU 23 Ogos – Minat Menabung

SABTU 30 Ogos – Merancang Sara Hari Tua

Terima kasih juga kepada Puan SifuPTS di atas dorongan dan sokongan yang berterusan.

Saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan berkenaan dengan isu yang dibicarakan.

 

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

22 Aug 2008 Diari SK : Book Talk Di MPH Alamanda Putrajaya
 |  Category: Motivasi |  Leave a Comment

Insyaa-Allah saya akan berada di Alamanda Putrajaya mulai pukul 3 petang pada hari Sabtu,30 Ogos ini. Saya akan menyampaikan book talk di kedai rangkaian buku MPH. Saya dengan rendah diri menjemput saudara/i yang ada kelapangan untuk turut serta di dalam program yang akan dianjurkan pada 30 Ogos ini. 

MPH Alamanda Putrajaya

Tarikh: 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir
Masa: 3.30 – 4.30 petang

Buku: Kaya Dengan Rumah

Diskripsi: Membongkar rahsia kepentingan melabur dalam hartanah di malaysia bersama penulis.


 

Maklumat di atas di salin dari www.universitipts.com iaitu halaman Puan SifuPTS.

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

21 Aug 2008 Tonton Motivasi Pagi TV3 Sabtu Ini
 |  Category: Motivasi |  Leave a Comment

Terima kasih di atas sokongan saudara/i yang saya muliakan. Saya dengan rendah diri sekali lagi menjemput saudara/i bagi menonton Motivasi Pagi di TV3 Pada hari sabtu, 23 Ogos 2008 jam 7.00 pagi.

Berikut adalah jadual Motivasi Pagi oleh saya di TV3 untuk bulan Ogos 2008.

SABTU 23 Ogos – Minat Menabung

SABTU 30 Ogos – Merancang Sara Hari Tua

Terima kasih juga kepada Puan SifuPTS di atas dorongan dan sokongan yang berterusan.

 

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

20 Aug 2008 Surat Pembaca : Beberapa Persoalan
 |  Category: Motivasi |  One Comment

Assalamualaikum,

Saya ada beberapa soalan.

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Suami pula masih belajar. Separuh perbelanjaan kami di tanggung oleh bapa mentua.

Suami saya ada pendapatan juga. Tapi tidak menentu. Bergantung pada orang yang memberi. Dengan pendapatan yang tidak tetap bagaimana seharusnya saya menggunakan wang yang ada? Walau pun ada simpanan, kadang terpaksa juga di korek untuk membeli keperluan.

Dan sekarang anak kami semakin membesar. Kami perlukan kediaman sendiri. Apa cara yang terbaik untuk memiliki rumah sendiri?

Tanpa di bebani hutang yang banyak? Harap saya dapat jawapan… Ada tak buku tuan di pasarkan di Sabah…?

FP (Bukan nama sebenar)

Sebelum ini saya ada bertanya pada tuan, beberapa soalan. Saya selalu melayari web site tuan untuk mendapat jawapan akan soalan saya. Saya harap tuan dapat memberikan jawapan pada saya.

Maaf kan saya sekiranya saya mendesak tuan.

—————————

Waalaikummusalam,

Pertama-tamanya saya memohon maaf di atas kelambatan membalas emel saudari. Saya sebenarnya tidak sempat bagi melayan setiap emel yang dihantar di atas emel yang dihantar, walau bagaimanapun saya mencuba sedaya upaya bagi menjawab setiap pertanyaan. Mungkin ada yang akan terlepas pandang, jika ianya berlaku sila mengingati saya semula, Insyaa-Alllah saya akan menjawabnya.

Suami Puan masih berlajar, seeloknya dilupakan sementara waktu bagi membeli rumah dalam masa terdekat, tetapi jangan tinggalkan walaupun sehari dari menambah ilmu dalam bidang hartanah. Pastikan hidup Puan benar-benar stabil iaitu apabila suami puan sudah ada pendapatan tetap selepas tamat belajar nanti. Tidak rugi puan menundakan hasrat memiliki rumah sendiri, jika keadaan tidak mengizinkan. Banyak juga risiko jika Puan membuat keputusan membelinya dalam masa terdekat, dalam keadaan suami belum ‘stabil’

Insyaa-Allah buku saya itu ada di jual di banyak kedai buku di Sabah dan Sarawak. Cuba tanyakan buku keluaran PTS Publications dan Distributors Sdn Bhd di kedai buku yang Puan lawati. Untuk Puan saya mencadangkan Puan membaca semua buku yang telah saya tulis itu. Mulakan dengan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang di ikuti Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan rumah dan yang keempat Buat Duit dengan Rumah.

Tentang perbelanjaan, Puan perlu membelanjakan 70% daripada pendapatan bulanan yang diterima. Hidup dengan gaya hidup yang dapat ditampung dengan kos 70% itu sahaja. Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dapat memberikan maklumat lebih terperinci.

Emel : info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

15 Aug 2008 Faedah Pinjaman Rumah ‘House Loan Interest’
 |  Category: Motivasi |  2 Comments

Salam,

Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada encik atas info yang diberikan di TV3.  Saya mengikutinya setiap episod dan banyak idea yang bernas terkeluar di pikiran saya.

Di sini, saya ingin bertanya pendapat encik tentang pilihan bank perumahan yang akan saya buat, terdapat 2 buah bank yang menawarkan pinjaman kepada saya. 

Saya ingin encik nasihatkan saya bank mana patut saya ambil.  Di bawah ini saya sertakan butirannya.

Harga rumah RM 376 372.00
                                                                   Bank A                                                    Bank B
Pinjaman yang tawarkan                       70%                                                         75%

Tempoh Fasiliti                                       22tahun                                                   27tahun
Faedah  Tahunan                                    3.88%p.a (RM1987.00 sebulan)          BLR-2.10
Ansuran Bulanan                                    RM1987.00                                             RM1531.17

Bulan berikutnya                                    BLR-1.70%                                             BLR-1.60 selama 4 tahun
                                                                  (RM 2138 sebulan -22tahun)              (RM 1612.14 sebulan)
                                                                                   
                                                                 BLR-1.60 selama 2 tahun                     (RM 1590.53sebulan -22thn)

Oleh itu tolong encik terangkan dan nasihatkan kepada saya bank mana patut saya ambil. Ini merupakan pinjaman bank saya dan isteri saya yang pertama kerana kami tidak pernah membuat apa apa pinjaman bank sebelum ini.

Untuk pengetahuan encik umur saya kini adalah 35 tahun.Sekian Terima kasih

RJ (Bukan nama sebenar)

…………………………………………….

Salam, 

Untuk makluman semua pelawat halaman blog www.shamsuddinkadir.com, saya tidak memberi pandangan apabila seseorang individu ingin mendapatkan pembiayaan mengunakan sistem ‘konvensional’ ini berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 278-279. Secara amnya ianya bermaksud “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkan saki baki riba jika kamu orang yang beriman, jika kamu engkar maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasul. Surah Al-Baqarah adalah surah yang kedua selepas Al-Fatihah apabila kita membaca Al-Quran.

Saya mencadangkan kepada saudara RJ menimbangkan bagi mendapatkan pembiayaan yang berlandaskan hukum Syarak. Insyaa-Allah saya dan pelawat lain akan turut serta memberikan pandangan dalam memilih di antara dua pembiayaan yang berlandaskan hukum syarak.

Walaubagaimanapuan saya akan memberikan pandangan apabila seseorang yang telah terambil pinjaman ataupun pembiayaan konvesional dan ingin bertukar kepada yang mengikut hukum syarak.

Terima Kasih

05 Aug 2008 Motivasi Pagi Di TV3 – Mengurus Hutang
 |  Category: Motivasi |  14 Comments

Pertama-tamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas undangan dari Tuan Mohd Fasil (Penerbit Motivasi Pagi TV3) yang memberi peluang dan ruang kepada saya  bagi berkongsi informasi berkenaan dengan kewangan.

Yang keduanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara/i yang tidak putus-putus menyokong motivasi kewangan yang bermula pada 3 Ogos yang lalu di TV3. Terima kasih di atas sokongan yang ditulis di dalam halaman ini, juga email yang diberikan, bahkan ada yang menghantar sms. Insyaa-Allah saya akan menghantarkan sebahagian daripada sokongan Tuan dan Puan kepada Tuan Fasil supaya motivasi kewangan ini dapat saya sampaikan walaupun selepas berakhirnya enam episod pertama yang telah dirakamkan.

Kepada Tuan dan Puan yang tidak dapat mengikuti sepenuhnya rakaman motivasi tersebut, saya akan huraikan secara ringkasnya.

Sebelum kita menguruskan hutang-hutang yang kita ada, lebih baik jika kita mengetahui bahawa terdapat dua jenis hutang. Yang pertama adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, manakala hutang jenis kedua adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.

Hutang yang perlu kita selesaikan seberapa segera adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin. Hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin adalah hutang yang kita buat bagi membeli barangan yang semakin lama semakin rendah nilainya, contohnya adalah peti sejuk. Manakala barangan yang dibeli secara hutang yang membuatkan kita semakin kaya adalah barangan yang nilainya semakin tinggi, contohnya rumah.

Senaraikan semua hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, contohnya hutang kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi. Kita ada dua pilihan sama ada melebihkan bayaran ansuran bulanan bagi hutang yang mengenakan kadar faedah ataupun untung yang paling tinggi. Ataupun bayar hutang yang jumlahnya sikit supaya ianya memberikan motivasi kepada kita, supaya hutang itu cepat selesai dan kita masih bersemangat untuk melawan dengan hutang.

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan berkenaan dengan motivasi kewangan di TV3 itu dan juga berkenaan entri yang ada di dalam halaman web ini.

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!