Archive for the Category ◊ SK dalam Media ◊

05 Mar 2012 Bicara Pinjaman Kereta di Malaysia Hari Ini, TV3 Isnin 5 Mac 2012
 |  Category: SK dalam Media |  2 Comments

Alhamdulilah, pagi tadi program bicara secara santai di TV3 berjalan lancar. Kali ini berbicara dengan Tuan Ally Iskandar. Perkara paling asas berkenaan dengan kereta yang perlu kita ingati adalah kita sebenarnya merancang untuk berhutang bagi membeli ‘besi buruk’.

Hutang kereta juga berada di atas pagar antara hutang-hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin dan hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.

Apabila tempoh pinjaman melebihi 4 tahun, kita sebenarnya telah membeli sebuah kereta di luar kemampuan kita.

Shamsuddin Kadir

Institut Latihan Kecemerlangan MARA

Jawi, Pulau Pinang

5 Mac 2012 7.02 malam.

24 Mar 2010 Diari SK: Ceramah di Surau Al Munir, Seri Kembangan

Insyaallah, Shamsuddin Kadir akan memberi tazkirah kewangan kepada para jemaah surau al Munir, Seri Kembangan selepas waktu solat Maghrib pada hari Ahad ini (28 Mac 2010).

Juga tazkirah kewangan di Masjid As Sobirin AU5, Hulu Kelang pada pukul 12.30 tengahari sebelum waktu solat Jumaat pada 2 April 2010. Terima kasih kepada Tuan Azli yang memberi SMS jemputan kepada Shamsuddin Kadir.

Juga kepada para wanita yang bercita-cita tinggi, untuk makluman Tuan dan Cik Puan semua Shamsuddin Kadir telah ditemuramah oleh akhbar Harian Metro oleh Cik Puan Nini dan Tuan MK mengenai tajuk isu wanita dan pemilikan hartanah sebelum kahwin. Menurut mereka, artikel temuramah ini akan dimuatkan di dalam akhbar harian Metro pada hari Jumaat ini.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim

19 Jan 2010 Bicara Hutang di SPM RTM 1 pada 22 Januari 2010(Jumaat)
 |  Category: SK dalam Media |  Leave a Comment

Insya allah pada hari Jumaat ini, Shamsuddin Kadir akan bersiaran di dalam rancangan TV1 Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan topik ‘Bicara Hutang’. Ianya dijangka bermula sekitar 7.30 Pagi.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan dan ingin turut serta dalam perbincangan isu tersebut, dipersilakan untuk menghubungi pihak penerbit melalui nombor telefon yang akan dimaklumkan oleh pengacara pada pagi Jumaat nanti.

14 Dec 2009 SK Di TV3: Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan 15 Dis 09
 |  Category: dimensi, SK dalam Media |  3 Comments

Tuan, Puan dan semua sepupu Shamsuddin Kadir,

Esok Selasa 15 Disember 2009 Shamsuddin Kadir akan membicarakan satu topik yang panas di Malaysia Hari Ini TV3 dengan tajuk “Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan”. Iaitu jangan jadi Bijak dalam dewan peperiksaan tetapi _____ di luar dewan peperiksaan.

Terima kasih (saya suka) di atas undangan Tuan Ahmad Fedtri selaku penerbit MHI esok, terima kasih kerana tidak serik mengundang Shamsuddin Kadir.

Saya akan ke udara dengan izin Allah pada pukul 7.35 pagi, kerana 7.45 pagi saya perlu beredar dari Sri Pentas kerana akan menjayakan kursus Di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta.

 

Kepada saudara dan saudari yang ada peluang ataupun ingin  menyediakan peluang, Shamsuddin Kadir ingin menjemput Tuan dan Puan (iaitu sepupu kepada SK) bagi mengetahui cara menjimatkan duit dari dihabiskan untuk ‘pendidikan’ anak-anak yang akhirnya merugikan ibubapa iaitu kita.

Tidak semua gaya belajar yang ditawarkan di pasaran itu memberi manfaat untuk masa depan kita sekeluarga, sebahagiannya dicipta bagi mendapatkan duit dari poket kita setiap bulan.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat & Penulis 9 buah buku, 3 daripadanya telah diterjemahkan oleh penerbit Indonesia

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

27 Oct 2009 Wawancara Skim Cepat Kaya Untuk 360 TV3

Dengan izin Allah, SK akan berkongsikan pandangan berkenaan dengan skim cepat kaya yang dikatakan mirip Skim Multi Level Marketing (MLM) dengan penonton rancangan 360 kelolaan  pengacara Tuan Mazidul pada hari Rabu, 28 Oktober 2009, jam 9 malam.

Antara isu yang akan dibicarakan adalah :

  • Adakah MLM dikategorikan skim cepat kaya?
  • Kenapa ramai yang tertarik menyertai skim cepat kaya walaupun tahu risikonya?
  • Apakah cara terbaik melabur?
  • Mengenai pelajar IPT yang melabur puluhan ribu ringgit tetapi rugi?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

15 Sep 2009 SK Di Radio IKIM 91.5 Selasa 15 Sept 09

Alhamdulilah (segala puji bagi Allah), SK telah dihubungi oleh Al-Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin (Deejay Radio IKIM) bagi membicarakan topik belanja raya di Radio Ikim 91.5 (lembah klang) pada hari ini, Selasa 15 September 2009, tepat pukul 9 pagi.

Semoga sehingga hari ini, kita masih berbelanja baju baru dan bukannya baju raya.

Shamsuddin Kadir

Emel : info@shamsuddinkadir.com

14 Sep 2009 Bicara Bajet Raya di SPM Ahad lalu
 |  Category: SK dalam Media |  One Comment

Alhamdulilah, pada hari Ahad 13 September 2009, bicara Bajet Raya dapat dijayakan bersama compare Tuan Hezry dan Cik Puan Tasneem. Ianya adalah satu dari siri bicara kewangan di atas jemputan dari Kak Su RTM.

Semoga kita semua dapat mengelakkan kebaikan dan dapat mengelakkan diri dari berbelanja secara berhutang.

Katakan tidak untuk :

1. Kad Hutang

2. Skim-skim ansuran mudah ‘easy payment scheme’

3. Pinjaman Peribadi.

Semoga kedatangan syawal ini disambut dengan penuh keberkatan dan bukannya dengan penuh kejijikan. Hutang-hutang yang berlandaskan riba adalah tindakan yang jijik mengikut garis panduan Allah yang menciptakan kita sebagai manusia.

Hari Aidilfitri adalah hari raya yang diciptakan oleh Allah, maka gunakan kesempatan untuk merayakan mengikut garis pandua Allah supaya ianya penuh dengan keberkatan.

Masyarakat Muslim hanya bergantung kepada keberkataan ataupun keredhaan Allah, tanpanya kita tidak bernilai walaupun 1 sen.

Semoga kita semua diberikan kesempatan oleh Allah bagi memastikan setiap tindak-tanduk kita semuanya mendapat keredhaan Allah, Amin.

26 Aug 2009 Bicara Bajet Puasa Di MHI TV3 Khamis Ini
 |  Category: SK dalam Media |  6 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SK akan membicarakan tentang analisis puasa di MHI pada 27hb Ogos 2009 bertajuk ‘Bajet Puasa’. Bicara lebih kepada bagaimana kita telah menguruskan bajet untuk bulan puasa. Selama seminggu kita berpuasa berapa banyak duit yang kita belanjakan setiap hari.

Adakah ianya melebihi dari apa yang kita jangkakan?

20 May 2009 Diari SK: Bicara Santai Di RTM 1 Isnin 25 Mei 09
 |  Category: SK dalam Media |  Leave a Comment

Apabila dipermudahkan oleh Allah, bicara kewangan secara santai akan ke udara di dalam rancangan respons pada pukul 6.05 pagi di RTM1 pada hari Isnin 25 Mei 2009. Opps sehari selepas hari ulangtahun SK di lahirkan.

Tajuknya kalau tidak salah :Nak Bagi Ke Tak Nak Bagi”

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan dialukan bagi menontonnya. Kepada Tuan dan Puan yang sentiasa menonton rancangan respons dan bicara SK terdahulu, tahniah kerana Allah masih memberi ruang kepada kita bagi menontonnya.

Rakaman terbaru pada hari Khamis di Jakim, Blok 9, Putrajaya. Untuk 3 bicara kewangan tetapi menonjolkan roh kewangan Islam. Iaitu ada bicara berkenaan dengan kehendak Allah terhadap produk yang diciptakannya iaitu manusia dalam menentukan pelaburan yang dibenarkan.

Insyaa-Allah semoga bicara itu menjadikan kita manusia yang tidak DERHAKA kepada Allah yang telah menjadikan kita manusia dan bukannya haiwan.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

08 Apr 2009 KHAMIS 9 April TV3 MHI

Tuan Shamsuddin Kadir akan muncul di TV3:

Tarikh: Khamis 9 April 2009

Waktu: Antara 7.30 – 8.30 pagi 

Rancangan: Malaysia Hari Ini

Topik: “merompak Diri Sendiri”

07 Apr 2009 Diari SK: Malaysia Hari Ini TV3 Khamsi Ini

Jika diizinkan oleh Allah, SK akan ke udara lagi di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada 9 April 2009 bersamaan hari khamis ini. Waktu siaran sekitar jam  7.30 – 8.30 pagi.

Tajuk pada kali ini adalah ‘Merompak Diri Sendiri’ berkenaan dengan kaedah urus wang.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan dan tiada urusan yang lebih penting, dialu-alukan bagi turut serta dalam perbincangan tersebut.

Jutaan terima kasih kepada Puan Fenda yang juga seorang pengacara hebat (selaku penerbit MHI pada 9 April 2009) yang telah menjemput SK untuk kali yang seterusnya sejak bicara pertama pada bulan Oktober 2008.

Apa pendapat Tuan / Puan berkenaan dengan tindakan ‘kita’ merompak diri sendiri, adakah ianya suatu budaya yang patut dipertahankan?

07 Apr 2009 Diari SK: SK Di Selamat Pagi Malaysia Ahad ini

Jika diizinkan oleh Allah, SK (Shamsuddin Kadir) akan membicarakan topik SK (Salam Kosong) pada 12 April 2009 bersamaan hari ahad.

Waktu siaran sekitar jam 7.30 – 8.30 pagi. Terima kasih kepada Kak Su penerbit Selamat Pagi Malaysia untuk siaran pada 12 April yang telah mengundang SK bagi membicarakan topik ‘Salam Kosong’ yang memainkan peranan besar dalam kehidupan harian kita.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan dan tidak ada urusan yang lebih penting, dialu-alukan untuk turut serta menontonnya dan memberikan buahan fikiran yang lebih bernas untuk kebaikan kita bersama.

Sebelum itu, apa yang Tuan dan Puan fikirkan tentang Salam Kosong ? Adakah ianya adat yang patut dipupuskan?

31 Mar 2009 Diari SK: Sehari Di Angkasapuri (RTM)

Alhamdulilah pada hari Isnin 30 Mac 2009 saya berada di Angkasapuri bagi menghadiri rakaman rancangan Respons. Dua rakaman yang telah berjaya dibuat adalah bertajuk ‘Letak Di Situ’ dan ‘Keliling Pingang’ yang berkaitan dengan adab-adab ‘kewangan’ masuk ke pasaraya dan Tanda-tanda orang yang berhutang. Ini adalah jemputan kali kedua oleh Puan Norziha yang cukup peramah dan rendah diri. Pihak Puan Norziha juga mengambil gambar sewaktu rakaman bagi mengiklankan di suratkhabar tentang program Respons yang belum diketahui secara meluas oleh umum.

Selepas tamat lebih kurang pukul 2 petang, saya ke Wisma TV bagi berjumpa dengan Kak Mis, Kak Su dan Kak Shima, yang masing-masing sentiasa menyokong dan memberikan semangat yang terlampau tinggi. Mereka adalah individu-individu yang cukup baik hati, baik sangka dan peramah. Saya mengenali mereka sewaktu menjadi tetamu jemputan di Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada bulan Januari yang lalu.

Insyaa-Allah jika tiada aral melintang saya berkemungkinan besar akan menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia untuk kali kedua pada 11 April ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Saya pulang ke Shah Alam pada pukul 5 petang dan datang kembali ke Angkasapuri pada pukul 8.00 malam bagi mengikuti rakaman secara langsung isu khas berkenaan pilihanraya kecil. Tuan Sayed Munawar menjadi pengacara yang dihadiri oleh 3 orang tetamu jemputan. Saya berada di sana bagi melihat bagaimana tugas seorang pengacara menjayakannya.

Tepat pukul 11 pagi saya bergerak keluar dari Angkasapuri. Insyaa-Allah saya akan datang lagi.

12 Feb 2009 Mengurus Perbelanjaan Di TV3
 |  Category: SK dalam Media |  Leave a Comment

Pada pukul 5.30 pagi tadi, siaran ulangan Motivasi Pagi bertajuk ‘Mengurus Perbelanjaan’ di TV3. Ianya membicarakan panjang lebar tentang menyenarai semua perbelanjaan yang kita tangung pada setiap bulan.

Konsep mengurus belanja mengunakan sistem sampul surat seperti yang dinyatakan di dalam buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

29 Dec 2008 Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3
 |  Category: SK dalam Media |  3 Comments

hebahan200812.jpg

Bicara Azam Kewangan pada Selasa 30 Disember 2008 di Malaysia Hari Ini, TV3. Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan pada pagi 30 Disember ini boleh mengikuti bicara tersebut.

Setiap kali menjelang tahun baru, perkara yang tidak dapat ditinggalkan adalah ‘Apakah azam kita pada tahun baru nanti?’ Cuma pada kali ini, kita membicara satu dari cabang azam yang ada iaitu ‘Azam Kewangan 2009’.

Jika diizinkan oleh Tuhan, kali ini kita dapat memperincikan keazaman kita dan memfokus pada ‘kewangan’ yang menjadi sebab paling utama 90 peratus individu yang bekerja.

Semoga bicara ini memberikan manfaat yang terbaik kepada kita semua dalam menikmati hasil yang terbaik dalam mencapai impian kewangan di 2009 nanti.