Archive for the Category ◊ Perbankan ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

22 Jul 2010 Pinjaman Riba ataupun Pembiayaan Halal
 |  Category: Perbankan |  Leave a Comment

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana menelefon tuan dan meminta pandangan mengenai hal saya secara tergesa-gesa berkenaan refinancing menggunakan skim insuran atau takaful.

Terima kasih dengan pandangan tersebut sekurang-kurangnya saya dapat mempertahankan prinsip yang saya baru sedar iaitu hal berkaitan kewangan dicampuri riba.

Sebenarnya ilmu inilah yang saya pelajari dari buku tuan. Alhamdulillah syukur sangat sebab pihak bank merubah permintaan asal saya yang telah saya maklumkan pada peringkat awal lagi yang saya inginkan skim takaful iaitu MRTT (Morgage Reducing Term Takaful) ianya ditukar tanpa persetujuan saya serta dipujuk untuk meneruskan dengan skim konvensional. Jadi terima kasih sekali lagi.

Semoga ilmu tuan diberkati.

Yang benar
Puan Su

———————————-

Waalaikummusalam Puan Su,

Saya suka di atas doa Puan Su dan mendoakan supaya Puan Su kekal Istiqamah dalam memastikan setiap urusan kewangan sewaktu masih hidup ini bersih dari unsur RIBA dan haram.

Mengambil pembiayaan pembelian rumah, kereta mengunakan sistem konvensional (bukan Islam) sedikit sebanyak menghilangkan cahaya Islam yang Allah pinjamkan kepada kita. Tidak semua orang yang Allah pinjamkan cahaya itu, bapa saudara nabi yang menjaga, menyayangi nabi dan menghalang orang membunuhnya juga akhirnya mati tanpa mendapat nikmat Hidayah dari Allah.

Kita yang tidak pernah menjaga dan melindungi nabi, perlu membayar balik nikmat hidayah yang Allah pinjamkan kepada kita, supaya kita selama-lamanya kekal bertauhidkan kepada Allah yang satu.

Apabila kita membeli rumah dengan pinjaman konvensional dan kekal tidak mahu membuat pembiayaan semula ‘refinance’ kepada pembiayaan islamik, rumah itu dikategorikan sebagai rumah yang jijik dalam Islam. Anak-anak yang dihasilkan dalam rumah itu juga mempunyai peluang yang besar untuk terlibat dalam perkara yang jijik (Nauzubillah).

Seorang dari iman tersohor dunia waktu dahulu, mengigil apabila membaca ayat Al-Quran yang paling menakutkan iaitu ayat Al-Baqarah 277-278. Maksudnya lebih kurang begini ‘Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkanlah saki baki Riba jika kamu benar-benar beriman, jika kamu engkar maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasul’.

Yang pasti setiap individu yang hidup dengan melibatkan diri dengan Riba di dunia ini, akan berperang dengan Allah dan Rasul di akhirat nanti. Bagaimana Malaikat mencabut nyawa orang yang sudah mengistiharkan perang terhadap Allah dan Rasul? Semoga kita semua membuat pilihan untuk tidak menderhaka kepada Allah yang telah memilih menjadikan kita manusia dan bukannya haiwan.

Kita semak semula semua akaun kita, insurans kita, pinjaman kita, kad kredit kita, skim ansuran mudah kita, semua ini kita perlu pastikan semuanya adalah halal. Jika kita ragu-ragu, buka akaun dan ambil pinjaman di bank yang secara terang-terangan adalah bank yang ditubuh bagi mendapat keredhaan Allah seperti Bank Islam dan Bank Muamalat.

Apabila disebut perkataan kita, ianya termasuk saya dan tidak terkecuali walaupun seinci.

28 Oct 2009 Tetamu SK : Bagaimana Menyelesaikan Hutang?

Salam, Tuan SK,

saya ingin mendapatkan pandangan Tuan tentang hutang saya. Saya ada membuat pembiayaan semula rumah di bank ABC.

Jumlah pembiayaan ialah RM57,544.00

Tempoh bayaran balik ialah 30 tahun.

Ansuran bulanan ialah RM401.00

Jumlah bayaran balik pinjaman ialah RM144,360.00. Saya telah membayar ansuran bulanan selama 53 bulan (4 tahun 5 bulan) = RM21,253.00

Soalan saya : Wajarkah saya membuat pinjaman peribadi daripada bank XYZ bagi tempoh 15 tahun dengna kadar keuntungan bank sebanyak 4.99% untuk menyelesaikan hutang tersebut di atas?

Terima kasih

Abdullah (bukan nama sebenar)

———————————-

27 Nov 2008 Pinjaman Menjadi Semakin Murah?

Selasa 25 November 2008, beberapa bank sudah mula menurunkan ‘BLR’ ataupun kadar pinjaman yang dikenakan oleh bank. Sebanyak 4 buah bank telah menurunkan kadar mereka dan diramal banyak lagi bank akan mengikutinya selepas Bank Negara bertindak mengurangkannya.

Ini sudah pasti mengalakkan lebih ramai individu dan syarikat membuat pinjaman seperti pembiayaan membeli rumah.

Kadar yang lebih rendah seharusnya digunakan oleh individu bagi menjimatkan mereka dan bukannya sebagai peluang menangung lebih banyak bebanan dengan mengambil pinjaman yang maksimun.

Individu yang hidup dengan makan gaji banyak terperangkap dengan membeli rumah kediaman indaman dengan membiayai ansuran bulanan mengguna duit gaji bulanan. Bebanan itu terpaksa ditanggung sehingga 360 bulan apabila tempoh pinjaman adalah 30 tahun. Hidup individu yang membiayai bebanan di luar kemampuannya menyebab mereka hidup dalam tekanan selama 10950 hari.

26 Jul 2008 Di Sebalik Pindahan Baki ‘Balance Transfer’
 |  Category: Dilema, dimensi, Perbankan, Risiko |  4 Comments

Tuan,

Soalan ringkas. Apa yang tersirat disebalik transfer baki kad kredit ke kad baru? ****bank boleh offer 2 – 3 ribu cash jika kita transfer balance. Bank berorietasikan keuntungan, apa muslihat disebaliknya?

Mohon jawapan.

Asmawee, Kepong.

…………………………………….

Persoalan utamanya yang kita perlu ketahui adalah apa yang menyebabkan kita menangung hutang kad kredit. Ianya biasa berlaku disebabkan kita tidak dapat ‘menanguh kepuasan’ iaitu, kita tidak dapat mengawal diri daripada berbelanja di luar kemampuan sebenar kita. Ini bermaksud kita belum berjaya mengenali dan ‘berkuasa’ ke atas diri kita. 

Apabila kita di bebani dengan hutang, bank-bank turut mengunakan peluang ini bagi ‘memancing’ pelanggan baru dengan menawarkan pindahan baki hutang kad kredit kepada kad kredit bank mereka. Bank menawarkan kadar ‘faedah’ @ keuntungan yang rendah ada yang serendah 0%. Tawaran itu sungguh menarik, tetapi kita perlu ingat terdapat syaratnya yang perlu dipenuhi. Antaranya adalah, pemegang kad kredit perlu membayar jumlah ansuran secara tetap dengan jumlah yang dipersetujui pada setiap bulan tanpa gagal. Apabila pemegang kad kredit terlewat atau membuat pembayaran kurang daripada jumlah bayaran minimum maka kadar faedah @ keuntungan setinggi 18% contohnya, akan dicajkan. Tiada lagi kadar istimewa yang diberikan.

Antara kesan tidak baik yang berlaku kepada pemegang kad kredit yang membuat pindahan baki adalah :

  • Mengunakan semula kad kredit lama yang semua baki hutangnya telah dipindahkan ke kad kredit di bank lain. Ini meningkatkan semula bebanan hutang pemegang kad kredit.

  • Mengunakan kad kredit baru bagi membuat pembelian seterusnya, di mana kad kredit baru itu dibekalkan dengan lebihan had kredit bagi membenarkan pemegang meneruskan pembelanjaan tidak terkawal mereka. Ini sudah pasti membebanbkan lagi pemegang kad kredit berbanding sebelum membuat pindahan kredit.

Antara langkah pencegahan daripada dibebani dengan lebih banyak hutang yang membuatkan kita semakin miskin adalah dengan mempratikkan langkah-langkah seperti berikut:

  • Tamatkan khidmat kad kredit lama, iaitu pergi ke bank bagi menutup akaun kad kredit tersebut.

  • Potong kad kredit baru yang diberikan oleh bank yang membiayai pindahan baki tersebut.

  • Jangan ambil duit yang ditawarkan melalui pindahan baki  kad kredit. Bank mengetahui bahawa kita tengah ‘terdesak’,

  • Potong semua kad kredit lain yang kita miliki pada hari kita mendapat gaji.

  • Baca buku-buku berkenaan dengan mengurus kewangan – contohnya Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

  • Celik Kewangan contohnya dengan mengikuti entri-entri di dalam blog ini, iaitu bagi meningkatkan keupayaan pengguna bagi menanguhkan kepuasan supaya tidak dibebani dengan hutang yang tidak perlu.

Hutang kad kredit adalah berpunca daripada kegagalan seseorang daripada mengawal dirinya daripada membuat pembelian ataupun perbelanjaan diluar kemampuan. Pemegang kad kredit yang belum dapat menanguhkan kepuasaan digalakkan bagi menutup ataupun menamatkan semua akaun kad kredit yang ada. Ini bagi memastikan kita tidak dibebani dengan bebanan lubang-lubang hutang yang kita gali sendiri.

Tukarkan kad kredit kita itu dengan hidup dengan kad debit. Dapatkan kad debit dengan kemudahan visa di bank yang berdekatan. Kepada muslim gunakan akaun bank yang islamik iaitu bebas dari riba bagi menyimpan, melabur duit kita.

www.shamsudddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

01 Jun 2008 Surat Pembaca : Sekadar Luahan Rasa

Assalamualaikum Tn Sham…

Setelah sekian lama saya menghadapi  dilema kewangan saya… dan setelah saya berusaha mengubah cara hidup saya dan sedikit sebanyak terlalu berharga apa yg saya pelajari mengenai dunia kewangan.

Hari ini saya diuji lagi, dalam saya berusaha menyelamatkan satu satunya harta yang saya ada iaitu rumah saya…akhirnya hari ini rumah saya terlelong dan sudah dipunyai oleh orang lain.  Saya tidak kesal sedikit pun atas apa yg berlaku tetapi saya terkilan kerana saya telah berusaha untuk mendapatkannya semula…tetapi apa yg berlaku saya redha… saya sedar ini adalah ujian untuk saya dan keluarga…

Walaupun ada rasa sedih dihati tetapi itulah hakikat yg perlu saya terima…kini apa yang perlu saya lakukan hanya usaha dan terus berusaha memperbaiki kehidupan saya dan anak anak…

Doakanlah agar usaha saya tercapai dan mampu mengubah hidup saya..maaf kalau email memenuhi ruangan inbox tuan Sham..tapi saya tidak mampu meluahkannya di laman blog tuan dan saya tiada tempat untuk bercerita apa yg berlaku..

Faridah Ahmad (Bukan nama sebenar)

Ulasan Sham :

Ya Allah Ya Tuhan yang mencipta dan memiliki sekelian alam, aku memohon kepadaMu agar melimpahi rahmat kepada hambaMu ini yang sedang ditimpa ujian yang amat besar. Semoga beliau terus tabah dan diberi pembalasan yang baik dariMu di atas setiap usaha yang telah beliau lakukan bagi menyelamatkan hartanya itu yang menjadi tempat perlindungan beliau sekeluarga selama ini. Berilah kekuatan kepadanya agar beliau terus bangkit dan mencapai setiap apa yang diidamkan oleh beliau sekeluarga. Bebaskan beliau daripada bebanan hutang dan juga penindasan orang lain terhadapnya. Jadikan beliau sekeluarga orang yang sentiasa mendapat kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankanlah doaku ini. Amin.

Saudari, bersabarlah di atas ketentuan Tuhan ini, sebagai seorang Muslim kita tidak perlu bersedih di atas apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya yakin dan berdoa agar Allah memberikan pembalasan baik ‘pahala’ di atas setiap usaha yang telah puan lakukan selama ini. Saya berbangga dengan ketabahan Puan meneruskan usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan itu. Insyaa-Allah saya dan rakan lain akan terus bersama dengan Puan meneruskan perjuangan Puan ini. Puan, kita tidak akan gagal selagi kita tidak berhenti mencuba, teruskan berusaha. Kita akan di balas oleh tuhan berdasarkan usaha kita bukannya apa yang kita telah capai.

Kehilangan rumah yang disayangi itu ke tanggan orang lain, dikira gagal oleh ‘barat’ tetapi ianya tetap satu kemenangan bagi orang Islam, kerana setiap usaha yang kita lakukan bagi memastikan ianya tidak terlepas ke tanggan orang lain diberikan balasan oleh Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.

Tidak semua wanita yang setabah dengan dengan Puan, sahabat saya Tuan Osman Affan pernah berkata “Tanpa halangan, matlamat itu bukan satu impian”.

Di alu-alukan kata-kata sokongan daripada para pembaca / pelawat blog ini, bagi memberikan sokongan kepada Puan yang di uji dengan sedikit kesusahan ‘sementara ini’.  

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

10 May 2008 Hutang Kad Kredit Menghantui Bakal Pesara

Kes 1 

Ketika mengadakan kursus Dimensi III di Bukit Tinggi, Pahang pada bulan lalu, salah seorang peserta memberitahu bahawa kawannya berada di dalam dilema. Beliau menghadapi tuntutan daripada sebuah bank bagi mendapatkan bayaran hutang kad kredit yang tertunggak sejak berpuluh tahun yang lalu.

Beliau mengunakan kad kredit sewaktu mula bekerja dan ketika itu masih bujang. Selepas beberapa tahun mengunakannya beliau tidak membayar hutang kad kredit yang berjumlah beberapa ribu ketika itu. Di sebabkan beliau berpindah randah, pihak bank tidak dapat menjejakinya. Beliau terus dengan kehidupannya, dan kini sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak, beliau akan bersara dalam masa beberapa bulan lagi.

Beliau bakal menerima gratuiti yang berjumlah hampir RM150,000. Yang mengejutkan tuntutan yang dibuat oleh bank itu adalah lebih daripada RM100,000.  Bayangkan hutang kad kreditnya yang hanya beberapa ribu pada 20 – 30 tahun lalu, sudah menjadi RM 100,000 lebih.

Beliau tidak mempunyai pencen, hanya bekalan wang dalam KWSP. Beliau baru bercadang untuk mengunakan duit gratuiti itu bagi tujuan tertentu, kini beliau berada di dalam dilema.

Kes 2

Seorang pekerja lain telah membuat hutang sebanyak RM 4,000 dengan salah satu kad kreditnya. Beliau tidak membayar apa-apa bayaran sejak 10 tahun yang lalu. Baru-baru ini beliau dipanggil ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi membicarakan berkenaan tuntutan bank ke atas hutang tersebut. Hutang itu sudah menjadi RM 16,000 iaitu 4 kali ganda dalam masa 10 tahun.

07 May 2008 Surat Pembaca : Katakan Tidak Kepada Kad Kredit

Assalamualaikum Tuan Sham.

Semalam saya terpaksa bercuti kerana menemani sahabat karib saya ke Bank di KL untuk merayu berkaitan pembayaran kad kredit beliau. Saya amat terkejut kerana Pegawai Bank tersebut (namanya terpaksa di rahsiakan) menasihati saya agar jangan menggunakan kad kredit. Katanya ramai dikalangan orang melayu mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi akibat berbelanja menggunakan kad kredit.

Katanya lagi Kad kredit adalah untuk golongan atasan sahaja. Golongan sederhana dan bawahan janganlah menggunakannya.

Harap Tuan Sham tidak jemu meneruskan usaha murni menyedarkan orangramai mengenai bahaya Penggunaan Kad Kredit.

Kart

Seorang kakitangan kerajaan

Kepada Kart:

Apakah kesudahan apabila bertemu dengan pihak bank itu?

Adakah sahabat Kart itu mendapat pakej yang menarik bagi mengurangkan hutangnya itu?

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!

02 May 2008 Hamba Kepada Duit

Apabila kita membuat perbelanjaan barangan keperluan di pasaraya, apakah yang dapat menghadkan kita berbelanja apabila mengunakan kad kredit?

Sehingga kini, daripada maklumat yang saya perolehi termasuk dari pemerhatian dan soal selidik yang saya lakukan, berikut adalah penemuanya.

  • Penguna kad kredit tidak mempunyai senarai apa barangan yang ingin dibelinya. Hanya senarai di dalam kepala sahaja yang dibawa masuk ke dalam pasaraya.

  • Penguna kad kredit tidak menghadkan apa yang ingin dibeli berdasarkan senarai di dalam kepalannya, tetapi membenarkan dirinya membeli barangan yang berkenan di hatinya ketika berada di dalam pasaraya.

  • Penguna kad kredit tidak kisah berapa jumlah harga keseluruhan barangan yang dimuatkan di dalam troli.

  • Penguna kad kredit hanya peka tentang jumlah barangan yang ingin dibeli, apabila jumlah hutang kad kredit sudah hampir mencecah jumlah maksimun.

  • Penguna kad kredit menjelaskan semua perbelanjaan dibuat hanya pada beberapa bulan pertama. Selepas itu, penguna mula membayar bayaran minimun sahaja, seperti yang diwajibkan oleh bank.

  • Penguna kad kredit akan menikmati hidup yang lebih indah, lebih bergaya berbanding jiran dan rakannya yang mendapat gaji yang sama banyak.

  • Penguna kad kredit suka bersiar-siar kerana sebahagian besar kosnya ditanggung oleh kad kredit.

Itu adalah sebahagian daripada penemuan berkenaan dengan penguna kad kredit.

Apabila jumlah baki hutang kad kredit semakin meningkat, penguna mula mendapatkan kad kedua dan seterusnya.

Apabila hutang semua kad kredit sudah mencecah angka-angka ‘kritikal’ penguna kad kredit mula mendapatkan talian hayat pertama iaitu pinjaman peribadi. Ketika ini penguna kad kredit dapat menjelaskan semua hutang kad kredit, dan hanya menumpukan kepada bayaran ansuran bulanan kepada bank untuk pinjaman peribadi yang dibuatnya itu. Selepas 2 tahun, penguna kad kredit itu menjadi panik, apabila kad-kad kredit itu menunjukkan bagi hutang yang tidak berbayar sehingga berbelas dan berpuluh ribu. “Macam mana ini, hutang pinjaman peribadi belum selesai, hutang kad kredit sudah menimbun kembali?”, kata penguna kad kredit yang sudah menjadi hamba kepada bank.

Jika ciri-ciri di atas ada persamaan dengan anda, cepat hentikan tabiat anda yang berbahaya itu. Jika anda tidak yakin ataupun mempunyai cara untuk membebaskan diri, dapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

28 Apr 2008 Saham Amanah @ Unit Trust – Bahagian 1

Saham dan Saham Amanah!

Apabila anda membeli secara langsung 1 lot saham yang diurusniagakan di Bursa Malaysia, anda sebenarnya membeli saham sebuah syarikat.

Apabila anda membeli saham amanah, anda sebenarnya membeli sekumpulan saham-saham daripada pelbagai syarikat yang ditadbirkan oleh pemegang amanah yang dilantik. Fund Manager atau Pengurus …. yang akan memilih saham-saham dan bond di bursa secara profesional bagi memberikan kelebihan yang maksimun kepada para pelaburnya.

Salah satu contoh Saham Amanah yang kita biasa dengar adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) yang kedua-duanya diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah salah satu pelaburan yang dikawal… oleh kerajaan.

Bagaimana dengan Saham Amanah yang dikendalikan oleh satu badan swasta 100% ? Ianya adalah mengunakan konsep yang sama, cuma yang banyak membezakannya adalah kaedah pemilihan saham / bond untuk dilabur. Kita dapat melihat sebahagian daripada Saham Amanah yang dikendalikan oleh Bank menawarkan pulangan yang berlipat kali ganda. Ada yang memberikan lebih daripada 50% pulangan pada tahun pertama wang anda dilaburkan.

Terdapat beberapa saham amanah yang dikategorikan dalam beberapa kumpulan seperti yang berisiko rendah seperti bond dan yang berisiko tinggi iaitu pelaburan dalam saham semata-mata.

Akan disambung…

11 Apr 2008 Anda Mahu Wang Tunai Segera?

Jika dahulu kita yang perlu berusaha mencari peluang untuk mendapatkan wang tunai segera. Kini kita boleh mendapatkan dengan mudah apabila agen-agen bank dan pelbagai skim datang kepada kita.

Pada hari ini, selepas mendirikan sembahyang Jumaat di sebuah Masjid di Selangor, saya melihat ada seorang perempuan yang sedang mengedarkan ‘flyer’ di pintu masuk utama pagar masjid. Saya mendekatinya bagi mendapat tahu informasi yang sedang diagihkan kepada para jemaah Masjid.

Selepas mendapat satu, baru saya memahaminya. Ianya adalah maklumat untuk menarik orang ramai untuk membuat pinjaman peribadi. Katanya lagi pinjaman itu dapat diluluskan dalam masa kurang daripada 7 hari. Sungguh menarik tawarannya itu, pasti dapat mempengaruhi sebahagian daripada pengunjung.

Apabila dibaca isi kandungannya, hampir semua cadangan tujuan untuk digunakan duit itu adalah bagi membiayai :

  • Melancong

  • Perkahwinan

  • Kereta Baru

  • Rumah Baru

  • Pendidikan

  • Barangan dalam rumah

Bayangkan wang tunai segera ditawarkan bagi mempengaruhi pengunjung untuk menambahkan lagi bebanan kewangan hidup dengan melibatkan diri dengan :

  • Pergi melancong walaupun tidak mampu pada ketika ini. Ini adalah bagi memuaskan nafsu.

  • Membeli perabut baru rumah sedangkan perabut lama, masih boleh digunakan. Ini bagi menjadikan kita sebagai orang yang suka menunjuk-nunjuk. Apa kelebihan makan nasi di atas meja lama dengan meja baru? Adakah meja baru dapat mempercepatkan proses penghadaman dalam perut, ataunya membantu mengenyangkan apa yang di makan?

  • Melangsungkan perkahwinan diri ataupun anak, dengan meriah dan mewah, walaupun sebenarnya tidak mampu berbuat demikian. Sehingga dapat cucupun hutang ketika kahwin dahulu belum diselesaikan. Kenapa masih ingin menunjuk-nunjuk walaupun tidak mampu.

  • Adakah dengan membeli kereta baru dapat memastikan perjalanan kita lebih cepat sampai dan selamat berbanding kereta yang kita pandu sekarang?

  • Adakah dengan membeli rumah baru, kita dapat hidup dengan lebih tenang? Sudah pasti ansuran di rumah baru tinggi, ianya pasti membebankan kita untuk membayarnya.

Ramai individu yang tersangkut dengan ‘nikmat sementara’ ini. Kuasa adalah ditangan anda, oleh itu tentukan yang mana terbaik untuk anda.

Dengan meminjam sebanyak RM30,000 anda perlu membayar balik ansuran selama 7 tahun. Jumlah ansuran yang anda bayar adalah RM 47,800. Iaitu 17,800 melebihi dari apa yang anda pinjamkan. Dari setiap ansuran bulanan sebanyak RM570, anda sebenarnya menghadiahkan kepada bank sebanyak RM 213 pada setiap bulan, kerana meminjamkan anda sebanyak RM30,000.

Bagaimana pula dengan sahabat kita yang ingin dapatkan wang tunai segera daripada ‘Skim-Skim Internet?’ Insyaa-Allah di bincangkan pada entri akan datang.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

17 Mar 2008 Rabun Kewangan Mengundang ‘Petaka’

Seorang pekerja yang bernama Firdaus (bukan nama sebenar) pergi ke bilik pameran kereta bagi membeli sebuah kereta idaman. Selepas  berpuas hati dengan penerangan oleh jurujual dan memandu uji kereta itu, maka urusan penempahan bermula.

Firdaus membayar RM 1,000 untuk penempahan dan melantik jurujual tersebut bagi menguruskan pembiayaan bagi pembelian kereta tersebut. Beliau juga memberikan maklumat peribadi yang dikehendaki termasuk satu salinan Mykad untuk urusan yang berkaitan.

Beliau bersetuju dengan pelan ’emas’ bagi  pembiayaan kereta tersebut iaitu,  pembiayaan sebanyak 95% daripada harga jualan dan tempoh pembayaran balik adalah 9 tahun. Pelan ini dapat memastikan dia hanya perlu keluar duit muka sebanyak 5% sahaja daripada harga kereta. Ia juga membantunya meringankan ansuran bulanan kepada bank.

Sebelum meninggalkan bilik pameran beliau berkata kepada jurujual “Dapatkan pembiayaan maksimun dan ambil tempoh yang paling maksimun”

Sehari kemudian, Firdaus dihubungi oleh jurujual tersebut mengatakan permohonan pembiayaan maksimun telah diluluskan dan beliau dikehendaki hadir menandatangani dokumen dengan bank.

Seminggu kemudian, jurujual tersebut menelefonnya ” Tuan Firdaus, kereta Tuan sudah sampai di pejabat kami, pukul berapa Tuan ingin datang mengambilnya?”

Firdaus menjawab ringkas “Sekarang, saya datang”

Dua tahun kemudian, dia sudah tidak selesa memandu kereta tersebut, apabila melihat ada model baru di pasaran. Apabila beliau menghubungi jurujual untuk ‘trade in’, beliau diberitahu bahawa beliau terpaksa membayar duit tambahan kepada bank kerana baki hutang dengan bank lebih tinggi daripada harga kereta tersebut dipasaran. Firdaus melupakan hasratnya itu. Beliau terus mengunakan kereta.

Genap ulang tahun kelima, keretanya mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang memerlukan kereta itu dihantar ke bengkel. Beberapa keping duit RM100 di hulurkan kepada juruwang bengkel tersebut. Selang beberapa bulan, Firdaus datang lagi, memberitahu penghawa dingin keretanya tiba-tiba tidak berfungsi. Pemilik bengkel memberitahunya bahawa kompressor penghawa dingin telah rosak, dan kos membaikinya adalah RM1,000 +++. Mata Firdaus tiba-tiba terbeliak, terkejut mendengar angka keramat itu. Jumlah sebenar tidak dapat ditentukan sehingga mekanik membuka satu persatu komponen penghawa dingin kereta tersebut.  Mekanik itu memaklumkan jumlah ke semua kos adalah RM 1,350.  Beliau hampir pengsan kerana tidak mempunyai duit sebanyak itu. Mindanya lantas terfikir tentang satu kad ajaib yang terdapat di dalam dompetnya. Akhirnya Firdaus menjelaskan bil itu dengan mengunakan kad kredit.

Dari hari itu, beliau tidak mampu untuk membayar balik kepada bank kerana telah mengunakan duit kad kredit sebanyak RM1,300.

Beliau menyesal kerana telah mengambil pinjaman maksimun untuk kereta tersebut dan juga mengambil tempoh maksimun. Ketika ini, beliau tidak tahu bila ansurannya akan berakhir. Keretanya keluar masuk workshop hampir setiap bulan.  Harga keretanya sudah jatuh merudum di pasaran akibat penawaran model-model yang bukan sahaja baru tetapi dilengkapi dengan teknologi terkini.

Jangan biarkan hidup kita juga ditimpa dengan bebanan seperti Firdaus yang sanggup menempuhi hidup dalam keadaan ‘rabun’. Rabun bukan sahaja bererti untuk mata yang kabur, ia juga bermaksud pemikiran yang cetek dalam hal berkaitan dengan kewangan.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

25 Feb 2008 Kesan Di Saman Oleh Bank

Entri yang dihantar oleh seorang pelawat blog ini

Salam Sejahtera

Saya adalah peminat blog tuan dan telah membaca dua buku tuan iaitu Makan Gaji Tetapi Kaya dan  Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

Walau bagaimana pun, saya masih mencari jawapan apa kesan dari tindakan saya gagal membayar hutang bank samada kad kredit atau pinjaman peribadi. Saya ingin mengetahui langkah demi langkah yang diambil oleh pihak bank ke atas saya.

Sekarang ini saya diperingkat mendapat surat dari pihak peguam yang dilantik oleh bank. Makluman tuan, semalam saya ada menerima sms dari pihak peguam mengenai satu saman dari pihak bank. Sms itu menyuruh saya menhubungi kembali pihak yang menghantar sms itu. Oh ya, kad kredit saya sudah memasuki tiga bulan tunggakan. Juga, saya sudah tidak menerima sebarang surat menyurat dari pihak bank kerana berpindah rumah dan tempat kerja .

Buat masa sekarang saya tidak menjawap segala panggilan dari pihak bank dan nombor panggilan yang tidak saya kenali.

Bolehkah saya berterusan begini, saya sekarang berada dikedudukan yang jauh terperangkap dengan hutang sehingga pihak AKPK pun tidak dapat menolong. Maksudnya di sini, penyata pendapatan dan perbelanjaan yang dibentangkan kepada pihak AKPK menunjukkan defisit.

Harap dapat tuan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan cadangan kepada saya. .

Sekian, terima kasih.

Saudara Y (Bukan nama sebenar) kiriman melalui emel.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008 

10 Jan 2008 Posting Percubaan (Pertama)

Ini adalah sekadar post percubaan untuk memastikan ruangan kategori mengandungi semua kategori yang diingini.

Nantikan artikel-artikel menarik seterusnya dari En Shamsuddin Kadir.