Archive for the Category ◊ Peluang ◊

25 Aug 2010 Jawatan Kosong Di Ultra Mind Resources
 |  Category: Peluang |  Leave a Comment

Kepada Tuan dan Puan yang memiliki ijazah terutama bidang pemasaran ‘Marketing’ dipersilakan bagi memohon jawatan sebagai management trainee sebelum diserap sebagai eksekutif apabila memenuhi kualiti dan prestasi yang diperlukan.

‘Fresh Graduate are encourage to apply’.

Emelkan resume ke info@sk.my

Kemasukkan segera.

Ultra Mind Resources

25 Mar 2009 Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Sabtu Ini 28 Mac
 |  Category: Bengkel, Peluang |  3 Comments

Kepada semua peserta yang telah mendaftarkan diri, sila berada di lokasi bengkel iaitu di atas Klinik Dr. Noriah, Taman Permata, bersebelahan pasaraya Giant selewat-lewatnya 8.55 pagi. Bengkel akan bermula tepat pukul 9 jika tiada masalah yang tidak dapat dikawal dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Laluan paling mudah adalah mengunakan jalan Ampang – Hulu Kelang. Jika Tuan dan Puan datang dari arah Ampang, Taman permata terletak disebelah kiri Tuan dan Puan. Jika Tuan dan Puan datang dari arah Gombak, Taman permata itu terletak disebelah kiri Tuan dan Puan. Landmark yang mudah untuk dicari adalah pasaraya Giant.

Alamat lokasi :

Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas

2755-B Jalan Changkat Permata

Taman Permata, Hulu Kelang

53300 Kuala Lumpur

Bagi yang tidak dapat mencarinya boleh menghubungi 019-3001200.

Jika ada individu yang ingin menyertai boleh sms nama dan emel ke nombor hp di atas dan selepas mendapat pengesahan kekosongan Tuan dan Puan boleh terus membuat pembayaran ke akaun Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Jumpa di bengkel sabtu ini, 28 Mac 2009.

24 Mar 2009 Kejayaan Sedang Menanti Anda

bannerhijrah.jpg

(DIKEMASKINI) Kenapa saya beriya-iya bagi menjayakan bengkel yang mungkin julung kali di adakan di Malaysia. Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Kali ini saya lakukan adalah bagi menarik seberapa ramai individu yang ingin mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’.

Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk saya?

Bengkel ini adalah sesuai bagi semua individu yang

  • ketika ini makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
  • ketika ini makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
  • Ketika ini makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
  • Ketika ini makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
  • Ketika ini adalah graduan yang belum mendapat pekerjaan
  • Ketika ini adalah pelajar universiti ataupun kolej
  • Ketika ini adalah usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
  • Ketika ini makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.
  • Dan banyak lagi sebab yang Tuan dan Puan lebih mengerti

Apabila ekonomi dunia yang gawat dengan ada bank yang di antara terbesar di dunia akan memberhentikan lebih 50,000 kakitangannya di seluruh dunia, bagi mengurangkan bebanan kos operasi. Kita dapat lihat apabila kos petrol yang naik mendadak pada beberapa bulan yang lalu, majoriti individu yang makan gaji menangung bebanan kerana petrol dibayar mengunakan duit wang gaji.

Apakah kelebihan jika kita berjaya berhijrah dari kehidupan Makan Gaji ?

  • Tiada lagi jadual waktu bekerja yang perlu diikuti oleh kita sepanjang hidup
  • Waktu membeli belah di pasaraya dan shopping Mall adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja
  • Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka
  • Tidak terikat dengan ‘BOS’
  • Boleh mendapatkan duit yang lebih pada setiap bulan jika itu yang diinginkan
  • Tidak perlu bergantung kepada orang lain bagi mendapat duit yang banyak
  • Dapat menjelaskan hutang-hutang dengan cepat
  • dan banyak lagi yang akan diketahui dari bengkel ini

Tempat adalah terhad, masih ada kekosongan, dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2009 dan di Taman Permata, Hulu Klang. Hari Sabtu.

Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :

  • Nama
  • No. Telefon
  • Alamat Emel

Tarikh telah ditetapkan pada 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 (Bayar sebelum 26 RM 130 sahaja) (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.00 Pagi sehingga 5 Petang.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.

23 Mar 2009 Kesan Negatif Apabila Mengikuti Isu Negatif
 |  Category: Keluarga, Peluang, Risiko |  Leave a Comment

Apabila kita mengikuti isu-isu negatif seperti gosip artis, gosip jiran, rakan sekerja dan saudara mara kita juga akhirnya termasuk di dalam kehidupan yang negatif. Sepanjang hidup sejak dari kecil sehingga hari ini, apakah kebaikan yang diperolehi dengan mengikuti gosip sama ada membaca, menonton, mendengar ataupun bercakap berkenaan gosip.

Yang biasanya berlaku :

  • Rugi. Duit membeli majalah gosip, lihat di rumah kita, cuba kira balik berapa ribu yang kita sudah belanjakan membeli majalah yang laku kerana gosip sahaja
  • Rugi. Masa yang digunakan bagi membaca, mendengar, menonton ataupun bercakap berkenaan gosip (mengumpat), masa itu dapat digunakan bagi membaca ataupun membincangkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan kualiti hidup kita.
  • Rugi. Hidup dipenuhi kejadian-kejadian negatif yang menimpa hidup sendiri, akibat suka menjaga ‘tepi kain orang’ akhirnya kain sendiri yang terlondeh.

Banyak juga majalah berkenaan gejala masyarakat yang melakukan maksiat, ianya sebenarnya membantu kita bagi mendekatkan lagi dengan maksiat. Membaca bacaan seperti itu hanya memastikan duit poket kita keluar pada setiap bulan kepada perkara yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah. Perhatikan anak-anak kita juga, kadangkala budaya membaca ‘bacaan tidak sesuai’ itu sudah sebati dengan anak-anak generasi hari ini, jika ianya tidak dibendung dari awal.

Tidak kepada majalah, buku, suratkhabar yang tidak meningkatkan kualiti hidup. Individu yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, tidak ada masa untuk dibuang.

23 Mar 2009 Tawaran Terhebat Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji

Kepada Tuan dan Puan yang membuat pembayaran sebelum ataupun pada hari Rabu 25 Mac 2009 HANYA PERLU MEMBAYAR RM 130 sahaja.  Bagi yang datang berdua  hanya perlu membayar RM 110 seorang.

Pembayaran yang dibuat selepas hari Rabu 25 Mac 2009 adalah seperti berikut.

1. Datang secara individu RM 150 seorang

2. Datang berdua ataupun lebih RM 130 seorang.

“Sebahagian dari apa yang kita capai pada hari ini, adalah disebabkan oleh langkah yang kita ambil suatu ketika dahulu”

Emelkan nama, nombor telefon dan alamat  ke info@shamsuddinkadir.com untuk mendaftar, pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir

Tempat adalah terhad.

23 Mar 2009 Memulakan Bisnes Sendiri Tanpa Rugi?

Semua orang tidak mahu menangung rugi apabila menceburi bisnes. Apabila kita memulakan bisnes yang pertama dan rugi ianya mampu mengubah persepsi kita tentang perniagaan. Kebanyakan individu akan berputus asa dan ada yang sudah tidak mahu lagi menceburi bisnes kerana merasakan tidak sesuai.

Bagi individu yang selama ini hidup makan gaji, dan bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya, sudah pasti tidak dapat menerima ujian rugi. Adakah kita dapat mengelakkan dari menangung rugi? Sebenarnya terdapat banyak cara bagi kita mengurangkan risiko rugi iaitu bisnes tidak untung ataupun modal kita hangus.

Satu dari langkah tersebut adalah kita mempelajari bagaimana bagi memastikan kita tidak ‘rugi’ apabila memasuki dunia bisnes, dengan  langkah yang bijak di ambil sebelum melangkah masuk ke dunia bisnes.

Pelajari langkah bagi mengelakkan kita menangung kerugian ribuan ringgit dan ada yang telah menangung hutang ratusan ribu ringgit apabila tersilap langkah apabila memasuki dunia bisnes.

Langkah-langkah ini akan dipelajari oleh peserta Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan pada hari Sabtu 28 Mac 2009 nanti di Taman Permata bersebelahan dengan Taman Melewati, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Giant Taman Permata dan Zoo Negara.

Hanya RM 150 dapat mencegah Tuan dan Puan rugi walaupun RM1,000 ringgit, jangan buat bisnes sebelum Tuan dan Puan menghadirinya supaya tidak perlu menangung rugi yang TIDAK PERLU.

Tempat terhad, pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Bengkel yang ketiga dan terakhir di Taman Permata, rebutlah peluang membuat bisnes tanpa perlu mengambil risiko yang tidak perlu.

Apa kata peserta bengkel keusahawan yang dihadiri oleh kakitangan MARA seluruh Malaysia?

“Sangat berguna dan bagus untuk semua lapisa masyarakat kerana pendedahan awal seperti ini dapat membuka mata masyarakat untuk menjadi usahawan walaupun separuh masa”. Shurdi Shuib Diploma Pendidikan MARA-UPSI.

“Sangat memberangsangkan, meyakinkan, pencetus dan penggerak minda dan semangat” Kamariah Abdullah

“Outstanding!” “Menarik, membuka minda & dapat mempelajari perkara yang baru” Mahjabin Yusof

Emelkan ke info@shamsuddinkadir.com bagi mendaftar dan pembayaran boleh dibuat terus ke akaun di atas.

22 Mar 2009 Berhijrah Dari Makan Gaji Hadapi Gawat?

Dikemaskini.

Tahun 1430H @ 2009 kalendar Masihi yang baru memberikan kita satu lagi impak di dalam kehidupan harian. Impak yang bakal menemui kita adalah bagaimana kita mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

Tahun 1430H @ 2009 ini memberikan impak kebaikan kepada setiap individu yang mengambil tindakan mencipta dan mengambil peluang kehadiran tahun baru ini.

Bagi individu yang mengurus kehidupan dengan bersandarkan kepada duit dari sumber gaji boleh membuat 3 pilihan.

1. Terus kekal makan gaji di tahun 2009 dan mengurus kewangan keluarga dengan lebih bijak.

2. Urus wang gaji dengan lebih bijak dan cipta serta ambil peluang menghasilkan pendapatan pasif

ataupun

3. Bersedia untuk berhijrah dari makan gaji di tahun 2009 dengan memulakan langkah mencipta pendapatan yang tiada hadnya.

Saya percaya Tahun 2009 juga memberikan kebaikan dan peluang yang teramat banyak kepada individu ‘makan gaji’ yang sebelum ini pernah terfikir ingin ‘berhijrah’. Kebaikan itu adalah Tahun 1430H @ 2009 sedang menanti Tuan dan Puan untuk mencapai ‘kebebasan kedua terbaik’ berbanding kebebasan hakiki yang hanya Allah sahaja yang boleh berikan kepada kita.

Ramai yang masih berkata, orang yang bisnes akan menghadapi risiko yang teruk di tahun 2009, mengikut kajian sejak dari kegawatan yang kedua iaitu pada tahun 1997-1998, orang yang makan gaji paling banyak mendapat kesan tidak baik. Manakala orang yang bisnes menerima limpahan kebaikan yang datang mendadak.

Bagaimana ianya boleh berlaku? Persepsi yang kurang tepat mengelakkan kita dari menikmati kesenangan. Persepsi ‘umum’ yang ada pada setiap individu normal menghalang kita daripada melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Ada individu yang dalam dilema sama ada ingin terus kekal makan gaji ataupun berhijrah?  Insyaa-Allah jawapan terbaik bagi merungkaikan dilema itu ada pada hari Sabtu 28 Mac 2009, di Taman Permata, Hulu Kelang, iaitu di dalam bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji. Yuran penyertaan hanya RM150. Daftar emelkan ke info@shamsuddinkadir.com nama, nombor telefon dan alamat.

Walaupun kita tidak pernah teringin untuk melihat apa yang berlaku di dalam kelompok orang yang berbisnes, tidak salah jika kita sudi memperuntukkan sebahagian dari masa yang kita ada bagi mengetahui apa yang membuatkan orang yang berbisnes ini ‘gembira teramat sangat’. Pengalaman yang kita akan lalui dalam program ini, mengubah persepsi dan kehidupan kita  buat selama-lamanya.

Bengkel ini tidak mempromosi mana-mana produk MLM, Direct Selling, Insurans, Unit Trust dan sebagainya.

16 Mar 2009 Peluang Perniagaan Yang Tidak Pernah Berhasil

Sejak dari tahun 1957 banyak peluang membuat bisnes ditawarkan di pasaran sama ada secara terbuka dan tertutup. Peluang membuat duit melalui peluang bisnes itu dapat dibahagikan kepada dua:

  • Peluang Perniagaan yang berhasil melahirkan usahawan yang membuat duit dari peluang tersebut.
  • Peluang perniagaan yang tidak pernah berhasil melahirkan usahawan yang benar-benar membuat duit.

Selama 50 tahun Malaysia merdeka, sudah banyak sejarah peluang-peluang bisnes yang benar-benar berhasil ataupun sekadar gimik bagi menarik @ memancing duit pelanggan.

Terdapat dua jenis individu yang biasanya mudah dipancing oleh penyedia peluang bisnes yang tidak pernah berhasil iaitu :

  • Individu yang sedang terdesak, mengalami kesempitan hidup akibat bebanan hutang dan kos sara hidup.
  • Individu yang ada duit dan ingin mencuba mengubah nasib supaya menjadi lebih baik dengan menceburi peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran.

Banyak peluang perniagaan yang tidak berhasil ini di tawarkan dipasarkan di pasaran. Tawaran peluang perniagaan ini amat menarik sehingga mampu mempengaruhi kedua-dua jenis individu di atas.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan sebelum memasuki mana-mana peluang perniagaan adalah dengan melihat sendiri adakah ada individu yang benar-benar berhasil menghasilkan duit sekurang-kurangnya untuk 15 tahun dengan menceburi peluang bisnes tersebut.

Antara peluang bisnes yang banyak ditawarkan adalah dalam bisnes ‘Multi Level Marketing’ MLM dan Jualan Terus ‘Direct Selling’. Buat sedikit kajian tentang orang yang telah menceburi seawal 15 tahun yang lalu ataupun lebih, lebih adakah mereka masih kekal hidup dengan bergantung sumber dari peluang MLM itu hari ini ataupun sudah meninggalkan bidang tersebut.

Kebanyakan peluang bisnes ini, kita perlu ‘dahulukan’ duit kita bagi memulakannya. Oleh itu bagi mengelakkan kita dari menyesal seperti mana orang yang lebih dahulu menyertainya menyesal, belajarlah dari orang-orang yang lebih tua dari segi pengalaman menceburi bidang tersebut yang kita mengenali dan boleh mempercayai.

Sebahagian dari peluang perniagaan ataupun peluang buat duit yang ditawarkan di pasaran diciptakan oleh individu yang ingin mendapat duit dari kita.

Buat kajian, kenal pasti, banyak bertanya dan banyak membaca dan sebaiknya buat ‘Isthikarah’ sebelum kita mula menyertai mana-mana peluang perniagaan.

Banyak juga kakitangan swasta dan kerajaan yang telah menyertai peluang yang tidak berhasil dan sedang menanggungnya.

“Jangan dipatuk oleh Ular yang sama dari lubang yang sama walaupun hanya sekali”

Kerana ular yang sama dari lubang yang sama sudah mematuk banyak individu yang lebih terdahulu menyertai peluang bisnes yang tidak berhasil.

“Ubat Kepada Kebodohan adalah Bertanya”

 

www.ShamsuddinKadir.com

Ultra Mind Resources

“Meningkatkan Prestasi Kerja Melalui Training”

Hotline : 1 700 80 7572

Emel : info@shamsuddinkadir.com

27 Aug 2008 Surat Pembaca : Menggandakan Wang Saya

Assalamualaikum Tuan Sham,

Saya Shamsul (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun dan berasal dari Alor Star dan sudah berkahwin.

Saya sudah membeli sebuah buku karangan tuan sham iaitu *Kaya dengan Rumah*. Banyak kali saya ‘khatam’ kerana ulasannya yang jelas dan kena dengan situasi semasa. Saya bekerja sebagai guru SM dan gaji boleh lah sara keluarga setakat ini.

Cuma selepas kenaikan harga minyak, budget terpaksalah lebih sikit dari sebelumnya. Jadi di sini saya ingin mendapat khidmat nasihat dan rujukan tuan Sham berkenaan bagaimana saya boleh menggandakan wang saya menjadi lebih berganda sebelum saya pencen pada umur 56 tahun nanti. Saya sudah target (tetapkan sarasan) pada umur 41 tahun nanti saya juga akan bebas hutang!!

Jadi, dalam saya bekerja saya telah berjaya mengumpul RM100,000 dalam ASB.
Bank? Sekadar alat transaksi sahaja.

Duit simpanan itu saya simpan dalam ASB saja. Nak dapat untung dari ASB terpaksa tunggu setahun sekali. ada naik
turun juga keuntungan ASB nie.

jadi bagaimana caranya saya boleh menggandakan wang simpanan saya itu menjadi lebih berganda sebelum saya
pencen dengan nilai simpanan terkumpul RM1juta.

Emmm insya-Allah. Dalam masa ini saya cuma ada* 4 hutang *yang sedang ditunaikan tanpa tergendala tiap-tiap bulan.

1-Hutang rumah(RM125000 sahaje) (beli rumah dengan Government loan)-potong via gaji
tiap bulan untuk selama 10 tahun RM1030.00. umur 41 tahun selesai hutang.

2-Hutang kereta (baki tinggal RM30k lagi settle).bulanan RM572- umur 36
selesai

3-Hutang PTPTN (baki tinggal RM16k lagi ) bulanan RM250- anytime boleh di jelaskan

4-Hutang ASB RM20,000 (loan bank XYZ ASB RM25,000)- bulanan RM200-anytime
boleh disettled. Ikut kawan ambil loan ini masa mula kerja dulu.

Jadi, bagaimana caranya saya boleh menggandakan wang simpanan saya ini?

Saya boleh menggunakan wang simpanan RM100k itu untuk menyelesaikan hutang-hutang yang saya listkan di atas tapi tak berjayalah saya untuk menggandakan wang saya itu tuan Sham.

Saya amat berharap tuan sham dapat memberi jalan kepada saya bersama tips-tips yang boleh saya ikuti.

Shamsul (Bukan nama sebenar)
Alor Setar

—————————

Waalaikummusalam,

Semoga Allah sentiasa melimpahi saudara dengan limbahan kebaikan yang datang mendadak dan keberkatan rezeki yang berterusan. Ya Allah perkenankan lah doaku ini. Amin. 

Syukur kerana saudara seorang daripada orang yang ‘terselamat’ kerana menangguhkan kepuasaan. Tahniah sekali lagi. Walaupun umur baru mencecah 31 tahun saudara sudah dapat mengumpul timbunan tunai RM100,000.

1. Saudara boleh meneruskan pembayaran ansuran rumah dengan pembiayaan oleh skim kerajaan.

2. Saudara juga boleh meneruskan ansuran pembayaran kereta ataupun membuat ‘full settlement’ jika perlu bagi mengurangkan bebanan kredit bagi mendapat lebih banyak pinjaman baru.

3.  Bagi simpanan di ASB saudara boleh kekalkan ataupun membuat beberapa pelaburan lain bagi mengandakan wang saudara itu.

  • Saudara boleh melaburkan sebahagiannya di dalam unit amanah yang syariah compliant, cari bank tempatan yang terkenal dengan unit amanah yang berdaya maju. Ada unit trust yang telah memberikan pulangan melebihi 20% setahun.

  • Saudara juga boleh mengunakan bagi membayar duit muka bagi membeli rumah perlaburan seperti yang saya nyatakan di dalam buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’ yang akan memasuki pasaran dalam pertengahan bulan September dengan izin tuhan.

  • Berkenaan dengan bayaran ansuran pinjaman PTPTN itu saudara boleh teruskan tanpa menjelaskan secara sekaligus.

  • Berkenaan pinjaman yang dibuat dengan bank bagi membeli saham ASB itu saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sehingga kini pinjaman yang disediakan oleh bank adalah berlandaskan ‘konvensional’ iaitu pinjaman bertunjangkan riba. Menggandakan wang melalui sistem konvensional adalah bertentangan dengan kehendak Allah.

  • Secara keseluruhan, saya berpendapat, saudara perlu memecahkan duit perlaburan saudara itu kepada beberapa jenis perlaburan yang ada di luar sana. Bagi memahaminya dengan lebih terperinci dapatkan buku Hidup Tenang walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya.

Dalam setiap pelaburan ada risikonya, kita dapat mengurangkan risikonya dengan banyak membaca buku yang berkaitan dengan perlaburan yang kita ingin ceburi.

Tahniah dan selamat berjaya.

Di alu-alukan tetamu blog bagi memberikan pandangan.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

23 Aug 2008 Diari SK : Bengkel English Sure Boleh
 |  Category: Informasi, Motivasi, Peluang |  3 Comments

Pada pagi Jumaat  saya bergegas ke seksyen 7 Shah Alam, atas jemputan  sahabat baik Tuan Osman Affan (rakan trainer) bagi mengikuti bengkel English Sure Boleh. Bengkel separuh hari ini yang bermula pada pukul 9 pagi di anjurkan oleh English SeminarCoach Ridz dan Coach Sha yang saya kenali pada kali pertama di bengkel Train of trainers (TOT) yang dijayakan oleh Tuan Osman Affan pada awal tahun yang lalu.

Bengkel English Sure Boleh dijayakan untuk  untuk guru tadika di Akademi Irsyadiah, seksyen 7 Shah Alam. 

Saya sebenarnya datang sebagai pemerhati, tetapi turut menjadi peserta program ini. Selepas mengikuti program English Sure Boleh, saya mendapati program ini adalah program ‘wajib’ untuk diikuti oleh setiap ibubapa, guru tadika dan setiap individu yang masih merasakan dirinya ada kekurangan di dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. 

Jika diberikan penilaian secara keseluruhan program 4 jam yang saya ikuti tadi, saya memberikan 9.9  daripada markah penuh 10.

Jika diberikan peluang oleh Coach Ridz dan Coach Sha, saya ingin datang lagi program yang amat menyeronokkan ini.

Apa yang paling mengejutkan saya adalah apabila mendapat tahu mereka mengenakan yuran RM50 seorang sahaja. Bagi saya kursus ini bernilai jauh lebih tinggi daripada harga RM50 itu. Bag ‘goody’ yang diberikan juga penuh dengan aksesori yang percaya kita mungkin tidak dapat sebanyak ini walaupun membayar RM 200 seorang.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang di anjurkan oleh Coach Ridz da Coach Sha boleh melayari www.englishguru.com.my .

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan bagi menghadiri bengkel English Sure Boleh, terima kasih Coach Ridz dan Coach Sha. Saya ingin datang lagi…

Gambar dalam halaman ini disalin dari www.motivasibelajar.com (Halaman Tuan Osman Affan).

Kemahiran yang dipelajari di dalam sesi ini memastikan kita tidak perlu dibebani kos yang melampau bagi mendidik anak dan diri kita pandai berkomunikasi dalam bahasa mat salleh.

29 May 2008 Dilema Pekerja : Hutang 15 KAD KREDIT

Pada hujung minggu lepas, saya minum petang bersama seorang daripada sifu saya iaitu Encik Yim Choong Chow ‘Business Coach’, di Subang Jaya berdekatan dengan kediamannya.

Sewaktu berbincang tentang isu kewangan semasa, beliau memberitahu bahawa ada seorang wanita bekerjaya yang sudah lewat usia mengadu kepada beliau. Wanita ini memberitahu gaji yang diterimanya iaitu RM2,800 tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup bulanan.

Apabila ditanya apakah pekerjaan suaminya, beliau memberitahu bahawa suaminya sudah pencen wajib dengan jawatan terakhir di pejabat kerajaan adalah ketua kerani. Apabila suaminya pencen, mereka melancong ke luar negara bagi meraihkannya mengunakan duit simpanan suaminya di dalam KWSP (duit sewaktu bekerja dengan swasta) dan juga duit gratuiti yang diterima sewaktu mula melangkah ke dunia persaraan. Apabila kembali semua duit yang ada di dalam simpanan semuanya habis dibelanjakan bagi menampung kos di luar negara dan juga hadiah untuk saudara mara.

Kini, suaminya menjadi pesara sepenuh masa dan hanya mengambil elaun pencen ‘yang tidak seberapa’ itu pada setiap bulan. Semua wang pencen bulanan suaminya itu digunakan sebagai duit poket bulanan untuk suaminya menghabiskan ‘sisa-sisa’ kehidupan.

Selepas balik dari bercuti diluar negara, keluarga ini ditimpa musibah yang amat besar, iaitu bebanan hutang daripada 15 kad kredit yang berjumlah lebih dari RM30,000. Kini wanita itu tidak dapat menampung kos sara hidup mereka, apabila satu sumber pendapatan sudah tertutup (apabila suaminya pencen). Dengan wang gaji RM2,800 beliau perlu membayar ansuran kereta wiranya RM600 sebulan dan sewa rumah RM 800 sebulan. Beliau juga perlu membayar sekurang-kurangnya RM1,500 untuk bayaran minimun bagi semua kad kredit yang dimilikinya itu. Daripada tiga kos di atas sahaja beliau perlu menangung RM2,900 iaitu melebihi daripada pendapatan bulanannya. Itu belum termasuk belanja dapur, petrol, bil elektrik, telefon, dan sebagainya.

Beliau benar-benar tertekan dan meminta nasihat. Apabila sifu saya menasihatinya supaya

  • menukarkan kereta wira kepada kereta kancil ataupun motor, wanita itu mengatakan “Tidak boleh”

  • berpindah ke rumah kos rendah yang sewanya RM400 ke bawah, wanita itu menjawab “Tidak boleh”

  • suaminya mengajar tuisyen di rumah, yang sekurang-kurangnya dapat membawa masuk RM1,000 sebulan, wanita itu menjawab “Tidak boleh”

  • suaminya mencari kerja bagi mengurangkan bebanan, wanita itu menjawab “Tidak boleh”

Sifu saya memberitahunya “Jika semuanya tidak boleh, tiada apa yang saya boleh bantu, kerana anda sendiri tidak sudi untuk membantu diri anda”

Bayangkan saudara/i, dengan mempunyai masalah yang banyak itu, beliau masih ingin hidup bergaya (malu untuk berhadapan dengan realiti).

Insyaa-Allah saya akan ke udara lagi di radio 24 (93.9fm) bagi segmen bicara kad kredit pada 31 Mei 2008 (Sabtu)  5.00 – 6.00 petang. Kepada sesiapa yang ada kelapangan dan ingin mengikutinya sila tunekan saluran radio anda ke 93.9 Radio 24, Sebenar dan Semasa.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

27 May 2008 Dimensi Muslim : Mencipta dan Membuka Peluang

Semoga Allah senantiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada saudara/i dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini, Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

Jika kebanyakan bisnes barat bergantung kepada keupayaan mencipta peluang, bagi memastikan mereka dapat menembusi pasaran, ianya sedikit berbeza dengan bisnes muslim. Apabila setiap muslim mempratikkan setiap apa yang dituntut melalui ‘Fardhu Kifayah’, secara terang-terangan ianya dapat mencipta dan membuka 1001 peluang kepada setiap muslim yang ingin menceburi dan berjaya dalam bisnes.

Kejayaan setiap ahli bisnes muslim tidak hanya bergantung kepada kepandaiaannya menguruskan bisnes, tetapi secara majoritinya bergantung kepada pelanggannya. Apabila setiap individu berusaha menjadi seorang individu muslim yang super, sudah pasti tiada lagi alasan kenapa ahli perniagaan muslim tidak dapat berjaya.

Apakah ciri seorang individu yang memiliki ciri muslim super, iaitu ciri muslim yang dituntut oleh Pencipta manusia iaitu Allah?

  • Memenuhi Fardhu Ain

  • Memenuhi Fardhu Kifayah

Seseorang Muslim yang menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung di dalam Fardhu Ain, menjadikan dirinya seorang yang jujur dan amanah. Ini sudah memastikan beliau tidak akan menipu, mengkhianati ataupun melakukan sesuatu dengan niat untuk merugikan orang lain.

Apabila seorang muslim yang mempunyai ciri itu melengkapkan dirinya dengan menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam ‘Fardhu Kifayah’, maka beliau akan memastikan setiap aktivitinya adalah memberikan kebaikan yang paling maksimun kepada individu muslim lain.

Contoh yang paling mudah adalah, apabila seseorang muslim itu merasai akan nikmat yang diberikan oleh Penciptanya, beliau akan memastikan setiap perbuatannya adalah menepati Fardhu Ain dan Kifayah. Apabila ingin membeli barangan keperluan harian, beliau akan mengutamakan kedai yang dimiliki oleh saudara seagamanya (orang Islam itu adalah bersaudara). Apabila membeli barangan, beliau juga memastikan barangan itu terdapat tanda halal yang diiktiraf (Jika di Malaysia, tanda halal Jakim). Apabila ingin membeli kereta buatan luar negara, beliau akan membeli dengan jurujual muslim supaya komisen yang diterima oleh jurujual muslim itu dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan dirinya yang menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam.

Apabila di lihat di dalam kontek negara Malaysia, masyarakat Muslim dapat hidup dan berdiri tanpa bergantung kepada kumpulan masyarakat lain. Apabila setiap orang Islam itu mula mempratikkan tuntutan Fardhu Kifayah, timbulnya keperluan mendadak dalam masyarakat bagi mengadakan lebih banyak pasaraya muslim, bengkel kereta muslim, kedai roti dan kek muslim, stesyen minyak muslim, dan banyak lagi… Ini dengan sendirinya membuka peluang kepada individu ataupun syarikat yang dimiliki orang muslim untuk menguasai pasaran lebih daripada 10 juta masyarakat muslim di Malaysia.

Tuhan Allah yang menciptakan manusia, turut menciptakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah bagi menyenangkan setiap muslim untuk hidup dengan tenang dan bahagia tanpa perlu bergantung kepada masyarakat yang belum mengenali Allah.

Menjadi muslim super adalah impian bagi setiap manusia yang mensyukuri nikmat Allah yang telah menjadikan mereka manusia dan bukannya makhluk lain yang ada di sekeliling kita.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

23 May 2008 Zam : Kursus Untuk Menjadi Jutawan Segera!

Salam En. Din,

Kekalutan akan timbul bila rezeki yg dikurniakan untuk kita dirasakan tak pernah cukup. Lebih menyedihkan apabila budaya kehidupan hari ini lebih mendorong kepada memiliki barangan ‘kehendak’ melebihi barangan ‘keperluan’.

Melihat kepada trend ini, wujud sekelompok manusia yg kononnya cuba membantu golongan di atas untuk mencapai impian mereka. Kebelakangan ini terdapat banyak kursus-kursus untuk menjadi jutawan segera samada dihebahkan melalui phamplet atau iklan di media cetak.

Minta pandangan En. Din tentang perkembangan ini.

Salam.

Nota Sham : Penyebab utama kenapa semakin ramai orang ingin menjadi ‘Jutawan Segera’ adalah disebabkan oleh kesempitan hidup. Kesempitan hidup yang bukannya disebabkan oleh kekurangan duit bagi memenuhi keperluan asas, sebaliknya bagi memenuhi kehendak di luar batasan kemampuan.

Penyebab utama individu pada zaman ini dapat membolosi had berbelanja melebihi wang gaji adalah kad kredit.  Dengan kad kredit seseorang itu boleh berbelanja sehingga berpuluh-puluh kali ganda wang gaji bulanannya. Apabila kehidupan  tersempit akibat gaji tidak dapat membayar bebanan gaya hidup yang diluar batasan normal, individu berkenaan akan mencari ataupun mencipta peluang bagi menyelesaikan masalahnya dengan segera.

Fokus utamanya adalah untuk menyelesaikan bebanan hutang kad kredit, skim ansuran mudah, ansuran rumah dan kereta, pinjaman peribadi dan banyak lagi hutang yang tidak disenaraikan di sini. Apabila tiada jalan mudah bagi memperolehi wang dalam jumlah yang banyak, maka pelbagai cara dicipta bagi menyakinkan orang ramai tentang ‘Program mendapat duit dengan segera’.

Tiada lagi konsep berniaga jual barang (keperluan) secara nyata akan dilakukan, banyak program yang hanya memerlukan anda memasukkan sejumlah duit, sama ada sebagai pendaftaran, pelaburan dan banyak lagi nama-nama yang indah yang digunakan.

Beberapa peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan yang menghadiri program Dimensi III telah mengambil pinjaman sehingga berpuluh-puluh ribu bagi melabur dalam program ‘Jutawan Segera’. Apa akan terjadi apabila pelaburan itu lenyap?

Masjid juga menjadi tempat para ‘peniaga jutawan segera’ memasarkan pamplet bagi memancing ‘pelanggan’.

 Sebahagian individu suka ‘mencuba’ terlebih dahulu walaupun Bank Negara sudah menasihatkan melalui pengedaran risalah di bank-bank dan juga iklan di media elektronik. Ada individu yang terlebih dahulu suka mengelakkan daripada belajar daripada kesilapan diri sendiri. 

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

21 May 2008 Surat Pembaca : Berniaga Atau Sambung Belajar
 |  Category: Dilema, dimensi, Kerjaya, Peluang |  4 Comments

Saya ingin mendapat pendapat tuan,

I am studying at UiTM in diploma business study…. saya dalam semesta terakhir…. apa pendapat tuan, if i futher my study to degree… saya harap tuan dapat memberi pendapat, kursus apa yang perlu saya sambung when I further my study….. and one more thing, saya keliru sama ada untuk sambung belajar atau memulakan bisnes sendiri ?

Ahmad Nizam (Bukan nama sebenar)

Nota Shamsuddin Kadir : Pertama-tamanya saya mengucapkan rasa syukur di atas pemikiran saudara yang amat terbuka.

Soalan pertama – adakah saya perlu sambung dalam kursus yang sama di peringkat Ijazah? Mengambil jurusan yang berbeza ketika diperingkat diploma dan Ijazah memberikan kita satu kelebihan berbanding seorang graduan yang hanya menumpukan kepada satu bidang profesion sahaja. 

Contohnya. Encik Ali adalah tukang kayu  yang bekerja selama 5 tahun dalam kilang membuat kerusi, membantunya menguasai kemahiran membuat kerusi sahaja. Gajinya adalah RM 3,000.

Manakala Encik Burhan adalah tukang kayu yang berkerja selama 4 tahun dalam kilang membuat kerusi dan meja, memberikan dia dua kemahiran yang berlainan. Kemahiran membuat kerusi dan kemahiran membuat meja. Gajinya RM3,000.

Jika anda ingin memulakan perniagaan membuat perabut, siapa yang menjadi pilihan anda?

Itu jika dilihat dari satu dimensi. Bagaiamana jika anda bercita-cita untuk menjadi ahli yang pakar dalam satu bidang sahaja contohnya Akauntan, Peguam, Doktor, Arkitek, Jurutera ? Sebaiknya anda hanya fokus dalam jurusan itu sahaja, akan tetapi ianya tidak salah jika anda ingin mempelajari juga dalam bidang lain sebagai ‘tambah nilai’ kepada perkhidmatan yang anda akan berikan kepada pelanggan. Contohnya anda adalah graduan dalam bidang kedoktoran dan menyambung dalam bidang psikologi bagi membantu dirinya melayani pesakit-pesakit dengan nilai tambah.

Apa yang penting sekarang, adalah anda perlu mengenalpasti keinginan diri anda. Apa yang anda ingin capai. Jumpa dengan orang yang sedang dan sudah berjaya bagi mendapatkan pandangan sebelum anda membuat keputusan.

 “Degree is just a license, but it is not license to kill”

Seorang sahabat karib saya, mengambil jurusan perniagaan ‘business study’ ketika di peringkat diploma dan menyambung dalam bahagian perakaunan di peringkat ijazah. Beliau memulakan pekerjaan sebagai audit dalaman dan kini bekerja di bahagian perolehan ‘procurement’.

Seorang lagi sahabat karib saya memulakan pengajian dalam bidang perakaunan di peringkat diploma dan menyambung dalam bidang pemutusan ‘Decision-Making’ di peringkat Ijazah.

Soalan Kedua – Jika berkemampuan sambung belajar di peringkat Ijazah dan sambil itu berkecimpung dalam bisnes. Sebolehnya bisnes trading iaitu bisnes jual barang. Jika boleh elakkan barangan yang diperolehi melalui skim jualan langsung, kerana ketika ini anda memerlukan kemahiran bergantung atas diri sendiri 100% supaya anda dapat melihat dimensi anda ketika itu.

Maklumkan kepada saya dari masa ke semasa di halaman blog ini, supaya saya dan rakan pembaca dan pelawat lain dapat memberikan pandangan. Di jemput saudara dan saudari untuk turus menyumbangkan pandangan dan nasihat.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

 

16 May 2008 Surat Pembaca : Perihal Hutang-Hutang

Assalamualaikum wbt…

Terlebih dahulu saya meminta maaf jika emel saya ini menggangu tuan. Tahniah kepada Tuan sebab telah menulis buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’. Ianya amat berguna sekali terutamanya kepada orang-orang yang selalu berhutang, biasa berhutang, sedang berhutang dan akan berhutang…bagus sekali panduannya.

Untuk pengetahuan tuan, saya adalah salah seorang yang terjerat dengan hutang kad kredit dan pinjaman iaitu pinjaman peribadi. Saya telah mempunyai 5 kad kredit dan 4 pinjaman peribadi.  Akhirnya saya telah tidak dapat membayar hutang kad-kad kredit tersebut dan juga semua pinjaman peribadi itu. Maka saya telah mengambi jalan itu pun rakan saya yang menasihatinya, supaya masuk dalam program AKPK iaitu satu program di bawah pengawasan Bank Negara untuk menolong orang-orang yang mempunyai hutang yang banyak.

Alhamdulilah, sekarang saya kena bayar RM900 sebulan terhadap semua kad-kad kredit dan juga semua personal loan itu, berbanding RM2,000 sebulan jika say amembayar hutang-hutang tersebut seperti biasa. Untuk makluman, saya perlu membayar RM900 itu selama 10 tahun.

Di sini, ingin saya meminta pandangan atau pendapat tuan, tentang apa yang telah saya lakukan ini. Adakah ianya langkah yang tepat atau ada lagi jalan yang lebih tepat supaya saya dapat selesaikan semua hutang saya itu?

Atau mungkin tuan ada cadangan yang lain?

Terima kasih di atas pandangan yang akan tuan berikan nanti

Wassalam,

Salam hormat

Salman (bukan nama sebenar)

Nota Sham : Saudara telah mengambil langkah yang amat baik dengan menghubungi dan mendapat khidmat dari AKPK. Dengan bayaran ansuran RM900 sudah pasti meringankan bebanan berbanding RM2,000 sebulan. Teruskan dengan kaedah AKPK itu.

Apa yang saudara boleh lakukan pada waktu ini, adalah memastikan perbelanjaan bulanan, tidak lebih daripada 70% daripada wang gaji atau pendapatan yang diterima setiap bulan. Tingkatkan kesedaran dan kemahiran menguruskan duit dan hutang dengan banyak membaca bahan berkaitan dengan kewangan. Saudara juga boleh mendapatkan informasi terkini di www.shamsuddinkadir.com yang mengandungi banyak pandangan dari pelawat yang amat baik untuk difikir dan dipratikkan.

Teruskan pembacaan buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ untuk memberikan dimensi kedua dalam diri saudara. Insyaa-Allah ianya membantu saudara bagaimana untuk menyelesaikan bebanan RM900 sebulan itu.

Sekian.

Informasi untuk pembaca www.shamsuddinkadir.com 

Jumlah hutang selepas distruktur semula oleh AKPK adalah RM 900 X 12 bulan x 10 tahun, iaitu RM 108,000. Bayangkan hutang pembelian kad kredit dan pinjaman peribadi itu menyebabkan kita menangung bebanan selama 10 tahun untuk sesuatu ‘barangan’ yang kita tidak miliki. Jika kita membeli sebidang tanah secara ansuran, di akhir 10 tahun  kita memiliki sebidang tanah yang dahulunya berharga RM108,000 tetapi kita mungkin sudah satu ataupun 2 kali ganda daripada nilai asalnya.

Elakkan daripada menyelesaikan masalah hutang kad kredit dengan mengambil pinjaman peribadi. Kita terjebak dengan satu lagi perangkap.  Tingkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam selok belok kewangan sebelum kita mengambil tindakan yang terbaik.

Bacaan awal yang dicadangkan adalah buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ Boleh didapati di kedai buku yang berhampiran dengan anda.

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!