Archive for the Category ◊ Uncategorized ◊

21 Jan 2008 Masa semakin terhad
 |  Category: Uncategorized |  Leave a Comment

Alhamdulilah, rezeki datang mencurah-curah apabila kita berusaha dalam membantu insan lain. Saya baru  mendapat sms dari Tuan Zamri Mohamad penulis buku ‘Buat Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas”.

Bertepatan dengan kemahirannya, beliau menawarkan saya bagi mengisi slot artikel kewangan pada setiap bulan bagi tujuan yang sama iaitu memandaikan ummah. Insyaa-Allah saya akan menyiapkan artikel yang dikehendaki sebelum hujung bulan ini.

Walaupun masa 24 jam yang saya ada pada setiap hari semakin penuh berisi dengan aktiviti, saya masih peruntukan masa untuk bersama keluarga tercinta. Saya gembira mempunyai jadual aktiviti yang bermanfaat kerana ia di antara pesanan nabi Muhammad (s.a.w) kepada Abu Hurairah r.a bahawa jangan tinggalkan majlis ilmu.

Kepada Tuan Zamri, terima kasih kerana sentiasa mengkhabarkan saya dengan berita baik. Tuan Zamri adalah penulis bersama saya bagi sebuah buku kewangan dan komunikasi untuk pengantin baru.

13 Jan 2007 Secara langsung di Radio 24

Siaran langsung ini dapat didengari di seluruh lembah kelang melalui frekuensi 93.9. Bagi yang tinggal di kawasan di luar Lembah Kelang, anda boleh melayari www.radio24.com.my untuk mendengarnya.

Program bicara bijak bersama dengan Tuan Sayed Munawar berjalan lancar. Program yang bermula pada 9.30 itu bermula dengan pertanyaan isu semasa iaitu bilangan individu yang menjadi muflis akibat kad kredit meningkat. Ramai pengguna kini menangung pelbagai jenis hutang gara-gara memiliki kad kredit. Ini berlaku apabila rata-rata penguna kad kredit tidak dapat mengawal tabiat berbelanja, yang secara tiba-tiba melampaui batasan kemampuan. Banyak isu berkaitan dengan pinjaman rumah, kereta yang di ambil sesuka hati menambah bebanan kepada pengguna. Ramai yang meletakkan kepada bank untuk membuat keputusan jumlah maksimun pinjaman yang mereka boleh ambil.

Perbicaraan diteruskan berkenaan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang, dan buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’. 

Pihak penerbit PTS menawarkan 4 hadiah utama bagi 4 pemanggil yang bertuah. Tahniah kepada En. Lee yang menjadi pemanggil pertama dan yang turut memenangi hadiah. Tahniah juga kepada tiga lagi pemanggil yang berjaya menjawab soalan Tuan Sayed Munawar dengan tepat. Program bicara ini berakhir pada pukul 11 malam.