KEMBARA BISNES CHINA (KBC)

 

[KLIK UNTUK PRE-REGISTRATION!] 

[KLIK UNTUK PRE-REGISTRATION!]

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w

Kembara Bisnes China bersama Shamsuddin Kadir diadakan bagi memberi pendedahan peluang dan ruang bisnes yang ada di Guangzhou ketika ini kepada tuan dan cik puan yang ini meneroka, mengembangkan minda, membuat ikhtiar demi menguasai ilmu dan bisnes.

Jika dahulu, kita melihat apa sahaja produk kebanyakannya di belakangnya tertera Made In America, Selepas itu kita melalui zaman produk eletrionik, eletrik yang tertera Made in Japan, Sekarang, banyak barangan yang kita guna apabila di lihat di belakangnya tertera Made in China.

Kenapa Guangzhou juga antara Sebab Shamsuddin Kadir ini membawa tuan dan cik puan menziarahi makam sahabat Nabi yang dikasih iaitu Saad Bin Abi Waqqas. Beliau dikatakan antara orang yang ketiga / keempat yang memeluk Islam pada usia 17 tahun.

Kembara ini adalah serampang 3 mata, selain dari menziarahi sahabat Nabi dan meningkatkan syiar dakwah Islam di China, bahkan kita juga dapat mempelopori ruang bisnes produk dari China dan Juga menjadikan kita rakyat Malaysia yang lebih berpendidikan dan berpengalaman di luar negara dalam hal strategi, budaya bisnes orang China.

Pengisian program di Guangzhou adalah lebih kurang 5 hari 4 Malam.

Bertolak pada hari Rabu pulang pada hari Ahad, tiba di Malaysia pada hari Isnin sekitar 2 pagi, Insyaa Allah.

3 Pakej yang ditawarkan

1. Kembara Bisnes Guangzhou – Survival Mode

2. Kembara Bisnes Guangzhou – Korporat

3. Kembara Bisnes Guangzhou – Pelajar

PAKEJ :

Survival Mode mengajar dan melatih para peserta untuk berdikari menggunakan MRT (Perkhidmatan awam) supaya boleh berdikari untuk trip bisnes yang seterusnya.

Pelajar adalah bagi ibu bapa yang ada anak terutamanya yang berusia 17 tahun ke atas yang mereka ingin berikan pendedahan pendidikan secara langsung kepada anak-anak ini. Supaya minda menjadi lebih terbuka sementara menunggu tawaran ke Universiti ataupun untuk pelajar Universiti.

Bagi pelajar yang berusia antara 7 – 12 tawaran harga istemewa disediakan dengan syarat pelajar itu ditemani oleh ibu / bapa ataupun ibu bapanya.

Pakej Korporat adalah untuk trip yang para pesertanya dari organisasi korporat berkenaan, sama ada lawatan sambil belajar, pakej Kursus Persaraan Intensif untuk staf Korporat. Kami boleh sesuaikan dengan bajet ataupun kemampuan sesebuah organisasi korporat itu.

Bersama Shamsuddin Kadir

Untuk tip Bisnes, Kewangan dan ziarah Sahabat Nabi di Guangzhou

Pakej Unik, Menarik bagi memenuhi keperluan tuan dan cik puan Insyaa Allah.

[KLIK UNTUK PRE-REGISTRATION!]

[KLIK UNTUK PRE-REGISTRATION!]