Archive for the Category ◊ Rumah ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

09 Jun 2013 Beli sebuah rumah sebelum berkahwin
 |  Category: Perlaburan, Rumah |  3 Comments

Bismillah. Kepada para lelaki yang bakal bekerja setelah tamat belajar, lebih baik beli rumah dahulu, dengan membayar wang muka dan membeli rumah dengan pembiayaan Islamik untuk tempoh 20 hingga 30 tahun bergantung kepada matlamat pembelian.

Selepas itu memilih calon isteri dari calon yang berasal dari keluarga yang tahu hukum agama Islam dan mengamalkannya. Cari bakal isteri dari keluarga yang ‘tidak menjual anak’. Ini bagi memastikan tuan-tuan tidak perlu mempunyai masalah kekurangan duit akibat perbelanjaan menunjuk-nunjuk yang dibuat sewaktu berkahwin.

Buat majlis perkahwin seringkas yang boleh, beri makan kepada orang Miskin, sekirannya masih terdapat lebihan duit, lebih afdal memberi sedekah kepada fakir miskin yang sedang memerlukan bantuan kita sekarang.

23 Dec 2010 Pertanyaan Sepupu : ‘Service Apartment’
 |  Category: Rumah |  One Comment

Cik Puan Alawiah (bukan nama sebenar) menulis:

Salam Tuan Shamsuddin. Semoga berada dalam keadaan yang baik. Saya ingin tanya pendapat Tuan berkenaan saya hendak membuat pilihan untuk membeli ataupun tidak rumah servis apartment di Shah Alam berharga RM247,000. Saya join nama dengan suami. Saya keliru hendak beli ataupun tidak dan saya dah bayar booking RM1,000.00. Saya tak tahu adakah keputusan membeli rumah itu  terbaik atau sebaliknya.  Ini adalah rumah pertama saya dan suami. Saya kena keluar wang KWSP saya dan suami untuk membeli rumah tersebut.

Saya keliru adakah patut saya membeli rumah tersebut sedangkan saya berminat untuk mengambil skim bajet 2011 rumah pertamaku.  Jadi saya ingin bertanya adakah patut ataupun tidak membeli rumah tersebut.

Mohon Tuan dapat membalas pertanyaan saya ini. Terima Kasih.

———————————————

Waalaikummusalam Cik Puan Alawiah,

Semoga Allah sentiasa melindungi cik puan dari bebanan hutang dan penindasan orang lain terhadap cik puan. Amin.

Isu berkenaan ‘service Apartment’ kita sudah bicarakan di dalam buku, mohon cik puan rujuk buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah. Antara kelemahan Apartmen Berservis adalah perlaburan yang paling risiko, kerana kos penyelenggaraannya tinggi, tetapi harganya tidaklah meningkat seperti roket.

Dengan harga RM 247,000 kita dapat beli rumah di atas tanah, sama ada rumah setingkat ataupun 2 tingkat di Shah Alam.

Membeli rumah pertama menggunakan skim bajet 2011 juga bagus, tanpa menggunakan duit KWSP. Hendak guna KWSP pun juga bagus.  Jika cik puan sudah membaca kedua-dua buku tersebut, insyaa Allah cik puan bertambah jelas dengan pilihan.

Membeli rumah dengan nama berdua, tidak digalakkan, mohon rujuk sama ada kepada artikel dalam blog ini yang terdahulu ataupun dalam buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir.  Risikonya lebih banyak.

Lebih baik rugi duit booking RM 1,000 dari menangung bebanan di atas harga RM 247,000 itu.

Wallahualam, yang baik itu datang dari Pencipta, manakala yang buruk itu datang dari yang dicipta.

Shamsuddin Kadir

21 Dec 2010 Pertanyaan : Pinjaman Perumahan
 |  Category: dimensi, Perlaburan, Rumah |  One Comment

Assalamualaikum Tuan SK,

Cuma nak tanya berapa had kelayakan (dalam bentuk pinjaman rumah) dari bank, kalau dah ada 5 buah rumah TETAPI tetapi bayaran bulanan tidak gagal ada kemungkinan ditolak atau diterima? Umur sekarang  40 TAHUN.

Ahmad Fairus (bukan nama sebenar)

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Ahmad Fairus yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada Tuan pada setiap pagi dan petang hari.

Bank tidak menentukan kelayakan mengambil pinjaman berdasarkan bilangan rumah yang kita miliki. Mereka menetapkan jumlah ansuran rumah yang layak kita bayar adalah 1/3 dari pendapatan kita ataupun ada bank yang menetapkan 40% dari pendapatan kita.

Contohnya jika gaji kita RM 3,000, maka kita layak antara RM 1,000 – RM 1,200 sebulan. Apabila kita membeli sebuah rumah dengan ansuran RM 1,200, maka kita hanya layak sebuah rumah sahaja. Jika kita beli rumah dengan ansuran RM 600 sebulan, kita layak 2 buah rumah.

Persoalan umur memainkan peranan dengan tempoh pinjaman yang kita boleh ambil, ini bererti jumlah ansuran bulanan untuk sesebuah rumah kita tidak dapat rendahkan sangat, kerana tempoh pinjaman menjadi semakin terhad.

Tuan boleh membawa ke semua 4 – 5 rumah yang tuan sewakan kita kepada bank, dan tunjukkan bukti penerimaan sewa yang konsisten, pembayaran ansuran yang konsisten dan juga aliran cashflow yang positif di mana pendapatan dari sumber makan gaji ataupun perniagaan belum ataupun hanya terusik sedikit sahaja bagi membayar ansuran kelima-lima buah rumah tersebut.

Semoga Allah terus menerus melimpahkan hidayah dan nur kebahagiaan kepada tuan sekeluarga di atas usaha menyediakan perlindungan (rumah) untuk sepupu-sepupu diluar sana dengan menyewakan rumah kita itu. Amin

Shamsuddin Kadir

10 Dec 2010 Pembelian Rumah Lelong : Kebaikan dan Keburukannya
 |  Category: Rumah |  One Comment

Cuan Siti nooraisah Binti Manap menulis,

Selamat sejahtera kepada Tuan Shamsuddin, keluarga dan rakan sekerja. Mohon

bertanya, bagaimana cara-cara pembelian rumah lelong? Apakah kebaikan dan keburukannya untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang?

Apakah syarat-syarat atau kelayakan yang diperlukan?

Sekian, terima kasih.

_________________________________

Insyaa Allah, Tuan Shamsuddin Kadir akan memberikan informasi berkenaan dengan persoalan ini dalam masa terdekat di blog ini.

Nor Aini Mohamed

__________________________________________________________________________________________________

Langkah untuk kita membeli rumah lelong, adalah yang pertama biasakan diri menghadiri majlis lelong rumah seperti yang diiklankan dalam flyer yang dihantar ke peti surat rumah kita, ataupun iklan yang dipaparkan di dalam akbar dan juga di bank.  Di situ kita dapat mempelajari selok belok proses lelongan berlangsung dan juga proses pembelian.

Secara asasnya, kita perlu menyediakan 5% bank draf berdasarkan harga ‘reserve price’ seperti yang diklankan, jika kita menjadi pelelong tertinggi, maka kita membuat penempah serius dengan memberikan bank draft tersebut ke pihak yang melelong tersebut. Dalam tempoh tertentu kita perlu menjelaskan bayaran baki keseluruhan  harga yang kita tawarkan itu. Masanya cukup bagi kita memohon pinjaman bank.

Apabila disebut rumah lelong,

  • Ianya bagus dibeli jika rumah itu dilelong disebabkan pemilik yang mempunyai masalah kewangan.
  • Ianya tidak bagus dibeli jika rumah itu dilelong kerana tidak dapat dijual ataupun disewakan  oleh pemiliknya.
Kes terbaru, seorang individu membeli sebuah kondominium dengan harga RM 20,000 di bawah harga pasaran, melalui sistem rumah lelong. Apabila ingin memasukinya, beliau terpaksa membayar RM 30,000 tunai bagi menjelaskan hutang-hutang yang ditanggung oleh pemilik asal termasuk kos penyelenggaraan kondominium itu yang tertunggak.
Rumah lelong sesuai dibeli oleh orang yang ingin membeli di bawah harga pasaran dan pada masa yang sama ada masa lebih untuk mencari, menghadiri tempat lelongan dan juga melawat rumah tersebut sebelum proses lelongan dan bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. Pastikan kita selidik dahulu berkenaan dengan kos tertunggak berkenaan dengan apartment tersebut dengan membuat semakan di pejabat penyelenggaran apartment ataupun kondominium. Ini bagi memastikan kita dapat membuat analisis lebih awal sama ada unit itu sesuai ataupun tidak untuk kita beli.
Membeli rumah lelong bagus apabila kita dapat membeli rumah di bawah harga pasaran dan pasa masa yang sama kondisi rumah itu tidak perlu dibaiki.
Rumah lelong boleh dibeli sama ada secara tunai ataupun dengan pembiayaan oleh bank.

04 Dec 2010 Hutang Rumahtangga Setinggi Gunung

Maafkan saya,

Assalamualaikum, Tuan dan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Ya Allah tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih,

kami juga berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas

dan sesungguhnya kami juga berlindung kepadaMu dari sifat kedekut dan pengecut

dan kami juga berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami.

Mengikut laporan terbaru oleh majalah The Edge Malaysia, hutang peribadi mencecah RM560.1 bilion pada 31 Ogos 2010 yang lalu.

Hutang ini termasuk hutang pembiayaan rumah, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi seperti pinjaman peribadi dan juga kad kredit.

Sepupu yang dihormati,

Tiga perkara yang paling asas yang dapat mengelakkan dari menanggung bebanan hutang ‘rumahtangga’ yang tinggi adalah :

  • Mencari untuk ditinggalkan, meninggalkan untuk bekalan
Rumah, kereta, jam tangan, handphone terkini, laptop, cincin, tv plasma, status gelaran seperti Dr, dan lain-lain, kita meninggalkan ke semuanya sebaik sahaja roh kita dikeluarkan dari jasad kita. Ketika itu usaha kita mencari untuk ‘kenikmatan peribadi yang berlebihan’ ditinggalkan. Apa yang kita bawa, hanyalah sedekah ataupun bantuan yang kita telah lakukan sewaktu kita hidup serta amalan baik yang kita lakukan setiap hari seperti sembahyang dan juga berzikir.
  • Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya
Hidup ini tidak lebih dari hidup dalam keadaan berusaha bagi mencukupi keperluan hidup diri dan keluarga dan juga  mencari lebihan untuk memberi kepada orang yang lebih memerlukan.
  • Orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan benda ataupun perkara yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun ditempatkan di sekeliling mereka.
Apabila kita sudah mencapai tahap kemuliaan diri sendiri, kita semakin tidak memerlukan barangan ataupun sesuatu bagi menunjukkan kepada orang lain bahawa kita sebenarnya mahal. Antara barangan yang ditunjukkan bagi menyatakan kita mahal adalah kereta, rumah, perabot dalam rumah, handphone dan lain-lain.
Apabila kita membeli rumah, kereta dan barangan lain yang lebih tinggi harganya dengan pinjaman, semakin kurang nilai ketenangan yang kita nikmati. Semakin kurang peluang untuk kita membantu memberi sedekah yang lebih tinggi nilainya.
Apabila orang meminta sedekah kita hanya mampu memberi RM 1 – 2 apabila kita menangung bebanan ansuran rumah, kereta dan lain-lain yang tinggi. Apabila kita tiada bebanan yang tinggi, tabung akhirat kita semakin berisi, kerana kita bukan sahaja boleh memberi kepada orang yang meminta sedekah dengan jumlah yang lebih besar seperti RM 50, kita juga rasa seronok apabila dapat mengejar dan mencari orang yang memerlukan bantuan, kerana kita tidak puas, selagi mana duit kita tidak dihabiskan setiap hari untuk membantu orang lain.
Apabila kita meneruskan menggunakan kereta yang sudah habis bayar ansuran, kita ada lebihan sekitar RM 500 – 1000 sebulan untuk dibelanjakan tempat lain. Duit itu juga boleh digunakan bagi membuat simpanan sebahagiannya dan  sebahagian lagi digunakan untuk membuat bekalan bagi menikmati kemodenan dan kesenangan yang luarbiasa di negeri yang kekal selama-lamanya. Iaitu Akhirat Jaya.
Ketika Tuan dan Puan membaca entri ini, juga tidak mustahil, penulisnya juga sudah tiada di muka bumi ini. Maka apakah yang di bawa balik ke Alam Barzakh ?
Maafkan saya, sekali lagi.
Dari sepupu
Shamsuddin Kadir
20 Nov 2010 Kursus Buat Duit Dengan Rumah Ahad 21 November 2010
 |  Category: Kursus, Perlaburan, Rumah |  3 Comments

Maklumat Terkini, 13 Oktober 2010 | Pendaftaran untuk kursus ini hanya tinggal untuk 3 tempat lagi. Insyaa-Allah pendaftaran akan ditutup dalam masa terdekat.

————————————————-

Assalamualaikum Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah,

Berdasarkan emel dan pertanyaan yang belum ditunaikan,

Insyaa-Allah pada  hari Ahad bersamaan dengan 21 November 2010 akan diadakan satu workshop berkenaan perlaburan dalam hartanah @ iaitu rumah. Ianya sesuai kepada Tuan dan Puan yang ingin memiliki lebih dari sebuah rumah sebagai sumber pendapatan pasif.

Ada orang melihat sampah itu kotor, ada orang melihat sampah itu duit

Ada orang melihat rumah itu membebankan kerana perlu keluar duit, ada orang melihat rumah itu menguntungkan kerana duit masuk

semuanya bergantung kepada perspektif kita. Apa yang dapat menukar perspektif kita adalah ilmu yang kita perolehi melalui pengalaman baru sama ada melalui buku, training dan mentor.

Pelajari bagaimana kita dapat duit ekstra, harta ekstra dan bersara awal jika perlu.

Antara yang kita akan perolehi melalui kursus ini adalah “

1. Bagaimana membeli rumah dengan diskaun 80 – 110 % berdasarkan pengalaman trainer itu sendiri

2. Membeli rumah dengan menggunakan duit orang lain

3. Membeli lebih dari sebuah. Ada yang membeli 4 dan ada yang memiliki 120 buah rumah sewa

4. Menghasilkan Insurans pendidikan anak-anak yang Islamik dan percuma

Dan Insyaa-Allah banyak lagi jika dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah, pemilik sekelian alam

Yuran Perlaburan RM 188

Pembayaran awal sebelum 4 November adalah RM 158

Terhad : 10 orang sahaja

Trainer : Shamsuddin Kadir

Kepada yang berminat boleh hantarkan emel ke info@sk.my, nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan alamat.

Selepas mendapat pengesahan kekosongan tempat, mohon Tuan dan Puan membuat pembayaran seberapa segera, kerana pengesahan tempat adalah berdasarkan pembayaran yang diterima. ‘First Come First Serve’.

Bagus jika Tuan dan Puan dapat membaca buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah, sebelum menghadiri kursus ini, supaya lebih banyak ilmu baru yang dapat dikongsi dan juga Tuan dan Puan boleh bertanya dengan lebih banyak soalan.

05 Nov 2009 Hiasan Merugikan Di Dalam Rumah
 |  Category: Rumah |  2 Comments

Dengan kebanjiran produk-produk baru termasuk dengan barangan hiasan dalaman rumah yang berharga serendah RM1.50 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Hiasan-hiasan kecil selalunya membuatkan kita terpaksa menangung dua kali kos. Iaitu kali pertama ianya ketika kita membelinya, duit mengalir keluar. Kali kedua adalah ketika kita membuangkannya selepas tarikh tayangan luput, kita terpaksa menangung bebanan tekanan di atas tindakan kita yang ‘merugikan itu’

Hiasan-hiasan itu bukannya kita perlukan bagi membuatkan rumah kita ceria. Produk-produk itu dicipta adalah bagi mengambil duit dari poket kita.

Orang suka datang ke rumah seseorang bukannya kerana rumah itu cantik ataupun ada hiasan, tetapi kerana pasangan itu bahagia. Tetamu suka datang rumah yang mana kehidupan pasangan yang tinggal di dalam rumah itu bahagia. Seronok tetamu melihat bagaimana ramah mesra mereka.

Hiasan kecil yang banyak termasuk hiasan yang mudah pecah membuat setengah individu yang ada anak kecil tidak suka datang rumah kita.

Kos yang perlu kita tanggung adalah kos bagi membaca buku bagi menjadikan kita pasangan yang bahagia. Kita juga boleh menambahkan kemahiran dan ilmu dalam merapatkan dan membahagiakan ikatan pernikahan kita dengan mempelajari dari mentor-mentor dalam ilmu keluarga.

Jadi, apabila ke kedai ataupun pasaraya, elakkan memasuki kedai yang hanya semata-mata menjual hiasan-hiasan yang merugikan.

Dengan tiada hiasan yang tidak perlu, iaitu yang tidak meningkatkan kualiti hidup kita, kita dapat membebaskan diri dari belenggu kos sara hidup.

Bahagiakan pasangan kita hari ini. Jadikah kedatangan tetamu itu sebagai ukuran sejauh mana kita bahagia.

Saidina Ali pernah menangis, kerana sudah tiga hari tetamu mereka tidak datang ke rumah mereka. Bagaimana dengan kita? Bilakah kali terakhir tetamu datang ke rumah kita?

Tetamu yang datang ke rumah kita membawa berkat dan membawa keluar dosa-dosa kita…

Shamsuddin Kadir

Principal Consultant & Author of 9 books

Ultra Mind Resources

11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel : info@shamsuddinkadir.com

10 Oct 2009 Modal RM20 Mendapat Positif Cash Flow RM450 Sebulan
 |  Category: Buku, Rumah |  One Comment

Seorang tetamu halaman www.ShamsuddinKadir.com meninggalkan pandangan di salah satu entri pada hari Jumaat, 9 Oktober 2009.


Saya juga telah membaca buku “kaya dengan rumah” dan kini telahpun mempraktikkannya. Kini saya baru ada 3 buah rumah yang disewakan dengan mendapat positif cash flow RM450 sebulan.

Alhamdulillahh… tidak sia-sia modal RM20 utk membeli buku tersebut.

Trillion thanks to Sifu Shamsuddin..

Atoks

————————

Alhamdulilah kerana semakin ramai yang melabur dalam buku. Perlaburan dalam buku dan perlaburan mempelajari dari mentor itu adalah perlaburan penting dalam menikmati kehidupan yang bahagia dan ceria.

Alhamdulilah kerana saudara Atoks dapat memiliki 3 buah rumah. Alhamdulilah Atoks mendapat positif cashflow.

Biar kecil tetapi berhasil. Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit tidak berguna kita pada akhirnya tidak membuat untung. Lebih baik perniagaan yang bernilai sen-sen tetapi sentiasa membuat untung.

Syukur kerana saudara sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Semoga Allah melimpahi saudara dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

20 Jul 2009 Tetamu SK : Beli Rumah Untuk Diduduki
 |  Category: Buku, Rumah |  Leave a Comment

Assalammuailaikum SK
 
Saya ingin mendapat pandangan dr pihak tuan mengenai pembelian rumah. Saya baru berusia 25thn dan bekerja dgn syarikat swasta.  Saya bercadang untuk membeli rumah yang pertama. 

Bolehkah saya tahu,apa yang perlu saya tahu sebelum saya memilih untuk membeli rumah tersebut. Tujuan pembelian untuk menetap sendiri (Bukan untuk disewakan).

Jika sudah memiliki rumah yang pertama,bagaimana cara saya untuk memiliki rumah yang kedua (berhasrat untuk disewakan).

Boleh TN SK beri penjelasan mengenail pinjaman yang dikehendaki.

Saya tidak pernah membuat pinjaman lagi setakat ini.Oleh itu, tiada pengalaman dalam membuat pinjaman.Diharap dapat penjelasan dari pihak TN SK.
 
Sekian Terima Kasih

DM (Bukan nama sebenar)

————————-

Waalaikummusalam Tuan DM,

Tahniah di atas usaha Tuan bagi mendalami ilmu dalam hartanah dan kewangan sebelum menceburinya. Pertanyaan Tuan itu sungguh bernas dan bagus sekali. Cuma, SK tidak mampu memberi jawapannya dalam hanya beberapa patah ayat yang ditulis.

SK mencadangkan kepada Tuan DM, adalah membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, diikuti buku Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah dan seterusnya adalah Buat Duit Dengan Rumah.

Selepas Tuan DM, membaca buku-buku tersebut secara turutan, dengan izin Allah Tuan mendapat jawapan bagi semua persoalaan di atas dengan jelas.

Elakkan membeli rumah walaupun untuk diduduki tanpa menghabiskan pembacaan buku Kaya Dengan Rumah dan buku Buat Duit Dengan Rumah.

Bagi yang ingin mengambil pinjaman bagi beli kereta, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi, pastikan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang habis dibaca sehingga ayat yang terakhir.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

16 Jul 2009 Tetamu SK: Nasihat Untuk Pembelian Rumah
 |  Category: Buku, Perlaburan, Rumah |  Leave a Comment

Assalamualaikum Tuan SK,

 
Semoga Tuan dalam keadaan sihat sejahtera.
Begini tuan, saya ada sebuah rumah yang berbaki lagi lebih kurang RM65,000 dengan majikan saya bekerja. Rumah ini saya duduk sendiri .Saya juga alhamdulillah telah  berjaya membeli sebuah apartment dengan hasil sewanya adalah LEBIH dari ansurannya. Berkat dari buku Tuan yamg bertajuk Buat Duit Dengan Rumah. Juga izin dari Allah taala.
 
Saya dalam proses mencari rumah kedua.Terus terang saya berminat dengan rumah teres maksudnya yang bertanah tapi masalahnya sewa sudah pasti lebih rendah dari ansuran. Down payment juga sudah semestinya besar. Minta pandangan tuan.
 
Pendapatan bulanan saya 5k -7k . Sekian terima kasih.
 
Wassalam.

AA (Bukan nama sebenar)

———————–

Waalaikummusalam Puan,

Terima kasih di atas doa, SK juga mendoakan kesejahteraan Puan sekeluarga.

Tahniah kerana buku yang dibaca memberi manfaat kepada Puan, ianya berkat Puan mengaplikasikan ‘IQRA’ – Bacalah.

Rumah teres! Mungkin Puan boleh membiayai semula rumah yang Puan duduki sekarang, jika ianya berbaloi dan mengunakan duit yang diperolehi itu bagi memiliki sebuah rumah teres yang tidak membebankan Puan bagi menambah ansuran yang tidak mencukupi itu.

Ataupun Puan boleh mencari rumah lelong tetapi berhati-hati dengan pantang larangnya yang terdapat dalam buku SK itu.

Ataupun Puan boleh membeli rumah teres yang sedang disewakan, bandingkan dengan ansuran bulanan jika Puan membelinya. Jika Puan rajin dan berkat Allah Puan sudah pasti berjumpa dengan rumah teres yang menguntungkan untuk dibeli dan tidak membebankan bagi memilikinya.

Puan juga boleh mengambil langkah bagi melaburkan sedikit dari duit Puan itu bagi disimpan dalam akaun perlaburan. Dengan izin Allah, duit perlaburan itu juga dapat membantu Puan memiliki rumah yang ketiga itu. Amin.

Shamsuddin Kadir

Penulis buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah

Emel: info@shamsuddinkadir.com

 

12 Jun 2009 Tetamu SK: Jual Rumah Pusaka Ringankan Bebanan
 |  Category: Dilema, Rumah |  Leave a Comment

Assalamualaikum Tuan,

Saya ingin mendapatkan pandangan tuan tentang masalah saya.  Suami saya berniaga sendiri dan mempunyai syarikat sdn bhd dan pada awal tahun ini menghadapi masalah kewangan bebanan hutang syarikat dan sehinggalah kini masih belum selesai masalah kewangan syarikatnya.

Masalahnya, beliau ada memberi cadangan agar saya menjualkan tanah pusaka pemberian arwah ibu saya bagi meringankan beban kewangan.  Tapi saya berat hati kerana pertama itu adalah kenangan dan hadiah pemberian dari arwah ibu.  Kedua, apa pula kata makcik, pakcik dan saudara saya yang lain sekiranya mereka mengetahui yang saya ingin menjual harta adik mereka (ibu saya). Ketiga, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan jadi sekurang-kurangnya saya ada sedikit harta untuk bekalan.

Rumah yang dimiliki sekarang tidak dapat banyak membantu kalau dijual kerana masih ada pinjaman dengan bank.  Saya tidak mahu suami terasa yang saya tidak mahu menolong dan kecil hati.  Diharap Tuan dapat memberi pendapat tentang patutkah saya menjual harta pusaka di atas.

Terima kasih

F (Bukan nama sebenar)

—————————–

Waalaikummusalam Puan,

Adakah Puan boleh menerima kenyataan dan tidak akan menyalahkan suami jika bebanan hutang bisnes suami masih tidak selesai walaupun rumah itu sudah dijual?

Adakah mencagarkan ataupun menggadaikan rumah tersebut adalah pilihan lebih baik berbanding menjualkannya?

Adakah bisnes suami Puan itu berdaya maju, dan Puan yakin boleh pulih dengan hanya mengunakan duit tersebut?

Puan dapatkan buku ‘Memulakan Bisnes Sendiri’ yang ditulis oleh Puan Ainon Mohd. Baca sampai habis. Jika jawapan Puan bagi soalan di atas memuaskan hati dan suami Puan tidak termasuk di dalam ciri bisnes gagal yang ada di dalam buku itu, maka buatlah sembahyang Istikharah 2 rakaat.

Ikut pilihan yang dipertunjukkan oleh Allah kerana itu adalah pilihan yang terbaik untuk Puan yang Allah tentukan. Saya yakin jika jawapan Isthikarah itu membawa kepada rumah itu dijual, Puan tidak akan menyesal kerana pilihan Allah adalah pilihan yang 100% berkat dan bahagia.

Jika pilihan Puan untuk menjual rumah tersebut, saya mencadangkan agar ianya dijual kepada ahli keluarga Puan dan beritahu mereka, kenapa Puan menjualkannya dan beritahu mereka bahawa Puan berhajat untuk membeli balik dalam masa 3 tahun. Jika tempoh itu telah berlalu, hak untuk membeli balik dengan harga jual itu telah lupus.

Hanya Puan sebaik-baiknya individu bagi membuat keputusan di atas maklumat yang lengkap Puan miliki. Untuk tidak menyesal sampai bila-bila baca buku itu dan buat sembahyang Isthikarah. 

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Trainer & Author

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

 

19 Mar 2009 Tetamu SK: Orang Baru Belajar
 |  Category: Dilema, dimensi, Risiko, Rumah |  Leave a Comment

Assalamualaikum Tuan SK,

Saya orang yang baru nak melibatkan diri dalam bidang pelaburan hartanah. Saya diperkenalkan oleh kawan dengan buku-buku Tuan.

Saya ingin meminta pendapat tuan, ada kawan kepada kawan sekerja saya ingin menjual apartmennya di Seberang Jaya, Penang kerana ingin membeli hartanah di tempat lain. Harganya kurang sedikit dari harga pasaran. Saya telah melawat apartment tersebut.

Apartment tersebut sedang disewa oleh kolej jururawat utk jururawat pelatih. Saya rasa berbaloi kerana sewa apartmen itu RM700 sebulan sedangkan ansuran bulanan kepada bank dalam RM550 sebulan.

Masalahnya sekarang, ada pendapat negatif daripada saudara rapat (bapa saya sebab saya masih bujang) yg penjual itu cuba menipu saya dengan persoalan-persoalan kenapa dia nak jual kalau hartanah itu menguntungkan?

Kenapa di jual kepada saya bukan kawan-kawan dia yang lain?

Apa yang patut saya buat?
Jutaan terima kasih atas perhatian tuan. Semoga hidup tuan sentiasa diberkati Allah.

Seberang Perai, Penang

—————————

Waalaikummusalam,

Terima kasih di atas doa, saya juga mendoakan Cik Puan juga diberikan kebaikan yang datang mendadak.

Semoga Cik Puan telah membaca buku-buku saya mengikut susunan iaitu Hidup Tenang Walaupun Berhutang diikuti Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Pertama-tamanya sekali kita perlu mengenalpasti ataupun membuat analisis kenapa pemiliknya ingin menjualkan rumah? Cuba selidik sedikit. Antara soalan yang boleh ditanya, kenapa dengan keuntungan RM 150 sebulan, awak mahu menjualkan apartmen tersebut?

Berapakah tempoh kontrak penyewaan? Jika 1 tahun, amat berisiko.

Adakah pihak kolej kejururawatan akan terus menyewa apartment tersebut selepas Cik Puan membelinya dan berapakah tahun mereka akan menyambung kontrak dengan Cik Puan? Cik Puan perlu menghubungi person in charge di Kolej Jururawat itu.

Berapakah harga sewa pasaran di kawasan itu? Jika di bawah harga ansuran kepada bank, sudah pasti ianya tidak digalakkan.

Setelah membaca buku-buku SK tersebut  dan mendapat jawapan yang Cik Puan selesa dengan persoalaan di atas, buat solat Isthikarah. Selepas mendapat petunjuk dari solat tersebut, minta restu dari Ayah (dengan mendedahkan maklumat penting yang diperolehi) jika pentunjuk solat itu mengalakkan kita bagi membelinya.

29 Jan 2009 Tetamu SK: Rakan Menghadiahkan ‘Bodoh’
 |  Category: dimensi, Rumah |  Leave a Comment

Disalin dari  salah satu dari diskusi kuliah di dalam blog www.shamsuddinkadir.com

Assalamualaikum Tuan,

Pada 1/1/2009, saya telah membeli sebuah rumah yang berharga RM 101,000.00. Sekarang ni masih dalam proses menguruskan pinjaman melalui bank.

Macam-macam kata-kata yang memomokkan saya berkaitan dengan kegawatan 2009 ni. Ada yang kata tak bagus beli property ketika gawat….pendekkata macam2 cerita.

Bodoh, tak de otak, tak boleh fikir…antara kata yang di ‘hadiah’kan untuk saya.

Reaksi saya diam saja walaupun rasa agak marah. Rancangan memebeli rumah kedua ni di ketahui bila pihak bank menelefon utk “confirmation”.

Saya yakin dengan apa yang saya buat. Jadi tak hiraukan apa orang lain kata, sebab yang saya tahu orang yang berkata tu bukan pakar sangat dalam hal ehwal kewangan. Macam saya juga. Lagipun bukan saya gunakan duit diorang yang mengata tu.

Jadi bolehkan tuan beri sedikit pendapat atau nasihat tentang hal ni. Sekadar ingin tau saja. Untuk pengetahuan Tuan Sham, rumah ini adalah rumah kedua kami suami isteri. Rumah pertama telah langsai hutang bank dengan membuat pengeluaran KWSP pertengahan tahun 2008.

Terima kasih.

Wati

——————————

Salam,

Pertama-tamanya tahniah kepada Cik Puan kerana sudah menyelesaikan pembiayaan rumah pertama. Semoga ianya menjadi aset berharga dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan Akhirat.

Tahniah juga kepada Cik Puan kerana membeli rumah kedua. Semoga usaha membeli rumah akan diteruskan lagi di masa depan. Beli sebanyak mana rumah asalkan pembiayaan yang diambil mengikut apa yang Allah halalkan. ‘Syariah compliant’.

Adakah tahun 2009 masa terbaik bagi membeli rumah?

  • Jika boleh tunggu, tunggu dan selepas itu baru beli
  • Jika boleh beli, beli dan selepas itu tunggu

Cik Puan, beli rumah kena lihat kemampuan kita, jika kita mampu menunggu kerana duit kita terlebih banyak ataupun kerana kita tiada duit bagi membelinya hari ini, kita tunggu.

Akan tetapi, jika kita ada duit, gunakan peluang ini bagi memiliki rumah. Sewaktu setengah orang ‘mengatakan tahun 2009 tahun gawat’ inilah tahun kita membeli di kala orang lain menjual.

Tentang rakan-rakan yang memberikan kita ‘hadiah’ bersangka baiklah dengan mereka seperti mana Iman Ghazali berpesan. Hadiahkan kepada mereka dengan doa ataupun jika Puan tidak kisah, hadiahkan kepada mereka dengan buku ‘Kaya Dengan Rumah’. Seperti mana apabila orang membaling batu kepada kita, balingkan kepada mereka tetapi bukan batu tetapi ‘roti’ ataupun sebiji benih yang menghasilkan sebuah pokok yang ranum iaitu buku yang memberi manfaat. Insyaa-Allah Cik Puan melihat suatu perubahan besar kelakuan mereka. Biasanya mereka akan mengucapkan terima kasih kepada Cik Puan selepas membacanya.

Yakinlah dengan tindakan tuhan, Insyaa-Allah setiap usaha itu diberi pahala walaupun gagal di separuh jalan. Orang yang tidak berusaha sudah pasti gagal dan tidak diberi pahala oleh Allah. Seperti mana burung Pipit yang cuba memadam api yang sedang membakar nabi Allah Ibrahim.

Sekali lagi Tahniah untuk Cik Puan di atas kejayaan membeli sebuah rumah lagi dengan pembiayaan yang diredhai oleh. Semoga hidup Cik Puan sentiasa dirahmati Oleh Allah sepanjang masa di dunia dan Di Akhirat.

SK

01 Dec 2008 Tetamu SK: Pinjaman Bank
 |  Category: Dilema, Rumah |  Leave a Comment

Assalamualaikum..
Saya sudah baca buku en. Shamsuddin, dengar macam senang hendak buat, cuma ada kemusykilan sikit. Saya berumur 25 tahun, ada kereta, rumah dan loan peribadi. Saya sudah tanya bank macam mana kalau saya nak beli sebuah rumah lagi.

Bank cakap, saya tidak boleh hendak buat pinjaman lagi sebab komitmen sudah banyak. Jadi macam mana pelabur hartanah boleh beli sampai 10 biji rumah dengan pinjaman bank?

Untuk cari deposit dalam 10 ribu, saya rasa tidak susah, cuma macam mana nak dapatkan pinjaman lagi 90% itu?

Harap en Shamsuddin dapat beritahu caranya. Terima kasih

FI

———————————–

Waalaikummusalam Cik Puan FI (Bukan nama sebenar)

Satu soalan yang cukup baik. Saya tidak pasti buku saya yang mana yang telah Cik Puan Baca. Pada pandangan saya, konsep membeli rumah bukan sahaja untuk 10 tetapi lebih buah rumah dapat di jelaskan apabila Cik Puan telah membaca buku saya bermula dengan buku Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Manakala apabila bank memberitahu bahawa Cik Puan tidak dapat membuat pinjaman lagi kerana komitmen sudah banyak itu menyatakan Cik Puan telah mengunakan seluruh peluang yang ada bagi ‘membiayai impian sendiri’. Konsep yang telah Cik Puan lakukan telah berlawanan dengan satu bab di dalam buku rumah saya iaitu banyak yang kecil lawan beberapa yang besar. Tetapi dalam kes Cik Puan, hanya satu rumah sahaja Cik Puan dapat beli. Kerana Cik Puan telah mengunakan seluruh peluang yang ada bagi membeli rumah sebesar dan semahal yang mungkin.

Jika kita membeli sebuah rumah dengan mengunakan semaksimun jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh bank dengan mengunakan pendapatan kita hari ini, bagaimana bank dapat menyediakan pembiayaan bagi rumah yang seterusnya?. Apabila kita merancang untuk melabur, kita tidak boleh membeli rumah impian kita terlebih dahulu, apa yang perlu dibeli adalah rumah yang mana kita tidak perlu membayar duit ansuran mengunakan duit dari poket sendiri.

Saya mencadangkan kepada Cik Puan agar membaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ terlebih dahulu, selesaikan komitmen yang ‘tidak perlu’, sebelum mengkaji balik segala pinjaman yang telah Cik Puan lakukan.