Archive for the Category ◊ Pengantin Baru ◊

06 Aug 2012 Kehadiran Bulan Ramadhan & Syawal

Assalamualaikum WBT,

Menemui semua sepupu yang dirahmati Allah lagi dicintai Nabi,

Didoakan tuan dan cikpuan semua terus menerus dirahmati Allah dengan limpahan rezeki yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

Sudah lama juga kita tidak berbicara di ruangan ini, ampunkan saya, kerana jadual program yang padat, saya tidak dapat bersama untuk sekian lama. Di pagi yang mulia ini, saya mengambil kesempatan bagi memberi sepatah dua kata terutama dengan kos yang perlu kita tanggung setiap kali kedatangan Syawal.

Apabila kedatangan Syawal, dua perbelanjaan yang meningkat. Yang pertama : Perlaburan saham akhirat dengan melebih-lebihkan sedekah duit dan makanan.

Yang kedua : Pembelian baju baru untuk dipakai pada 1 Syawal.

Belanja lain, insyaa Allah seperti biasa. Alhamdulilah, kedatangan Ramadhan tahun ini, kami masih istiqamah untuk tidak membeli apa-apa barangan untuk raya. Contohnya, langsir kaya, bekas kuih, sofa raya, dalan lain-lain.

Teruskan Istiqamah. Mengikut Kajian, orang yang merasakan dirinya MAHAL, mereka tidak memerlukan benda-benda mahal untuk dilekatkan ataupun ditempatkan di sekeliling mereka.

Buku terbaru yang sudah terbit di pasaran adalah Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta. Insyaa Allah ada 2-3 buah buku lagi yang akan diterbitkan pada tahun 2012. Mohon doa dari tuan dan cikpuan yang budiman.

Mohon maaf zahir dan batin.

06 Apr 2012 Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta Terbit April 2012
 |  Category: Buku, Pengantin Baru |  4 Comments

Bismillah. Dengan izin Allah, buku Rancang Wang Sejak Mula Jatuh Cinta bakal terbit di pasaran dalam bulan   April 2012 ini. Buku ini adalah ditulis bagi memberikan ilmu dan kemahiran kepada individu yang bakal bercinta dan berumahtangga. Terdapat banyak kos perbelanjaan kahwin yang tidak meningkatkan lagi kebahagiaan rumahtangga.

Pinjaman peribadi dan wang hantaran menjadi antara punca keretakan rumahtangga. Kini jumlah perceraian antara tahun 2001 – 2011 adalah lebih dari 260,000 orang.

Sebaliknya kos-kos itu menjadi punca kepada keretakan rumahtangga yang dibina. Bagi mengetahui status buku ini sama ada sudah terbit di pasaran, boleh klik like di facebook/BukuRancangWangSejakJatuh Cinta ataupun klik like di halaman facebook/Shamsuddin Kadir.

11 Nov 2010 Bulan Madu Tempatan Dan Bulan Madu Import
 |  Category: Pengantin Baru |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sepupu-sepupu yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi nabi,

Di Malaysia ada dua jenis cara berbulan madu. Jenis yang sedang popular adalah bulan madu yang dimport. Di mana kos bagi meraikan bulan madu import sangat tinggi manakala kualiti yang dinikmati adalah rendah. Kerana kos yang paling banyak kita keluarkan adalah untuk sewa hotel dan makanan di hotel.

Manakala bulan madu cara tempatan adalah kita pergi melawat ke rumah ahli keluarga kita terutama ibu saudara, bapa saudara dan juga datuk saudara dari kedua-dua belah pihak.

Ianya kadangkala mengambil masa lebih dari 6 bulan bagi menziarahi semua ibu dan bapa saudara kita itu, kerana sebahagian dari mereka tinggal berjauhan. Ada yang mungkin tinggal di Langkawi dan sebagainya. Apabila kita ke Langkawi untuk menziarahi ibu saudara kita itu, kita juga dapat melancong bersama dengan pasangan kita.

Apabila kita ke rumah saudara mara itu di awal pernikahan, kita dapat mempelajari patang larang dan juga perangai-perangai ibu dan bapa mertua kita. Ini bagi memastikan kita dapat memasuki keluarga mertua itu dengan selamat dan bahagia.

Di beberapa tempat ianya dipanggil ‘Panggil Menantu’. Di mana keluarga ibubapa saudara kita memasak bagi meraikan kedatangan kita ke rumah mereka. Di rumah mereka kita diusik, al maklum pengantin baru dan juga di ajar perkara yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam sebuah perkahwinan yang bahagia.

Insyaa-Allah akan di sambung.

Shamsuddin Kadir

07 Jun 2010 Hadiah Untuk Pengantin Baru

Apabila kita  mendapat jemputan majlis perkahwinan (bertol) ataupun kenduri Kesyukuran, hadiah yang paling bagus dan bernilai untuk kita berikan adalah hadiah yang benar-benar diperlukan oleh pasangan pengantin baru tersebut.

Apabila kita memberikan hadiah yang ‘tidak diperlukan’ seperti pinggan mangkuk, barangan hiasan, ini membuatkan penerima barangan itu mengeluh di hati, kerana melihat lambakan pingan mangkuk yang terlampau banyak dari pelbagai hadirin yang biasannya mencecah lebih dari RM1,000 secara total. Bayangkan jika sepasang tetamu datang membawa hadiah berisi pinggan mangkuk berharga RM 35. Tetamu seramai 30 orang sudah membawa pinggan mangkuk yang sudah berharga RM 1050.

Biasanya ada 5 – 10 set pinggan mangkuk yang sama, kerana, semuanya membeli di pasaraya yang sama.

Yang menjadi bertambah kaya adalah PASARAYA, yang terpaksa mengumpul stok pinggan mangkuk yang tidak perlu adalah pengantin baru. Mungkin sehari selepas majlis, pengantin baru itu dapat membuka JUALAN GARAJ di rumahnya bagi menjual pinggan mangkuk itu dengan separuh harga.

Antara perkara yang pengantin baru paling perlukan adalah duit, sama ada secara tunai ataupun duit yang dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Keperluan belanja yang teramat besar berlaku sebaik sahaja majlis kenduri selesai di kedua-dua belah pihak, di mana mereka perlu menangung kos perpindahan ke rumah sewa yang  kosong. Keperluan asas seperti Peti Sejuk, Mesin Basuh, Pengisar (Blender), Periuk Nasi dan sebagainya.

Jika kita memerlukan nama kita diketahui oleh penerima duit pengantin baru itu, tuliskan nama kita pada sampul duit itu. Jika tidak perlu, kita boleh bagi tanpa sampul. Jumlah yang kita mampu dan ikhlas sama ada

RM 5, RM 10, RM 20, RM 30 dan sebagainya.

Semoga tiada lagi pengantin-pengantin baru yang mengeluh sempena majlis perkahwinan di musim cuti sekolah ini. Amin.