Archive for the Category ◊ Perangkap Hutang ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

16 Apr 2014 Kursus Kewangan di Kuching oleh Shamsuddin Kadir

Bismillah. SAW.

Insyaa Allah, Kursus Menyusun Kewangan untuk Bebas Hutang akan dijayakan di Kuching, khusus buat individu yang bermastautin di Sarawak.

Bengkel atau kursus ini adalah bagi memberikan ilmu dan teknik bagaimana untuk kita menyusun semula kewangan kita agar hidup kita lebih tenang, dan hutang-hutang yang tidak perlu, dapat kita selesaikan Insyaa Allah dalam masa 2 tahun maksimum untuk kebanyakan kes dengan izin Tuhan.

Juga, hutang-hutang yang lain itu dapat dipendekkan tempoh pembayarannya dari waktu yang sebenar dengan menggunakan pelbagai teknik yang akan dikongsikan di dalam kursus ini Insyaa Allah.

Kursus 11 Mei ini adalah siri kedua bengkel pertama sudah diadakan di Kuala Lumpur pada 13 April 2014 yang lalu.

Butiran lanjut berkenaan kursus ialah :

MASA : 8.30 pagi – 4.30 petang

TEMPAT : Auditorium ABM, Block C, Kompleks CIDB Kuching Sarawak

TARIKH : 11 MEI 2013 (Ahad)

PENDAFTARAN : BORANG PENDAFTARAN ONLINE

YURAN PELABURAN bermula 14 April – 30 April 2014:
RM 110 untuk pendaftaran individu.
RM 90 seorang untuk 2 orang
RM 70 seorang untuk 3 – 4 orang
RM 50 seorang untuk 5 orang ke atas
OKU (percuma Insyaa Allah)
RM30 Ibu Tunggal (yang tidak berkemampuan)

YURAN BERMULA 1 MEI – 9 MEI 2014
RM 140 seorang : Pendaftaran individu
RM 110 seorang : Pendaftaran 2 orang
RM 90 seorang : Pendaftaran 3 – 4 orang
RM 70 seorang : Pendaftaran 5 orang dan ke atas
RM 50 seorang : Ibu tunggal (yang kurang berkemampuan)
FOC / Percuma : OKU keistimewaan anggota

Untuk mendaftar secara online klik : BORANG PENDAFTARAN ONLINE

Untuk mendaftar secara offline, hubungi 03 4142 5300 / 4141 6300

Tempat adalah terhad.

[admin]

17 Aug 2013 Bismillah. Punca Ada Hutang Yang Buruk @ Jahat

Bismillah. Antara punca yang menyebabkan seseorang itu memiliki hutang yang tidak baik adalah berpunca dari hati, ataupun nilai diri ataupun kedua-duanya.

Isu hati adalah isu tahap keimanan, apabila nafsu yang menjadi raja di dalam diri, maka, secara purata seseorang itu terpaksa menanggung hutang buruk iaitu hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit(hutang) dan hutang skim ansuran mudah. Semakin kurang seseorang itu mencintai orang lain yang bukan ahli keluarganya, semakin kuat beliau berbelanja bagi meningkatkan simbol-simbol kekayaan untuk ditayangi kepada orang ramai.

Apabila seseorang itu tidak mengamalkan perangai yang elok (di dalam Islam adalah Akhlak), nilai diri kita jatuh merudum, ini yang menyebabkan sebahagian daripada kita mudah berbelanja melebihi dari apa yang kita mampu, kerana ingin orang lain nampak kita ‘ELOK’. Sedangkan perangai yang elok (Akhlak) dengan barangan berstatus kaya, make up muka yang ala selebriti ataupun pakaian kita yang berjenama ataupun berlabucci, tidak mampu untuk membuatkan orang lain memandang kita sebagai ‘ELOK’. Itu antara punca manusia akan terus menerus berbelanja berlebihan, selagi mereka tidak mempunyai perangai yang elok. Antara orang yang kurang berbelanja dan tidak akan menanggung hutang yang tidak baik adalah orang yang sudah ada perangai JUJUR, AMANAH, BAIK, SOPAN, ALIM, BERIMAN, MENGHORMATI ORANG LAIN dan banyak lagi. Semakin banyak perangai yang elok itu kita ada, semakin kurang kita berbelanja untuk mempengaruhi orang lain supaya nampak kita hebat ataupun mahal.

Bagi mendidik hati diri sendiri, dalam hal Agama, banyak mendampingi ustaz yang hatinya di Akhirat.

Bagi mendidik diri supaya berakhlak terpuji juga sama seperti di atas dan termasuk berkawan dengan orang yang sudah mempunyai jenama mahal itu, iaitu jujur, menepati masa, pandai berkomunikasi, merendah hati.

Semakin baik akhlak kita, semakin kurang kita berbelanja untuk diri sendiri.

Cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah mengamalkan tip di atas, termasuk yang wajib adalah BERDOA.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Satu salinan entri di facebook Insyaa Allah dihantar ke www.ShamsuddinKadir.com

02 Mar 2011 Pertanyaan Sepupu : Tempoh Pinjaman Kereta

Assalamualaikum.

Didoakan agar tuan sihat wal afiat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Ada sedikit pertanyaan, saya ada membuat pinjaman kenderaan dengan Bank XYZ menggunakan pakej GradHitz selama 10 tahun bermula pada tahun 2008 dengan bayaran ansurannya sebanyak RM617 sebulan.

Saya amat terlambat membeli buku tuan ‘Hidup tenang walaupun berhutang’ yang menyatakan berapa lama tempoh yang patut kita habiskan untuk kenderaan.

Adakah cara yang lain untuk mengurangkan bayaran bulanan kereta saya itu?

Untuk pengetahuan tuan, saya masih belajar dan sudah berkeluarga. Mohon pendapat tuan dan sekian terima kasih.

Ahmad Tarmizi (bukan nama sebenar)

_________________________________________

Waalaikummusalam wbt,

Amin, saya suka di atas doa tuan itu, kerana doa orang yang soleh dimakbulkan oleh Allah SWT.

Saya doakan supaya tuan sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak, pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Tuan aplikasikan sistem sampul surat dalam buku tersebut, elakkan dari terlibat dalam barah kewangan yang lain.

Baca pula buku kedua tulisan Shamsuddin Kadir iaitu Makan Gaji Tetapi Kaya, seterusnya membaca buku Kaya Dengan Rumah dan diikuti Buat Duit Dengan Rumah.

Amalkan doa yang terdapat di antara muka surat terakhir buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, amalkan setiap kali kita teringat.

Tingkatkan nilai diri kita, mengikut kajian yang dibuat oleh pakar Psikologi, orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan barangan mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun disekeliling mereka.

Apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk membeli simbol-simbol kekayaan palsu, supaya diri kita di lihat sebagai orang kaya, orang berada ataupun orang yang mahal.

Di luar sana ada banyak perangkap yang disediakan oleh Bank-bank, penyedia skim ansuran mudah, Ah long dan lain-lain.

Tuan, teruskan usaha tuan mengerjakan solat Dhuha itu, ianya membantu kita.

Membaca buku-buku tersebut dan artikel di dalam blog ini yang sudah melebih 900, memberikan tuan jalan penyelesaian yang mantap, dengan izin Allah. Tuan terkejut apabila mendapati pinjaman kereta tuan sama ada dijelaskan awal, ataupun waktu tuan sedar itu, pinjaman kereta sudah habis, walaupun belum sampai tempoh pinjaman, iaitu 10 tahun.

Dalam buku itu dan entri dalam blog ini saya ada masukkan ‘mentera’ bagi menghalang kita dari dibebani dengan hutang yang yang tidak perlu.

Apa-apa tahniah tuan, insyaa Allah kita bertemu nanti, jika tiada ruang di sini, kita bertemu di Syurga nanti. Amin.

Shamsuddin Kadir

04 Dec 2010 Hutang Rumahtangga Setinggi Gunung

Maafkan saya,

Assalamualaikum, Tuan dan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Ya Allah tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih,

kami juga berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas

dan sesungguhnya kami juga berlindung kepadaMu dari sifat kedekut dan pengecut

dan kami juga berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami.

Mengikut laporan terbaru oleh majalah The Edge Malaysia, hutang peribadi mencecah RM560.1 bilion pada 31 Ogos 2010 yang lalu.

Hutang ini termasuk hutang pembiayaan rumah, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi seperti pinjaman peribadi dan juga kad kredit.

Sepupu yang dihormati,

Tiga perkara yang paling asas yang dapat mengelakkan dari menanggung bebanan hutang ‘rumahtangga’ yang tinggi adalah :

  • Mencari untuk ditinggalkan, meninggalkan untuk bekalan
Rumah, kereta, jam tangan, handphone terkini, laptop, cincin, tv plasma, status gelaran seperti Dr, dan lain-lain, kita meninggalkan ke semuanya sebaik sahaja roh kita dikeluarkan dari jasad kita. Ketika itu usaha kita mencari untuk ‘kenikmatan peribadi yang berlebihan’ ditinggalkan. Apa yang kita bawa, hanyalah sedekah ataupun bantuan yang kita telah lakukan sewaktu kita hidup serta amalan baik yang kita lakukan setiap hari seperti sembahyang dan juga berzikir.
  • Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya
Hidup ini tidak lebih dari hidup dalam keadaan berusaha bagi mencukupi keperluan hidup diri dan keluarga dan juga  mencari lebihan untuk memberi kepada orang yang lebih memerlukan.
  • Orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan benda ataupun perkara yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun ditempatkan di sekeliling mereka.
Apabila kita sudah mencapai tahap kemuliaan diri sendiri, kita semakin tidak memerlukan barangan ataupun sesuatu bagi menunjukkan kepada orang lain bahawa kita sebenarnya mahal. Antara barangan yang ditunjukkan bagi menyatakan kita mahal adalah kereta, rumah, perabot dalam rumah, handphone dan lain-lain.
Apabila kita membeli rumah, kereta dan barangan lain yang lebih tinggi harganya dengan pinjaman, semakin kurang nilai ketenangan yang kita nikmati. Semakin kurang peluang untuk kita membantu memberi sedekah yang lebih tinggi nilainya.
Apabila orang meminta sedekah kita hanya mampu memberi RM 1 – 2 apabila kita menangung bebanan ansuran rumah, kereta dan lain-lain yang tinggi. Apabila kita tiada bebanan yang tinggi, tabung akhirat kita semakin berisi, kerana kita bukan sahaja boleh memberi kepada orang yang meminta sedekah dengan jumlah yang lebih besar seperti RM 50, kita juga rasa seronok apabila dapat mengejar dan mencari orang yang memerlukan bantuan, kerana kita tidak puas, selagi mana duit kita tidak dihabiskan setiap hari untuk membantu orang lain.
Apabila kita meneruskan menggunakan kereta yang sudah habis bayar ansuran, kita ada lebihan sekitar RM 500 – 1000 sebulan untuk dibelanjakan tempat lain. Duit itu juga boleh digunakan bagi membuat simpanan sebahagiannya dan  sebahagian lagi digunakan untuk membuat bekalan bagi menikmati kemodenan dan kesenangan yang luarbiasa di negeri yang kekal selama-lamanya. Iaitu Akhirat Jaya.
Ketika Tuan dan Puan membaca entri ini, juga tidak mustahil, penulisnya juga sudah tiada di muka bumi ini. Maka apakah yang di bawa balik ke Alam Barzakh ?
Maafkan saya, sekali lagi.
Dari sepupu
Shamsuddin Kadir
31 Dec 2009 Kanser Kewangan Merompak Nikmat Tenang
 |  Category: Perangkap Hutang |  4 Comments

Tuan, Puan dan semua sepupu Shamsuddin Kadir yang dihormati,

Semoga hari ini menjadi satu lagi hari bagi kita berusaha meningkatkan kualiti hidup kita. Amin.

Tidak semua kaedah pembelian barangan ataupun nikmat yang membantu kita hidup dengan lebih selesa dan tenang. Ada kaedah membeli barangan ataupun servis yang menjahanamkan kehidupan kita ada sampai ke liang lahad.

 

Skim Ansuran Mudah adalah satu dari barah kewangan yang perlu kita elakkan seumur hidup. Sucikan diri kita dari terdedah kepada bakteria kewangan ini. Jika ketika ini kita sudah terjebak, antara langkah yang kita boleh lakukan adalah JANGAN membaca lagi ‘flyer’ yang dihantar ke dalam peti surat kita. Dalam ‘flyer’ itu ada jampi yang sudah berjaya membuat kita menangung hutang yang luarbiasa. Jiran kita membeli sofa yang berharga RM 1,500 dengan harga RM1,300. Kita membelinya dengan harga RM 2,000. Untuk barang yang sama, kita terpaksa membayar lebih.

Pinjaman Peribadi adalah merupakan antara barah kewangan yang paling merebak ke dalam masyarakat kita. Jika ibubapa kita dahulu tidak perlu pun dnegan pinjaman peribadi untuk membesar dan menjadikan kita orang yang hebat. Apa yang menyebabkan kita memerlukannya? Ianya tidak lebih dari ‘jampi bisnes’ yang digunakan bagi membuatkan kita terpedaya, terperangkap. Nikmat yang kita rasa sebelum ada hutang ini, sudah tiada lagi, ianya hanya dapat kembali apabila hutang kita habis dibayar dengan sepenuhnya.

Kad kredit adalah antara barah yang paling bengis, kerana ianya membuatkan pemilik ataupun pemegangnya menjadi cepat tension, pemarah dan semuanya tidak kena. Jika dahulu, orang semua menghormati kepada pengguna kad kredit di pasaraya dan di station minyak, tetapi kini masyarakat melihat orang yang mengunakan kad kredit sebagai orang yang tiada duit dan hidup diluar kemampuan. Hanya segelintir yang guna kad kredit yang menjelaskan hutang sepenuhnya pada setiap bulan.

Barangan kita yang sudah lusuh ataupun kelihatan buruk itu sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita, kerana ianya mengingatkan kita bahawa, kita juga sebenarnya sudah semakin ‘tua’ semakin dekat dan hampir dengan tarikh mati kita.

Hidup dalam keadaan yang kita mampu bayar dan tanpa merendah-rendahkan sepupu kita yang lain. Jika kita ada duit, agihkan sebahagiannya kepada ahli keluarga kita dan semua sepupu kita.

Supaya kita tidak pernah berjaya untuk menyesal sewaktu di dunia kerana membiarkan nikmat tenang dirampas, dirompak dan diambil dari kita akibat tindakan kita.

‘Orang yang merasakan diri mereka berharga, mereka tidak memerlukan barangan yang mahal untuk dilekatkan kepada mereka, ataupun disekeliling mereka (kereta, rumah…). Orang yang percaya diri mereka mahal @ beharga, mereka sibuk membantu orang lain hidup dalam keadaan tenang iaitu nikmat yang tidak boleh dibeli dengan bebanan hutang.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat & Penulis 9 Buah buku di Malaysia dan Indonesia

06 Jun 2009 Tetamu SK: Hutang Ohh Hutang

Informasi di bawah yang dihantar ke info@shamsuddinkadir.com oleh tetamu blog ini.

Salam,

Tuan, Saya ada membuat pinjaman RM8000 dari H bank pada bulan 8 tahun 2008 selama 5 tahun dan ada hutang kad kredit RM3600 dari E bank dan saya telah gunakan dengana maksimum. 

Saya tahu itu salah saya juga. untuk makluman tuan, tujuan sebenar saya membuat pinjaman adalah untuk majlis perkahwinan pada hujung tahun ini, tapi tak jadi sebab orang yang saya nak kahwin tu dah berkahwin dengan orang lain.

Minggu lepas, lawyer dari eon bank ada call bagitau saya untuk blacklistkan nama saya kalau saya tak bayar minima RM300 sekurang-kurangnya sebab tarikh yang diberi telah tamat. tapi saya telah  bayar RM300 tu pada hari itu juga dan mereka tak jadi untuk blacklistkan nama saya.  

Tuan, Saya ingin menyusun semula semua hutang-hutang saya ini, dan mahu settlekan secepat mungkin sebab gaji saya cuma RM1800 campur ot (overtime) sahaja. Dan saya juga tengah pening sebab nak bertunang bulan 11 tahun ini dan nak kahwin tahun depan dengan orang lain.  

Harap Tuan dapat tolong saya apa yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini. 

ZI (Bukan nama sebenar)

————————————

Kami juga mengalu-alukan pandangan Tuan dan Puan berkenaan masalah yang dihadapi oleh saudara kita ini. Insyaa-Allah SK akan memberikan pandangannya dalam masa terdekat.

Waalaikummusalam Tuan ZI,

Semoga Allah memudahkan usaha Tuan dalam membebaskan diri dari bebanan kewangan ketika ini. Amin.

Tuan pertama-tamanya SK ingin mengucapkan tahniah kerana memilih jalan pernikahan yang dihalalkan oleh Allah bagi memulakan hidup berumahtangga.

Pertama-tamanya juga pandangan yang telah diberikan oleh saudara kita yang telah memberikan pandangan di ruangan diskusi kuliah juga perlu kita fahami dan aplikasikan sebaik yang mungkin.

Tuan apabila melihat situasi yang Tuan ketika ini sedang berada SK merasa semakin bersalah kerana buku berkenaan dengan perkahwinan belum siap. Walau bagaimana pun SK akan menumpukan kepada masalah hutang yang sedang Tuan tanggung ketika ini.

Tuan mengikut andaian saya duit pinjaman peribadi RM 8,000 yang Tuan dapat sudah habis digunakan. Apa yang Tuan boleh buat pada ketika ini bagi jalan yang paling mudah dan ringan adalah menghubungi Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang terletak di tingkat 7 / 8 Maju Juction, berdekatan dengan SOGO dan Medan MARA Kuala Lumpur jika Tuan menetap di Lembah Klang. Jika di luar Lembah Klang, hubungi cawangan AKPK di negeri Tuan sedang menetap. Mereka dapat membantu Tuan menstrukturkan semula hutang Tuan di samping yang sama membantu mendapat diskaun bagi hutang kad kredit Tuan.

Dalam keadaan yang amat sukar ini, Tuan seharusnya tidak membenarkan walaupun satu sen wang dari duit gaji yang Tuan perolehi ketika ini dari dihadiahkan kepada orang lain iaitu peniaga bagi sesuatu yang tidak bermanfaat.

Jika Tuan makan di kedai pastikan air suam ataupun ais kosong yang di order. Jika makan nasi lemak sewaktu pagi, pastikan Tuan hanya order nasi lemak biasa. Teh tarik jika perlu order hanya sekali sehari sama ada ketika bersarapan ataupun waktu lain.

Habis kerja pastikan Tuan mengunakan waktu malam di rumah sahaja dan penuhkan sebahagian waktu sebelum tidur dengan membaca buku kewangan. Hidup Tengan Walaupun Berhutang (RM20) sesuai menjadi santapan pertama Tuan setiap malam. Pastikan baca doa yang ada di dalam buku tersebut di muka surat yang terakhir pada setiap masa.

Jika guna hp pastikan bil maksimu adalah RM 35 sahaja. Hantar cincin sahaja ketika masjis pertunangan jangan disusuli dengan hantaran lain yang ‘membazir’. Cukup sebentuk cincin ‘belah rotan’. Tanda ikatan. Jika Tuan ada adik beradik yang bekerja, dapatkan adik beradik bagi membantu menghadiahkan satu hantaran bagi setiap adik beradik yang bekerja. Beritahu mereka status kewangan Tuan yang kurang memuaskan ketika ini. Dengan izin Allah banyak sumbangan yang Tuan akan terima. Jika Tiada adik beradik yang mampu membantu, pastikan tiada majlis perkahwinan yang membazir iaitu yang tiada keberkatan, seperti :

  • Kos Pelamin & pakaian yang hanya dipakai sekali seumur hidup
  • Hantar seperti kasut, baju, …
  • Kad perkahwinan yang melebihi dari RM 0.30 sekeping. Jemput bilangan minimun seperti 100 – 300 orang sudah lebih dari mencukupi bagi memaklumkan dan menghebohkan kepada jiran tetangga bahawa Tuan sudah bernikah dengan Si Polan.
  • Banyak lagi kos yang tidak meningkatkan kebahagiaan rumahtangga perlu dielakkan sewaktu majlis pernikahan.

Beritahu kepada bakal pasangan supaya beliau mengerti, jika beliau tidak sanggup untuk negosiasi dengan Tuan termasuk jumlah hantaran, SK tidak yakin itu adalah pasangan yang akan membahagiakan Tuan sepanjang hidup.

Kad Kredit itu Tuan tidak perlu risau. Tuan tidak boleh gunakan lagi.. potong kepada dua bahagian dan pastikan setiap bulan Tuan boleh bayar walaupun dalam jumlah yang amat sedikit. Diblacklisted bukanlah membuatkan kita tidak boleh lagi hidup dengan tenang dalam dunia ini. Tetapi hutang itu perlu dijelaskan sedikit demi sedikit. Biarkan jika bank ingin blacklisted nama Tuan, tetapi pastikan sekali lagi Tuan membuat bayaran walaupun jumlah yang dibayar itu hanya RM 100 sebulan. Ketika ada duit lebih bayar lebih. Selepas hutang itu dibayar sepenuhnya nama Tuan akan diPUTIHKAN semula.

Jika Tuan merokok sudah tiba masanya Tuan melihat dan memahami, bahawa rokok itu bukan sahaja membuatkan Tuan berisiko tinggi menghadapi barah, ianya juga tidak membantu Tuan menghadapi tekanan kewangan ketika ini. Bahkan ianya menghabiskan lebih banyak duit Tuan.

 Jangan, jangan tambah hutang baru sama ada kad kredit itu digunakan semula, ataupun membeli kereta dan pinjaman lain. Ianya akan membuatkan hidup kita semakin tersempit sehingga ke liang lahad. Pastikan Tuan sudah bebas hutang ini sebelum merancang yang lebih baik.

Elakkan dari skim-skim yang katanya “Cepat Kaya, Cepat Dapat Duit” kerana apabila kita tersempit dengan bebanan kewangan kita sebenarnya telah menjadikan diri kita sebagai ‘Umpan’ yang dicari oleh Pencipta Skim-skim ini.

Tiada jalan yang dalam sesaat membuatkan kita selesai dengan masalah. Apabila dilihat masalah Tuan, kes yang Tuan sedang hadapi ini jauh lebih ringan dari kes yang dikelolakan oleh SK sebelum ini. Kes yang lebih berat dapat diselesaikan, SK yakin Tuan berjaya selesaikan dalam masa yang singkat.

Jika Tuan terlebih yakin dengan kuasa Allah, SK galakkan Tuan mengusahakan diri bagi Solat Dhuha 2 rokaat setiap pagi sehingga situtasi hutang ini dipermudahkan oleh Allah. Jika keyakinan itu terus bersemi teruskan solat Dhuha itu sehingga kita kembali kepadaNya.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu supaya mempermudahkan situasi saudaraku ini yang sedang dalam kesempitan. Bantulah beliau, kurniakan kepadanya dengan semangat dan kebaikan yang datang. HambaMu ini percaya dengan kekuasaanMu dan amat yakin saudaraku ini akan menjadi orang yang berjaya menyelesaikan hutang dan dapat bernikah dengan berjayanya dengan keredhaanMu. Ya Allah perkenankanlah doa hambaMu ini. Amin.

 

 

 

 

10 Apr 2009 Bicara ‘Merompak Diri Sendiri’ Di TV3 Khamis 10 April 09

Bicara bertajuk Merompak Diri Sendiri membuka banyak isu baru kepada para penonton di mana pemanggil yang berjaya ke udara terus menerus ingin penjelasan lebih lanjut berdasarkan situasi mereka.

Merompak diri sendiri adalah tabiat yang tidak baik kerana ianya merampas apa yang penting dalam hidup ini iaitu perasaan tenang. Kita juga tidak perlu salahkan kepada diri kita sendiri jika kita hanya menyedari tentang merompak diri sendiri hari ini. Apa yang kita boleh buat antaranya adalah membuat ubahsuai jumlah perbelanjaan bulanan kita supaya tidak melebihi 70% dari gaji yang dibank in ke dalam akaun kita. Gaji selepas di tolak KWSP dan Perkeso bagi yang berkerja di sektor swasta. Bagi individu yang bekerja di sektor awam hanya perlu menolak dengan apa yang diwajibkan oleh kerajaan kepada setiap kakitangannya.

Kepada individu yang ingin melakukan dengan cara yang lebih teratur, boleh membaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ yang sudah diterbitkan pada penghujung 2006 dan telah juga diterbitkan di Indonesia pada tahun 2008.

Jika kita bekerja dan ingin melihat kepada satu dimensi baru, buku Makan Gaji Tetapi Kaya juga memberikan kepada kita satu lagi peluang bagi melangkah jauh kehadapan.

Buku-buku ini ada di jual di kedai-kedai buku, jika ianya tidak berjaya diperolehi di kedai buku, boleh membelinya di halaman ini. Sila klik di ruangan sebelah kanan yang berkenaan dengan buku.

Perompak yang paling bahaya dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Peluang kita merompak di kita sendiri amat tinggi berbanding peluang orang lain merompak diri kita sendiri.

Kita tidak dapat mengawal secara 100% bagi mengelakkan orang lain merompak kita, tetapi kita boleh mengawal 100% diri kita supaya tidak merompak diri sendiri. Derita merompak diri sendiri membawa ke liang lahad kita ianya tidak dikawal ataupun dihentikan hari ini.

Shamsuddin Kadir

www.ShamsuddinKadir.com

info@shamsuddinkadir.com

‘Bicara ‘Salam Kosong’ di Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 pada hari Ahad 12 April 2009, yang akan dijayakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

06 Apr 2009 Elakkan Ruang Berhutang Yang Tidak Perlu

Setiap hari perangkap-perangkap kewangan sentiasa mengikuti kita, apabila kita kurang cerdik tentang perangkap kewangan kita menjadi salah seorang dari mangsanya. Ianya bukan bererti sekali kita terkena kita tidak akan terkena lagi, perangkap kewangan ada banyak jenis, ada yang dari jenis yang sama cuma cara masuk perangkap adalah berbeza.

Buat permulaan, perkara asas yang kita perlu tahu adalah untuk hidup di bandar besar jenis hutang yang mungkin kita perlu ambil adalah pinjaman beli rumah dan kereta bagi individu yang sudah bekerja.

Bagi saudara yang menyambung ke peringkat diploma ataupun ijazah, pinjaman pelajaran mungkin perlu diambil jika ibubapa saudara adalah kurang upaya (miskin). Satu cara bagi melihat sama ada ibubapa kita kurang upaya dari segi duit dan harta adalah, di rumah kita hanya ada apa yang perlu untuk hidup tiada barangan ataupun perkhidmatan yang jika dielakkan dapat menangung yuran belajar di universiti.

Kadang kala ianya berlaku apabila kita menambahkan bebanan dengan membeli aksesori kereta secara berhutang ataupun aksesori yang kita tidak perlukan.

Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli handphone baru, sedangkan handphone lama masih berfungsi secara normal.

Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli jam baru sedangkan jam lama masih berfungsi dan dalam keadaan ‘tidak memalukan si pemakainya’

Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli kereta baru yang ansurannya tinggi sedangkan hutang pinjaman kereta lama sudah hampir habis.

Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli perhiasaan diri yang berlebihan sedangkan apa yang kita sudah ada mencukupi bagi menjalani hidup yang bahagia.

Antara cara yang kita boleh lakukan dengan mengelakkan membuka ruang untuk berhutang adalah mengelakkan dari :

  • Membaca majalah yang mengajak kita berbelanja lebih
  • Melawati pasaraya yang memiliki 1001 perangkap dengan menawarkan lebih dari 50 peratus barang yang tidak perlu
  • Berkawan dengan orang yang suka membuka ruang untuk berhutang

Semoga usaha kita ini dapat membantu kita dari menangung hutang yang tidak perlu dan kita tiba masa yang terdekat, kita sebenarnya sudah bebas 100% dari apa-apa jenis hutang.

Shamsuddin Kadir (SK)

Trainer & Writer

www.ShamsuddinKadir.com

info@shamsuddinkadir.com

04 Apr 2009 Pusat Membeli Belah Yang Merompak Duit

Majoriti pusat membeli belah yang ada pada ketika ini adalah pasaraya yang membantu menghabiskan duit kita lebih dari apa yang kita benarkan.

Berapa kali kita memasuki pasaraya yang menyebabkan kita tidak berbelanja lebih dari apa yang kita benar-benar perlukan?

Majoriti trip kita ke pasaraya membuatkan kita membelanjakan lebih dari apa yang kita harapkan. Bukannya kerana kos barangan sudah meningkat, tetapi kerana membeli sesuatu yang kita hendak tetapi ianya tidak perlu untuk kita meneruskan hidup yang ceria dan bahagia.

Dengan jumlah kerusi rehat yang percuma amat sedikit dan tidak sampai 1% bilangan pengunjung pasaraya, ini adalah perangkap bagi membolehkan pengunjung masuk ke kedai makanan yang ada di dalam pasaraya tersebut.

Apabila kita ingin keluar ‘makan angin’ dihujung minggu ataupun ketika hari ‘bekerja’, apa yang kita boleh buat, adalah tentukan apa yang sebenarnya kita mahukan dan juga tentukan apa yang anak kita mahukan.

Jika keluarga saya, Isteri dan saya sukakan kedai buku manakala anak-anak saya suka aktiviti di padang. Kita bahagikan masa bagi memastikan setiap ahli keluarga merasa nikmat dan puas dapat melakukan apa yang ingin dicapai.

Sekarang, adalah terlalu susah untuk saya memijak kaki pusat membeli belah seperti ‘Mid Valley’, One Utama dan sebagainya kecuali benar-benar ada keperluan. Bagi menikmati keperluan dapur dan barangan rumah, cukup sekadar barangan berjenama dan tidak berjenama yang dibeli dari pasaraya Mydin yang membantu saya supaya tidak berbelanja melebihi had.

Barangan di Mydin sebagai contohnya amat terhad dan boleh dikatakan 50% barangnya adalah barangan keperluan, berbeza dengan pasaraya besar lain, barangan keperluan hanya 5-10% sahaja. Ini yang menyebabkan wang kita dirompak oleh pasaraya.

Sudah pasti kita ingin mengelakkan dari membeli barangan diluar keperluan, kerana pada masa yang sama kita ingin memenuhi keperluan orang yang belum dapat hidup seperti kita. Minggu lepas saya menerima surat dari Mesir dari seorang pelajar yang telah menghubungi saya melalui (telefon dan surat) memohon bantuan ‘duit’ kerana ibubapanya tidak mampu menanggungnya. Beliau kini di tahun akhir.

Semalam anak  angkat berpangkat anak yatim Al-Tahfiz yang sedang menyambung pelajaran di tingkatan 3 menghantar sms memohon duit bagi membayar yuran prestasi.

Sebelum duit saya yang Allah kurniakan itu dirompak oleh pasaraya dalam keadaan yang saya tidak suka, saya memilih bagi memenuhi keperluan orang yang lebih memerlukannya.

Semoga lebih ramai orang yang dapat dibantu dengan menyelamatkan duit dari dirompak oleh pasaraya.

Sehingga hari ini kerajaan belum mewartakan undang-undang iaitu menjadi satu kesalahan merompak duit orang lain dengan mempengaruhi mereka (pengunjung) supaya berbelanja lebih.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

info@shamsuddinkadir.com

www.shamsuddinkadir.com

23 Mar 2009 Mata Kail Beracun & Bercabang

Apabila sekumpulan individu yang melihat ekonomi negara gawat dan merasakan duit mereka tidak cukup bagi menampung ‘gaya hidup’, mereka mencari mata kail.

Apabila sekumpulan individu yang melihat gelagat kumpulan di atas, mereka menyediakan mata kail beracun bagi menjadikan individu yang ‘gawat’ itu sebagai mangsa bagi mendapat duit. Ini menyebabkan individu yang sedang dihimpit dengan hutang dan beban terpaksa menangung lebih banyak hutang selepas termakan mata kail beracun.

Berhati-hati dengan peluang-peluang menjadi kaya, kerana sebahagian besarnya adalah mata-mata kail beracun.

Jika kita ketika ini sedang dihimpit dengan bebanan kewangan, apa yang kita boleh buat adalah :

  • Baca buku-buku kewangan antaranya adalah ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’, ‘Supaya Poket Tidak Kosong Lagi’ ‘Duit bertambah banyak’, Cukup Wang Hati Tenang’ dan banyak lagi.
  • Jika Tuan dan Puan makan gaji – baca juga buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ Ianya juga membicarakan tentang Bom Jangka. Apabila kita mengetahui tentang bom Jangka, kita dapat menyediakan solusi sebelum ianya meletup.
  • Bagi mengelakkan anak-anak membelanjakan duit secara berlebih-lebihan ataupun membazir, hadiahkan kepada mereka buku ‘Biskut Ajaib RM 11.50, dan buku ‘Garaj Aiman RM 13.50
  • Bagi meningkatkan keyakinan kepada diri, boleh dapatkan buku 55 Petua Orang Berjaya, harganya tidak lebih dari RM 20.

Apabila minda kita dipenuhi dengan ilmu-ilmu terutama dalam kewangan, ianya membantu kita mengurangkan kos yang tidak perlu dan pada masa yang sama menambahkan lagi sumber pendapatan kita.

Antara pembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang yang terawal, adalah seorang wanita menangung hutang kad kredit sebanyak RM 13,000 pada tahun 2006, beliau tidak percaya bahawa sebuah buku dapat menghilangkan masalahnya itu. Selepas buku itu dicadangkan kepadanya, beliau membeli dan membacanya dan akhirnya dalam masa 6 bulan semua hutangnya itu selesai dibayar. Pada ketika ini beliau bukan sahaja tidak lagi menangung hutang yang tidak perlu, beliau juga telah memiliki 4 buah rumah yang dibeli sejak jatuh cinta dengan buku-buku yang berinspirasi.

20 Mar 2009 Tetamu SK : Teman Yang Menghantui Kita

Hutang memang menjadi `teman’ kebanyakan daripada kita. Tidak dinafikan `teman’ itu sememangnya telah banyak membantu kita. Dengan bantuan `teman’ itu, kita miliki rumah, kereta dan sebagainya. Bagi bacaan yang seterusnya klik di sini.

Tuan Hairul yang menjemput SK bagi menjayakan Ceramah hampir 2 jam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM Kelantan) pada 10 Mac yang lalu.

13 Dec 2008 Hidup Tenang Walau Berhutang di MHI TV3
 |  Category: Perangkap Hutang |  2 Comments

Bahagian Pertama

Bahagian kedua

27 Nov 2008 Pinjaman Menjadi Semakin Murah?

Selasa 25 November 2008, beberapa bank sudah mula menurunkan ‘BLR’ ataupun kadar pinjaman yang dikenakan oleh bank. Sebanyak 4 buah bank telah menurunkan kadar mereka dan diramal banyak lagi bank akan mengikutinya selepas Bank Negara bertindak mengurangkannya.

Ini sudah pasti mengalakkan lebih ramai individu dan syarikat membuat pinjaman seperti pembiayaan membeli rumah.

Kadar yang lebih rendah seharusnya digunakan oleh individu bagi menjimatkan mereka dan bukannya sebagai peluang menangung lebih banyak bebanan dengan mengambil pinjaman yang maksimun.

Individu yang hidup dengan makan gaji banyak terperangkap dengan membeli rumah kediaman indaman dengan membiayai ansuran bulanan mengguna duit gaji bulanan. Bebanan itu terpaksa ditanggung sehingga 360 bulan apabila tempoh pinjaman adalah 30 tahun. Hidup individu yang membiayai bebanan di luar kemampuannya menyebab mereka hidup dalam tekanan selama 10950 hari.

20 Aug 2008 Apabila Terbiaya Nafsu Yang Bermaharajalela

Apabila kita sebelum ini  tidak mengetahui tentang keperluan ‘wajib’ bagi menguasai ilmu kewangan, maka banyak gaya hidup yang diluar kemampuan sebenar di pratikkan.

Apabila kita menyedari bahawa kita sudah terjebak dengan gaya hidup ikut nafsu ataupun telah masuk ‘jerat’, berikut adalah beberapa langkah yang kita boleh amalkan.

  • Baca buku kewangan diri – Contohnya Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

  • Baca buku risiko makan gaji – Contohnya Buku Makan Gaji Tetapi Kaya

  • Baca buku tentang peluang – Contohnya Buku Kaya Dengan Rumah

  • Baca bahan kewangan diri dari masa ke semasa seperti di www.shamsuddinkadir.com

  • Ambil sekeping kertas, senaraikan kos sara hidup wajib, di mana tanpa barangan ataupun servis tersebut kita tidak dapat hidup dan tidak dapat bekerja. Di situ kita tentukan berapa ansuran rumah, kereta yang kita mampu bayar dengan perbelanjaan bulanan yang tidak melebihi 70% daripada duit gaji.

  • Daripada senarai yang kita buat itu, kita akan dapati sama ada rumah, kereta, serta saluran berbayar yang kita sedang biayai itu adalah termasuk dalam kemampuan ataupun sebaliknya.

  • Jika kereta yang dibeli itu diluar kemampuan, lebih baik kita mencari jalan jika tidak membebankan bagi menjualkannya dan memiliki kereta yang lebih murah dan di dalam kemampuan kita. Hubungi bank bagi mendapatkan maklumat berapa lagi bagi hutang jika kita ingin menjelaskan semua hutang tersebut. Jika jumlah yang perlu di bayar balik lebih rendah daripada harga pasaran, gunakan peluang ini bagi menukarkan ataupun menjualkan kereta yang dibeli mengikut nafsu itu kepada kereta yang kita mampu memilikinya, tanpa stres.

  • Rumah juga kita boleh kaji kembali sama ada kita sanggup untuk meneruskan ansuran yang membuatkan kita stres ataupun melepaskannya bagi mendapatkan rumah yang lebih kecil, lebih murah dan lebih rendah ansuran dan kos sampingannya.

  • Paling penting adalah tukar gaya hidup kita itu kepada yang kita mampu biayai bukannya mengikut telunjuk nafsu yang menjeratkan hidup kita sepanjang hayat berada dalam tekanan. Banyak entri yang telah saya muatkan di dalam blog ini antaranya adab-adab masuk ke pasaraya dan sebagainya.

  • Hentikan pengunaan kad kredit secara 100% dan tukarkan kepada kad debit visa yang ada ditawarkan oleh beberapa bank pada hari ini.

  • Cari kawan baru yang hidup sentiasa dalam kesederhanaan, supaya kita juga terpengaruh untuk hidup dalam batasan normal.

Kos membaiki kesilapan adalah amat tinggi dan berat, ini yang menyebabkan kenapa sebahagian individu suka mencegah daripada mengubatinya. Jadikan kesilapan ini sebagai pendiding untuk mengelakkan kita dari dibebani dengan jerat-jerat di masa hadapan. 

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!