Archive for the Category ◊ Pelajar ◊

03 Jun 2009 Tetamu SK: Kursus Apa Yang Bagus Untuk Saya?
 |  Category: Dilema, dimensi, Pelajar |  Leave a Comment

Assalamaualikum

Saya hendak sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kos apa yang bagus untuk saya? Boleh   brother tolong?

BM-A2,

BI-B4,

SEJ-B3,

PI-A1,

TSWR-1A,

PSV-A2,

BIO-C,

FIZ/KIM-7D,

MATH-7D,

AD MATH-8E,

Saya betul-betul buntu dengan keputusan saya, harap bro boleh tolong saya,sekian

nabilah majid
putri_solehah86@yahoo.com

From Diari SK: Hantar Borang Sambung Belajar Di UIA, 2009/05/20 at 11:32 AM

—————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Nabilah Majid

Pertama-tamanya tahniah di atas usaha Puan dalam mencari ilmu. Ubat kepada kebodohan adalah bertanya. Untuk makluman Puan saya tidak memiliki ilmu dalam bidang yang Puan bertanya. Mungkin Puan boleh bertanya kepada beberapa individu seperti pensyarah dalam bidang yang berlainan.

Apa yang paling penting bagi saya adalah untuk melihat bakat Puan terlebih dahulu. Dalam bidang apa Puan memiliki bakat. Jika semata-mata melihat kepada keputusan Puan, sebagai pandangan peribadi saya mencadangkan kursus dalam bidang Psikologi ataupun Kaunselling. Walau bagaimanapun adakah Puan suka bergaul dan berbicara dengan orang lain? Itu jawapan yang mungkin saya berikan kepada saudara saya jika mendapat keputusan sedemikian.

Jika ingin menjadi lebih berjaya, mulakan berniaga secara kecil-kecilan ketika belajar, supaya kita belajar bagaimana menukar masalah kepada peluang.

Orang yang tidak ingin berjaya melihat peluang itu sebagai masalah.

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel: info@shamsuddinkadir.com

09 May 2009 Kewangan Adalah Masalah Utama Pelajar Universiti
 |  Category: Pelajar |  2 Comments

Situasi pelajar di universiti adalah dalam keadaan stres apabila pelajar tidak didedahkan dengan hala tuju selepas tamat belajar dan risiko yang perlu dihadapi jika tersilap langkah sewaktu di universiti.

Banyak perkara yang perlu diperhalusi apabila membicarakan tentang persoalan dilema pelajar ini. Walau bagaimanapun ada dilema itu menjadikan pelajar orang yang hebat selepas tamat belajar.

Apabila dibicarakan tentang kewangan, adalah pelajar yang menghadapi kesukaran apabila hanya bergantung kepada sumber biasiswa yang tidak 100% dapat memenuhi semua keperluan pelajar pada setiap semester.

Ada juga pelajar yang mendapat bantuan dari keluarga pada setiap bulan sebagai duit tambah, bagi menampung belanja yang tidak mencukupi.

Bagi menilai sama ada kita berada di dalam situasi yang sukar akibat duit yang tidak mencukupi adalah dengan melihat rentak gaya hidup kita. Jika kita hanya sekadar memenuhi keperluan hidup tetapi wang masih tidak mencukupi, kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang tertekan. Tekanan ini kadang kala menjadi penyebab sama ada kita berjaya ataupun gagal.

Belanja memiliki sebuah handphone biasanya menjadi satu belanja yang banyak di salahgunakan oleh setengah pelajar. Majoriti kursus yang kita pelajari di peringkat universiti tidak memerlukan kita memiliki handphone yang berharga ribuan ringgit. Hp yang berharga kurang dari RM 300 sudah mencukupi bagi kita menghubungi ataupun dihubungi oleh seseorang terutama apabila adanya kecemasan.

Bagaimana pula dengan bil telefon ataupun kos prepaid yang ditangung setiap bulan? Itupun belum termasuk dengan pelajar yang suka membeli ring tone dan pelbagai lagi wall paper bagi telefon yang canggih.

Apabila kita menyedia ruang, kita sebenarnya menyediakan peluang untuk menghabiskan duit. Itu yang menjadi banyak punya kenapa duit kita itu sentiasa habis dan bukannya sentiasa bertambah.

15 May 2008 Dilema Pekerja : Menghadiri Temuduga
 |  Category: dimensi, Kerjaya, Pelajar, Risiko |  7 Comments

Sejak terlibat dalam proses mengambil pekerja baru mulai tahun 1999, saya masih merasa sedih di atas ‘dimensi’ graduan dan pekerja yang memohon kerja. Masih banyak tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemohon pekerjaan.

Hampir 10 tahun sudah berlalu, pemohon pekerjaan yang saya menemuduga masih dengan ‘dimensi’ lapuk. Antara kelemahan yang ditonjolkan oleh pemohon pekerjaan adalah seperti berikut:

  • Tidak membawa sijil dan dokumen sokongan yang asal

  • Tidak membawa sekurang-kurangnya satu salinan photostat sijil dan dokumen

  • Tidak mengetahui protokol menghadiri temuduga seperti tidak memberi salam

  • Sijil tidak disusun mengikut susunan tahun sijil itu diperolehi

  • Tidak memakai pakaian yang bersesuaian, contohnya hanya memakai t-shirt berkolar

  • Tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Di mana pemohon tidak tahu apa yang ingin dipercakapkan bagi 5 minit pertama yang diberikan apabila Penemuduga mengarahkan pemohon untuk menerangkan secara ringkas latar belakang diri

  • Tidak tahu faktor ‘X’ iaitu sesuatu kelebihan yang ada pada dirinya yang dapat membantu penemuduga memilihnya.

  • Resume yang bercelaru dan yang dipenuhi dengan maklumat yang tidak penting.

Untuk makluman bakal pemohon, walaupun sijil itu perlu disediakan dalam persembahan yang kemas dan menarik, ianya tidak menjaminkan anda mendapat pekerjaan itu. Ada sebahagian pemohon yang saya ambil bekerja adalah pekerja yang tidak mempunyai ‘sijil’. Sijil hanya syarat asas apabila menghadiri temuduga.

Pemohon perlu mempersiapkan diri dengan membawa dua salinan gambar passport yang terkini dengan memaparkan wajah yang kemas dan ceria. Berikan gambar tersebut apabila penemuduga mengkehendakinya.

Banyak lagi yang ingin saya perkatakan. Ianya akan disambung. Dijemput para pelawat dan pembaca setia untuk memberikan pandangan anda. Kami amat menghargai setiap pandangan yang diberikan.

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!

27 Jan 2008 Duit Halal + Duit Haram = ?
 |  Category: Kerjaya, Pelajar |  Leave a Comment

Saya terpaksa mendahulukan isu yang dibawa oleh Puan Norlela Zubir seorang daripada sahabat baik saya yang juga seorang penulis buku bisnes. Isu yang dibawakan memainkan peranan dalam hala tuju masyarat Islam dan negara Malaysia.

Assalamualaikum En. Shamsuddin,

Saya ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini diceritakan oleh anak saya. Suatu hari Alum dan kawan-kawannya berbincang isu mencari kerja selepas mereka ‘graduate’ nanti. Dalam perbincangan itu, terkeluarlah dialog berikut daripada salah seorang kawannya…

“Aku mahu jadi macam abang aku. Kerja dia best giler!!! Duit dia banyak betul… Gaji dia RM3,000 sebulan. Duit rasuah RM5,000 sebulan. Dia loaded memanjang. Aku nak cari kerja macam itulah…”

Alum tergelak-gelak sambil bercerita. Katanya : Mak, dapat duit rasuah pun ada orang rasa bangga…

Saya geleng kepala dan tidak kering air liur memesan Alum jangan sekali-kali memandang ringan soal halal haram dalam mencari rezeki. Impaknya terlalu besar terhadap keberkatan hidup kita sepanjang hayat.

Nampaknya tuan, pengaruh duit begitu kuat melanda minda anak2 muda hari ini. Pendidikan tinggi tidak memastikan mereka dapat membezakan soal halal dan haram. Ia tidak lagi penting di kalangan sebahagian masyarat kita, seolah2 perkara itu amat biasa dan boleh diterima tanpa perasaan silu dan rasa berdosa.Pening kepala saya, tuan! Puan Norlela Zubir.

Terima kasih di atas kesudian Puan Norlela Zubir berkongsi maklumat di atas.

Persoalan yang di bawa adalah Gaji RM3,000 + Rasuah RM 5,000. Jika kita menyelesaikan maklumat ini secara matematik, sudah pastinya RM8,000 yang kita dapat. Wah… banyaknya duit. Sudah pasti banyak yang kita dapat rancangkan dengan duit sebanyak itu. Lebih baik ada RM8,000 berbanding RM3,000. Itu adalah jawapan bagi manusia yang berakalkan logik semata-mata.

Persoalan hidup seorang muslim tidak sama sekali boleh hidup di atas landasan logik semata-mata. Di mana 3 + 5 tidak semestinya menjadi 8. Jika 3 itu berasal dari sumber halal dan di campur dengan 5 dari sumber haram ianya tidak menjadi 8. 

Seorang yang mengaku dirinya Islam telah makan di sebuah hotel yang menyediakan mee goreng.  Dia mengetahui bahawa daging yang digunakan adalah daging babi, tetapi dia terus memakan semua mee goreng itu keculai daging dalam mee itu. Apabila ditanya kenapa dia makan mee itu ? Dia menjawab Mee is Halal, Babi is Haram. Oleh itu dia hanya makan Mee sahaja.  Ini berlaku apabila kita tidak memahami pengertian halal dengan betul.

Pelajar yang sedang belajar ini adalah generasi yang akan memasuki dunia pekerjaan dan dunia pentadbiran kerajaan. Mereka  yang akan mewarnai dunia Malaysia.  Jika hitam adalah warna pilihan mereka, gelaplah masa depan negara kita. Jika warna putih yang dipilih oleh mereka, insyaa-Allah negara kita akan maju dan aman damai.

Apa akan terjadi kepada negara apabila graduan ini berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi rasuah matlamat utama hidupnya?

Apa akan terjadi apabila pelajar ini menjadi pemimpin kita pada masa hadapan?

  • Duit rasuah itu mengunakan hasil titik peluh rakyat

  • Duit itu yang telah merampas kesenangan orang fakir miskin menikmati hidup

  • Duit itu yang membebankan pengguna

  • Duit itu yang menyebabkan inflasi naik…iaitu kos segala-galanya naik

  • Duit itu yang menghilangkan sifat semula jadi manusia

Kenapa Islam melaknati pemberi dan pengambil Rasuah ?

1. Melayakkan orang yang tidak layak mendapat projek. Projek diberikan bukan kerana kualiti dan keupaayaan tetapi kesanggupan memberi duit poket.

2. Orang mati layak diberi kontrak, janji ada yang sanggup memberi duit.

3. Membenarkan orang yang tidak layak mendapat jawatan.

4. Membebankan rakyat yang terpaksa menangung…

5. Mengunakan rasuah untuk membalas dendam… dan banyak lagi…

Senjata yang paling hebat yang dapat digunakan untuk mengatasi hanya terdapat dalam buku manual manusia. Iman adalah penyelesaianya.

info@shamsuddinkadir.com

22 Jan 2008 Dilema seorang pelajar
 |  Category: Pelajar |  2 Comments

Pelajar di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah banyak yang masih keliru tentang tujuan sebenar  kenapa mereka pergi ke sekolah. Ada yang berfikiran sebagai menghilangkan perasaan bosan kerana ibubapa tiada di rumah. Ada yang menyangka mereka perlu ke sekolah untuk belajar membaca dan mengira. Tetapi kini mereka sudah pandai mengira dan membaca tetapi kenapa masih terus belajar? Apakah tujuan sebenar mereka perlu hadir di sekolah.

Jika anda seorang pelajar,  anda mungkin tidak pasti di waktu bila yang dipanggil zaman peralihan dan zaman penentuan.

Zaman peralihan mula berlaku apabila anda masuk di tingkatan satu. Konsep matematik sudah berubah, jika dahulu anda hanya belajar 6- 4 = 2, kini anda diajar 4 – 6 = -2.  Walaupun kedua-dua jawapan itu adalah 2 tetapi simbol – atau + membezakan nilainya. Jika anda tidak memulakan langkah awal untuk memahaminya, anda  kehilangan satu peluang keemasan dalam hidup ketika mendapat keputusan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Jika matematik anda lemah,  anda tidak dibenarkan masuk ke kelas sains. Pelajar yang layak memasuki kelas sains adalah pelajar yang menguasai matematik pada peringkat PMR. Ini berlaku kerana pada tingkatan 4 pelajar sains akan didedahkan dengan mata pelajaran matematik tambahan.

Konsep ataupun hukum matematik yang anda pelajar pada peringkat ini (Tingkatan 4) adalah berat berbanding matematik sewaktu di tingkatan 1 hingga 3. Pelajar yang ada prinsip asas matematik yang teguh dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang ketara ini. Di sini kepandaian anda bermain dengan hukum logik anda menjadi penyebab ke mana hala tuju anda selepas ini.

Selagi anda belum melepasi zaman penentuan iaitu di tingkatan 3 anda mempunyai banyak masa untuk bertindak. Gunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri terutama dalam penguasaan matematik dan Inggeris tanpa mengabaikan subjek lain.  Jika pelajar lain dapat cemerlang dalam matematik kenapa anda tidak ? Otak setiap daripada kita adalah sama, yang membezakan hanyalah azam dan sikap. Apabila kita ada azam yang kuat untuk berjaya dan ditambah dengan usaha yang berterusan membuat latihan dan bertanya, tiada lagi halangan yang berani mendekati kita.

Halangan menjadi penyebab kenapa sebahagian pelajar gagal. Manakala halangan juga menjadi penguat semangat sebahagian lagi pelajar yang berjaya dengan cemerlang.

Keputusan PMR adalah penentu sama ada anda akan ke aliran sains, sastera, perdagangan dan sebagainya. Aliran yang berbeza ini membawa anda ke dunia yang berbeza mulai tingkatan 4, masuk universiti dan sehingga anda menempuhi dunia pekerjaan. Jangan gadaikan masa depan anda dengan tidak membuat persediaan.

Yakin kepada diri sendiri. Saya juga pernah menghadapi kegagalan dalam matematik, tetapi ianya bukan bermakna dunia saya sudah berakhir. Kegagalan yang berlaku kepada saya itu yang menjadi penguat dan sebab kenapa saya perlu mencapai kejayaan. Akhirnya segala impian untuk mendapat markah 100% adalah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah apabila semua prinsip sudah ada pada diri.

Nikmat berjaya itu hanya dapat dirasai apabila anda benar-benar berjaya. Bayangkan jika keputusan matematik anda pada ujian ataupun peperiksaan akan datang adalah 100%. Best tak? Mulakan langkah pertama dengan mengambarkan anda mendapat 100% dalam matematik.

Salam ceria dari saya

info@shamsuddinkadir.com

10 Jan 2008 Posting Percubaan (Pertama)

Ini adalah sekadar post percubaan untuk memastikan ruangan kategori mengandungi semua kategori yang diingini.

Nantikan artikel-artikel menarik seterusnya dari En Shamsuddin Kadir.