Archive for the Category ◊ Peserta ◊

08 Apr 2010 Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang di PDC

Cik Puan Sharidah

Alhamdullilah, Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang telah dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Abdul Latiff di Penang Development Corporation (PDC) pada 6 April 2010 yang lalu. Seramai 23 orang peserta kursus hadir untuk menerima kemahiran-kemahiran baru. Terima kasih kepada Cik Puan Sharidah Talib kerana telah menjemput kami untuk menjayakan kursus yang hebat ini.

Peserta tekun berbincang apakah itu Nasib, Takdir dan Pilihan

Peserta tekun berbincang apakah itu Nasib, Takdir dan Pilihan

Pada awal kursus, peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan perbincangan dibuat. Mereka dipecahkan kepada 4 – 5 orang satu kumpulan, dan masing-masing mengeluarkan idea tentang apakah itu nasib, takdir dan pilihan.

Membentangkan apa itu nasib, takdir, pilihan

Membentangkan apa itu nasib, takdir, pilihan

Kamera! Senyum

Kamera! Senyum

Aktiviti Berkumpulan

Aktiviti Berkumpulan

Peserta sedang berusaha untuk meleraikan tali yang terikat di tangan

Peserta sedang berusaha untuk meleraikan tali yang terikat di tangan

Cik Puan Zahara menyatakan bahawa kelemahan kursus ini adalah masa tidak mencukupi dan beliau mencadangkan supaya di panjangkan kepada 2 hari.

Cik Puan Sharidah pula menulis

Tuan Shamsuddin,

Merujuk kepada Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang pada 6 April 2010 di
Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang,
(PDC), sukacita dimaklumkan bahawa semua peserta sangat berpuashati dengan
prestasi tuan sebagai jurulatih.

Bahan dan modul yang disampaikan sangat berbeza dari kursus lain walaupun
topiknya merupakan sesuatu yang 'general'.
Kursus tuan telah membuat peserta sedar adakalanya kita tidak peka dengan
persekitaran dan kemahiran diri dan tidak fokus.
Aktiviti kumpulan tuan juga sangat menarik dan luarbiasa !

Peserta juga menyatakan bahawa 'approach' yang dibawa oleh tuan sangat
berbeza dari kursus-kursus yang mereka pernah hadiri.

Saya selaku pegawai koordinasi program ingin merakamkan setinggi tahniah
kepada tuan.

Semoga sesi semalam akan mendorong kakitangan PDC dan anak syarikat
supaya lebih proaktif dan yakin selalu dalam menjalankan tugas.

InsyaAllah, sekiranya ada peluang, tuan akan dijemput lagi untuk topik lain.

Salam dari PDC !

Sharidah Talib
Penolong Pengurus
Bahagian Korporat
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

Sekian, yang melaporkan

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim Ultra Mind Resources

21 Mar 2009 Peserta Bengkel Usahawan Terbaik

Alhamdulilah, pada Rabu 18 Mac 2009, SK telah menjayakan Bengkel Persediaan, Peluang dan Strategi Menjadi Usahwan di Kolej Polytech MARA, Bangi yang dihadiri oleh peserta seramai lebih kurang 80 orang. Secara puratanya peserta bengkel ini adalah individu yang hebat yang memiliki impian yang sangat-sangat bagus. Mereka memiliki keyakinan diri yang amat tinggi dan juga sangat perihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang miskin dan anak yatim. Mereka benar-benar ingin menjadi Usahawan yang berkredibiliti dan baik.

Walaupun masa yang amat terhad, peserta memberikan komitment yang terbaik. Terima kasih kepada Tuan dan Puan semua yang menjadi peserta yang datang dari seluruh Malaysia bagi mewakili kolej, institut dan organisasi di bawah MARA.

Di sini saya memetik beberapa kata-kata yang diberikan oleh para peserta bengkel tersebut.

“Saya akan menyertai lagi sekiranya kursus seperti ini dianjurkan kerana pengalaman pertama menghadiri kursus ini telah membuka minat saya ke arah perniagaan”

“Best… Membina semangat berniaga… Saya lebih yakin selepas ini dalam memajukan bisnes saya…Thanx Noor Azreena Ibrahim

“Nak mulakan buz, tidak perlu modal besar… Pada mulanya agak terkejut…tetapi bila mengikuti kursus ini, teori ini boleh diapplykan. Adeline Yasmine 

“Best, Bersemangat, Bermesej” Noormanal

“Best, Sangat Bermanfaat, Berinfo yang berkesan” Syalila Mohd Arshad

“Masa yang diperuntukan tidak mencukupi” Nur Earlyana Ahmad

“Satu pendekatan baru yang mampu mengubah persepsi saya tentang dunia perniagaan” Puan NorulHuda Awang

“Program seperti ini amat bagus dan dapat memberi panduan kepada bakal usahawan” Norazura Misian

“Pengetahuan yang lebih terperinci dalam keusahawanan, Don’t judge yourself before we try it” Noorhayati Abdul Latif

“Berilmu, Bertenaga & Bermakna” – Muhammad Syukran Jamil, IKM Lumut

“Kursus ini sangat bagus bagi sesiapa yang mahu membina keyakinan untuk menjadi seorang usahawan” Norizwan Azlan, IKM Lumut

“Masa yang ringkas tetapi penuh dengan info-info baru. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi” Wan Azmil

“Wajib diikuti oelh Bumiputra” IntanShahriza Ibrahim

“Kursus ini menarik dan berkesan serta bernas – Faizal, MRSM Gerik

“Berinformasi, unik & baru! I want more! Noor Asmida Mohd Saleh

“You are the best, We are the best” Mohd Haizom Ibrahim

Terlalu banyak lagi komen yang diberikan oleh peserta, jika sempat saya akan masukkan lagi di lain entri. Peserta bengkel ini adalah di antara yang terbaik pernah saya temui. Tahniah, tahniah, tahniah.

 

 

 

Terima kasih juga kepada Tuan Wan Hafizi yang bertugas di Kolej MARA Banting, seorang yang cukup peramah dan juga pengarah serta urusetia projek bengkel usahawan ini.

Saya ditemani oleh seorang dari mentor saya iaitu Tuan Hazali dari waizmalaysia.com yang banyak menyumbang dan membantu saya sepanjang program berjalan. Beliau umpama padi yang sedang membunting, semakin berisi semakin tunduk ke bumi.