Duit Yang Kita Perolehi Ketika Di Dunia

Saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah berikan, kita menggunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan hidup di dunia seperti lauk pauk, rumah, kenderaan, pakaian dan buku.

Sebahagian lagi duit kita gunakan bagi membeli pahala bagi memastikan kehidupan kita yang kekal abadi di Akhirat sempurna dengan keperluan hidup di sana. Pahala adalah limpahan ‘matawang’ yang hanya perlu bekerja sekali sahaja bagi mendapatkannya tetapi dapat menikmatinya sehingga selama-lamanya, kerana akhirat tiada penghujungnya. Allah memberi kita nikmat untuk terus menikmati kehidupan seperti mana Allah yang kekal Tuhan dan tidak ada penghujung bagiNYa.

Bukannya seperti Ayam, dan haiwan lain, yang hanya hidup sementara di bumi ini, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam dunia.

Alhamdulilah, kita meneruskan kehidupan yang penuh kesederhanaan dengan membiayai ataupun membeli barangan keperluan dan mengagihkan duit lain itu bagi menambahkan peluang kita menikmati hidup yang terlebih seronok di saat kita bertemu dengan Allah nanti.

Setiap hari kita melihat keindahan, sama ada pada rupa manusia, ataupun keindahan semulajadi seperti pokok, bunga, ataupun keindahan  bangunan-bangunan, komputer yang terlebih canggih, handphone, sofa, rumah banglo yang seperti hidup di dunia khayalan. Jika semua ini hasil dari ciptaan Allah, sudah pasti yang Pencipta itu lebih cantik dari apa yang diciptakannya. Kenikmatan bermain salji, kesejukan di tanah tinggi, kecantikan air laut dan pemandangan. Semua ini hanya 1/99 dari kenikmatan yang Allah berikan kepada penduduk dunia sejak dari Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat. 98/99 lagi menanti para penghuni syurga.

Inilah ganjaran kepada kita yang terus menerus mengekalkan kita dengan pinjaman ataupun pembiayaan Islamik sahaja, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah sedang memerhati kita dan sedang merahmati kita di atas tindakan kita yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk kekal melakukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menyokong produk-produk masyarakat Muslim.

Kepada sepupu kita yang sudah terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah, mereka menyaksikan bahawa segala kata-kata Allah dalam AlQuran itu benar-benar dikotakan oleh Allah.

Kata Saidina Ali kepada dunia “Wahai dunia, engkau boleh tipu orang lain, tetapi engkau tidak boleh tipu aku”

Kata Nabi “Nilai dunia dan seisinya samalah dengan seekor bangkai anak kambing yang cacat yang dibuang oleh tuannya.”

Teruskan usaha kita bagi ‘membeli pahala’ untuk kehidupan yang kekal bahagia dan abadi di negeri yang Abadi, dengan rahmat Allah.

Caj Pentadbiran Bagi Pertanyaan Yang Dikemukakan

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua tetamu di www.ShamsuddinKadir.com

Didoakan tuan dan cik puan semua dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Mulai hari ini, 17 Juni 2011, setiap pertanyaan tuan dan cik puan yang ingin mendapat pandangan Tuan Shamsuddin Kadir, akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak RM 10. Ini bagi menangung kos pentadbiran dan staf yang menguruskan halaman ini. RM 10 dikenakan bagi setiap soalan yang diajukan. Jika tiga soalan yang diajukan adalah 3, maka bayarannya adalah RM 30, tetapi, tuan dan cik puan boleh menanyakan 2 soalan tambahan secara percuma.

Di atas jadual Tuan Shamsuddin Kadir yang sangat padat, tetapi tidak mahu mengecewakan para tetamu, kami sudah mengambil seorang staf bagi menguruskan hal-hal berkenaan pertanyaan dan konsultan bersama Tuan Shamsuddin Kadir.

Caj ini juga dikenakan bagi memastikan pihak  www.Shamsuddinkadir.com dapat menjawab setiap pertanyaan yang dihantar. Emelkan pertanyaan ke Info@sk.my, maksukkan juga bukti pembayaran.

Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106-200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, emelkan bukti pembayaran ke info@sk.my, pastikan nama, nombor telefon dan nombor akaun bank juga diberikan, bagi pemulangan duit untuk soalan yang tidak dapat dijawab oleh Tuan Shamsuddin Kadir.  Caj RM 2 (biasanya yang dikenakan oleh bank) akan dikenakan sewaktu pembayaran balik.

Semua jawapan akan dipaparkan di halaman ini, maklumat penghantar ditukar dengan nama lain. Ini bagi memastikan nama penghantar dirahsiakan. Kita juga mendapat pahala apabila individu lain mendapat pahala di atas pertanyaan kita itu.

Pentadbir www.ShamsuddinKadir.com

Nor’Ain Mohd Nor

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Kaya?

Assalamualaikum,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan Saudariku yang disayangi Nabi,

Saya selalu mendapat pertanyaan “Bagaimana saya boleh menjadi kaya?”. Ayat pertama yang Allah berikan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w adalah IQRA yang bermaksud BACA.

Saya tafsirkan perkataan baca itu mengikut apa yang saya faham kepada cari ilmu dengan bertanya. Kita tidak akan tahu apa yang kita tidak tahu, selagi kita tidak mahu membaca ataupun bertanya. Macam mana kita hendak bertanya, jika kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Cara bertanya adalah “Tuan/Cik Puan mohon ajar saya, apa yang saya perlu tahu dalam hidup ini?” Itu antara perkataan yang saya gunakan selama ini.

Sekurang-kurangnya lantik seorang sifu berlainan setiap bulan, dan baca buku sebanyak-banyaknya, terutama waktu malam untuk pasangan yang sudah berkeluarga. Menghadiri kursus-kursus pendek dan panjang.

Kami juga menyediakan ruang kepada tuan dan puan yang ingin mendapatkan ilmu di Dewan Ainon Mohd.

Melalui pembacaan buku, dan mempunyai sifu yang ramai, membantu kita memperolehi apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita sebagai cucu cicit Nabi Adam yang terpaksa hidup di dunia alien sebelum kita pulang semula ke tempat asal usul kita iaitu di Syurga.

Shamsuddin Kadir

Kursus Terkini Anjuran SK Di Dewan Ainon Mohd

Assalamualaikum,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan saudariku yang disayangi Nabi,

Didoakan Allah sentiasa merahmati kita semua dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Untuk makluman tuan dan cik puan, 2 bengkel @ kursus akan di adakan pada bulan Julai 2011 di Dewan Ainon Mohd yang terletak di No. 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Iaitu bagi memenuhi emel dan pangilan telefon para pelawat www.shamsuddinkadir.com dan juga pembaca buku. Kursus yang akan dianjurkan pada hujung minggu bulan Julai nanti adalah :

1. Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan (1Hari) Yuran RM 188 Terhad untuk 15 orang sahaja. 2 Julai 2011 (SABTU)

Kursus ini bagi meningkatkan kemahiran individu yang selama ini belum mempunyai kemahiran bisnes yang sebenar. Iaitu kemahiran yang hanya ada pada individu yang sudah berketurunan berniaga ataupun, formula bisnes yang hanya dipakai oleh orang yang dari keluarga bisnes sahaja. Banyak kemahiran ataupun informasi yang digunakan oleh orang yang makan gaji, sebenarnya menggunakan kaedah yang orang bisnes tidak akan gunakan apabila mereka membuat bisnes. Contohnya, fahaman tentang modal berbeza dengan orang yang mempunyai mentaliti makan gaji dengan orang yang bisnes sejak berabad ataupun berkurun.

2. Kursus Buat Duit Dengan Rumah (1 Hari) Yuran RM 188 Terhad untuk 15 orang sahaja. 9 Julai 2011 (SABTU)

Kursus ini untuk individu, menghasilkan duit secara mudah dan ‘PERCUMA’ melalui pemilikan rumah. Peserta ditunjukkan tip bagaimana kita sebenarnya membeli rumah dengan diskaun sehingga 90%. Tip ini adalah hasil dari pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri. Kursus kali ini, trainer iaitu Shamsuddin Kadir akan berkongsikan tip tambahan iaitu membuat duit lebihan berkali ganda melalui skim Homestay.

Tarikh akan diberitahu dalam masa terdekat. Emelkan ke info@sk.my ataupun hubungi 03 4142 5300 untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut. Hubungi waktu pejabat sahaja, iaitu 9 pagi - 4 petang, Isnin sehingga Khamis sahaja.

Untuk mengetahui status terkini berkenaan kursus yang dianjurkan oleh Shamsuddin Kadir ataupun oleh para trainer lain di Dewan Ainon Mohd, mohon tuan dan puan klik like pada facebook Dewan Ainon Mohd.

Pembayaran sebelum ataupun pada 30 Jun 2011 adalah RM 155. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank atas nama Shamsuddin Abdul Kadir MBB 562106200279.  Ataupun Ultra Mind Resources Bank Islam No. 1203 8010080830.

Daftar segera supaya tempat Tuan,Puan tidak diambil oleh peserta lain. Bayaran yuran diperlukan bagi mengesahkan tempat.

Berfikir Seperti Bos

Assalamualaikum wbt,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan saudariku yang disayangi Nabi,

Kepada sepupuku yang ketika ini bekerja dengan majikan sama ada swasta ataupun kerajaan,

Terdapat dua cara berfikir utama dalam dunia pekerjaan, iaitu berfikir seperti pekerja dan berfikir seperti bos.

Apabila kita berfikir seperti pekerja, kesannya kita lebih memandang apa yang organisasi ataupun majikan kita dapat berikan kepada kita. Antara tindakan yang kita lakukan adalah seperti berikut :

  • Bekerja apabila ada gaji
  • Buat kerja mengikut arahan bos
  • Menunggu arahan
  • Memikirkan keperluan diri sendiri
  • Memikirkan apa yang majikan dapat berikan
  • Bekerja mengikut waktu pejabat
  • Memohon maaf apabila melakukan kesilapan
  • Hanya buat kerja apa yang disuruh oleh majikan
  • Buat kerja dalam bidang tugasan sahaja
  • Tidak kisah berkenaan keperluan staf lain yang kita tidak kenal dalam organisasi
  • Memerlukan pujian
  • dan lain-lain
Apabila kita berfikir seperti majikan ataupun bos, kita lebih memikirkan apa yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi.
  • Bekerja walaupun tidak dapat gaji
  • Tidak menunggu arahan
  • Lebih memikirkan keperluan organisasi dan staf lain
  • Memikirkan apa kita dapat disumbangkan kepada organisasi
  • Banyak buat kerja yang akan disuruh oleh bos dan juga kerja yang tidak akan disuruh oleh bos
  • Buat kerja dalam semua bidang tugasan yang dapat memanfaatkan organisasi ataupun staf lain
  • Tidak memerlukan pujian, sebaliknya sibuk memberi pujian kepada staf yang layak
  • Buat kerja sebelum arahan dikeluarkan, iaitu kerja siap sebelum arahan diberikan.
Informasi di atas ada dibicarakan dalam buku Makan Gaji Tetapi Kaya, tulisan Shamsuddin Kadir.
Apabila kita berfikir seperti kerja kita membuat kerja sama ataupun kurang dari gaji yang kita terima, apabila kita berfikir seperti bos, kita membuat kerja lebih dari gaji yang kita terima. Di mana kita membuatnya kerana Ehsan.
‘Kereta tanpa brek, masuk ke gaung, manusia tanpa ehsan masuk ke neraka’
Modul di atas, adalah modul teras  untuk kursus Menanda Aras Eksekutif/Pegawai/Warga Kerja  Super - SK TRAINING ACADEMY SDN BHD
Didoakan kita semua mendapat rahmat Allah, supaya perjalanan pulang ke Syurga dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Maafkan saya,
Shamsuddin Kadir
29 Mei 2011
Ampang, Selangor

Satu Bulan Dua Buah Buku

Assalamualaikum sepupu yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Pertama-tamanya tahniah di atas tindakan yang dilakukan oleh tuan dan puan yang membaca 2 buah buku ataupun lebih setiap bulan.

Pembacaan buku yang sangat menarik, ditulis oleh Tuan Abdullah Al-Qari, beliau pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w, sewaktu beliau berusia 15 tahun, kini beliau berumur lebih dari 75 tahun. Yang menariknya beliau menjadi penerbit sewaktu beliau berusia 16 tahun iaitu sebelum kita MERDEKA.

Sewaktu menghadiri bicara beliau di Seminar Pencinta Ilmu di Institut Terjemahan Negara Malaysia tahun 2010, banyak memberi impak ke dalam sanubari Shamsuddin Kadir.

Membaca buku-buku tulisan manusia yang hatinya diakhirat, membuatkan hati-hati kita terus hidup.

Mohon maaf juga di atas halaman blog ini yang sudah jarang dapat dikemaskini. Walau bagaimana bilangan artikel yang ada di halaman ini sudah melebihi 1,000 dalam pelbagai isu.

Shamsuddin Kadir juga dapat dihubungi melalui facebook beliau iaitu Shamsuddin Kadir dan melalui laman rasmi syarikat training www.sk.my

Terima Surat Mahkamah Apa Saya Perlu Buat?

Assalamulaikum,

Saya ingin pandangan dari saudara Sham, saya telah mendapat surat ke mahkamah atas perkara hutang rumah yang tertunggak.

1. Apa perlu saya buat.
2. Bagaimana kalau saya biarkan sahaja surat mahkamah itu? Apa akan terjadi.
3. Boleh tak saya terus pergi ke bank bayar sedikit dan lupakan pasal surat ke mahkamah itu?

Harap saudara  Sham dapat beri sedikt tips. Saya dalam keadaan risau amat sangat.

Terima Kasih

————————-

Waalaikummusalam saudara,

Didoakan saudara sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Saudara yang dihormati, apabila saudara sudah terima surat mahkamah, kita perlu terus membayar ansuran yang tertunggak itu walaupun tidak boleh bayar semuanya. Bayar sebanyak yang boleh, keluarkan semua simpanan dalam bank, tabung haji, bawah tilam dan lain-lain perlaburan. Pastikan jumlah ansuran tertunggak itu tidak lebih dari 2 bulan ataupun untuk selamat, pastikan ansuran tertunggak kurang daripada jumlah ansuran untuk sebulan.

Hubungi pihak penguam melalui surat menghadiri mahkamah, jika boleh fakskan semua pembayaran ansuran yang dibuat itu, mohon beliau untuk batalkan pembicaraan di mahkamah.

Jika tidak terdaya, hadiri bicara di mahkamah, dan mula membayarnya mengikut apa yang kita mampu, bincangkan dengan hakim, situasi yang kita sedang kita hadapi.

Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Hentikan perbelanjaan yang tidak perlu, seperti saluran tv berbayar, broadband jika kita tiada bisnes yang betul-betul lebih dari balik modal.

Shamsuddin Kadir

Diairi SK: Pesta Buku Antarabangsa 2011 PWTC 22 April - 1 Mei

Alhamdulilah, pesta buku antarabangsa kembali lagi tahun ini di Putra World Trade Centre, iaitu mulai 22 April sehingga 1 Mei 2011. Insyaa Allah saya akan berada di sana pada hari Sabtu ini. Kebanyakan masa saya akan habiskan di Booth PTS.

Insyaa Allah, inilah pertemuan antara sepupu-sepupu. Jika ada antara sepupu yang ada hal untuk bertemu, mohon hubungi Shamsuddin Kadir melalui talian hotline yang disediakan untuk hari Sabtu tersebut iaitu 03 4142 5300, talian ini akan disambungkan terus kepada beliau secara langsung, Insyaa Allah.

23 April adalah hari Sabtu. Shamsuddin Kadir berkemungkinan turun bersama ahli keluarga bagi memeriahkan majlis-majlis ilmu yang berlangsung sepanjang pesta ilmu itu.

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Bermula Hari Ini 9 April 2011

Dengan izin Allah SWT, Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Siri 1 2011 akan bermula jam 9 pagi nanti di Dewan Ainon Mohd, 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03 4142 5300.

Dewan ini terletak di tingkat atas Restoran Wafie, berdekatan dengan 7 Eleven, dan yang lebih dekat, adalah Restoran Bidayah yang terletak d belakang 7 Eleven.

Jika datang dari Ampang, pejabat terletak di ‘EXIT’ MRR2 sebelah kiri selepas Taman Permata (Taman Melawati)

Jika tidak jumpa hubungi 03 4142 5300. Semua peserta yang sudah membuat pembayaran, terus boleh hadir.

Tinggal 8 Hari Lagi :Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan

Dengan izin Allah SWT, Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan akan diadakan pada 9 April 2011.  Kursus ini sesuai bagi :

1. Individu yang ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan (bisnes)

2. Suri rumah yang ingin mencipta pendapatan melalui berbisnes

3. Usahawan yang ingin melengkapkan lagi diri dengan kemahiran berniaga

4. Bakal-bakal graduan yang tidak mahu berebut peluang pekerjaan

5. Yang ingin memulakan bisnes tanpa perlu berhutang

Kepada yang belum mendaftar, boleh mendaftar dengan menghantar nama dan nombor yang boleh dihubungi ke info@sk.my, tuliskan subjek Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan.

Perlaburan Kursus adalah RM 222. Makanan tidak disediakan.

Lokasi : Dewan Ainon Mohd, 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur,

Berdekatan dengan Taman Permata (Hulu Klang) dan Zoo Negara.

Adakah Caj Pinjaman Dikira Sebagai Riba?

Salam…

Saya tidak berapa faham.

Adakah ini sama dengan loan ASB yang kita buat. saya ada buat loan ASB melalui XYZ Bank (bukan nama bank sebenar).

Adakah caj ini dikira sebagai riba. Harap pihak tuan dapat memberi maklum balas melalui email jika tidak keberatan. Terima Kasih

—————————–

Waalaikummusalam,

Semoga Allah melimpahkan hidayahNya kepada saudara, supaya dengan limpah rahmatNya itu membantu kehidupan kita terjamin selamat di negara yang kita akan lalui dan tinggal kekal di sana dalam sedikit masa lagi nanti.

Mohon saudara membuat semakan dengan perjanjian pinjaman perlaburan ASB itu, jika ianya adalah berdasarkan sistem Islam, maka ianya bebas dari Riba dan dosa lain. Jika ianya sistem konvensional maka ianya sah RIBA.

Ayat Al-Baqarah yang bermaksud lebih kurang begini ” Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki RIBA jika kamu orang yang beriman, jika kamu tinggal, maka ambillah bahagian pokok kamu kembali, jika kamu engkar maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasul.

Nauzubillah…

Semak perjanjian, jika pinjaman itu atas landasan akaun islamik, Alhamdulilah selamat dunia dan akhirat.

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan 9 April 2011

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu yang dirahmati Allah lagi dikasihi Nabi,

Pada 9 April 2011 bersamaan hari Sabtu, pihak SK Training Academy Sdn Bhd akan menjayakan kursus 1 hari di Dewan Ainon Mohd bertempat 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Kursus ini membantu kita memulakan  pelbagai bisnes  yang kita inginkan dengan modal yang kecil iaitu kurang dari RM1,000. Ini bagi  memastikan duit kita tidak hangus.

Kursus ini memberikan kita kemahiran untuk menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200. Seorang usahawan perlu pandai menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200 sebelum kita dapat menukarkan duit RM 1000 Menjadi RM2000 dan sebagainya.

Kursus ini membantu kita supaya tidak terpengaruh dengan skim-skim ‘menipu’. Ianya juga membantu kita mempunyai ‘ilmu-ilmu bisnes yang betul’.

Kepada yang berminat, pembayaran adalah RM 199 sebelum 31 Mac 2011 dan RM 222 selepas tarikh tersebut. Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106 - 200279 atas Nama Shamsuddin Abdul Kadir ataupun Bank Islam 14247020003805 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Emelkan slip pembayaran ke info@sk.my ataupun faks ke 03 4142 7300

Layari www.SitiKhadijah.com bagi melihat kejayaan seorang peserta kursus ini yang terdahulu.

Buku Perancangan Kewangan Untuk Perkahwinan

Alhamdulilah, buku berkenaan perancangan perkahwinan untuk bakal pengantin, akan terbit pada bulan Julai ataupun selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2011. Editor PTS memaklumkannya beberapa hari yang lalu.

Sekalung rasa suku ke atas sepupu-sepupu yang mendoakan dan memberikan pandangan dan informasi bagi menjayakan buku tersebut. Insyaa Allah tuan dan puan juga yang akan mengeluarkan pahala yang dihantar secara online ke akaun simpanan Syurga di padang Mashyar nanti.

Kepada yang ingin merancang perkahwinan yang tidak membazir dan yang membuatkan kita dapat tersenyum selepas 3 bulan berkahwin, dipersilakan bagi membaca buku ini sebelum berkahwin ataupun sebelum jatuh cinta.

Pertanyaan Dari Sepupu: Status Wang KWSP Dan Hutang

Assalamualaikum Saudara SK,

Harapan semoga sihat dilindungi Allah s.w.t. hendaknya, InsyaAllah…

Saya akan mengeluarkan simpanan KWSP (pilihan skim pencen) dalam masa terdekat ini berjumlah rm25,000 tetapi bimbang tidak dapat memanfaatkan sebaik mungkin.

Buat masa ini saya mempunyai bebanan/hutang seperti berikut:

1. Kereta - rm 22,000 ( baki 5 tahun)

2. Pinjaman Peribadi 1 - rm 20,500 (baki 6 tahun 6 bulan)

3. Pinjaman Peribadi 2 - rm 8,500 (baki 7 tahun 3 bulan)

4. Hutang Adik Beradik - rm 5,000

Saya ingin meminta sedikit nasihat tuan apakah yang perlu saya dahulukan bagi mengurangkan pembayaran bulanan kepada bank di samping memulakan simpanan 6 bulan gaji untuk kecemasan.

terima kasih.

Ahmad Hussaini (bukan nama sebenar)

————————————

Waalaikummusalam Tuan Ahmad Hussaini,

Saya doakan tuan sentiasa dilimpahi dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Mengikut maklumat yang tuan sediakan di atas, tuan mempunyai dua barah kewangan. Kedua-duanya adalah pinjaman peribadi.

Pilihan yang ada adalah, membayar sepenuhnya pinjaman peribadi 1 yang berjumlah RM20,500 (mungkin dapat rebat ataupun diskaun apabila membuat pembayaran sepenuhnya. Keduanya bayar baki duit KWSP bagi menutup ataupun membayar hutang pinjaman peribadi 2.

Tabung kecemasan dimulakan sebaik kita menghapuskan barah kewangan dalam hidup kita.

Keperluan Mengikuti Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan 9 April 2011

Assalamualaikum dan salam ceria,

Kursus di atas disediakan bagi saudara dan saudari yang ingin melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi melangkah menjadi seorang usahawan berjaya, dengan usaha, iktiar dan izin Allah SWT.

Kursus ini terbuka untuk individu yang makan gaji sebelum ini dan ketika ini dan bercita-cita untuk menukarkan kerjaya hidup dari seorang pekerja, kepada seorang pengusaha. Ilmu yang dikongsikan dan kemahiran yang dipindahkan adalah bagi memastikan peserta dapat memasuki dunia bisnes tanpa memasuki dunia bisnes dengan tangan terbakar. Di mana duit yang ditangan hangus, kerana tersilap ataupun ketiadaan ilmu berniaga yang sebenar.

Memasuki bisnes dengan mengambil nasihat dari individu yang makan gaji, menjadi antara sebab utama, banyak yang gagal apabila menceburi dunia bisnes.

Antara ilmu yang menjadi penyebab gagalnya seseorang itu memulakan bisnes adalah :

1. Memasuki dunia bisnes dengan berhutang duit

2. Mengamalkan sistem persaingan, iaitu bersaing (ini bukan ajaran Islam, dan ianya yang menjadi penyebab utama bisnes lingkup walaupun selepas 10 tahun mengusahakannya)

3. Percaya modal besar untung besar

4. Percaya MLM dan direct selling adalah ‘bisnes’

5. Modal duit adalah perkara yang paling penting

dan lain-lain.

Cara orang makan gaji membuat bisnes dan orang bisnes menguruskan bisnes adalah berlainan. Antara yang membezakannya adalah :

1. Bahasa yang digunakan

2. Khidmat pelanggan yang ditawarkan

Kursus ini melengkapkan kita dengan kaedah orang bisnes memasuki dunia bisnes dengan selamat dan juga membebaskan usahawan dari ’sumpah usahawan’ iaitu tiga (3) tahun pertama. Iaitu 90% daripada individu yang memulakan bisnes, lingkup dalam masa 3 tahun pertama.

Sebelum datang kursus  ini, sebaiknya mulakan membaca buku-buku bisnes, sebanyak yang boleh, supaya kita datang dengan otak yang kosong. Ini bagi memastikan kita dapat bertanya banyak dan mempelajari perkara-perkara yang lebih penting berbanding perkara yang terlalu asas.

Buku-buku komunikasi juga perlu dikhatamkan, bagi memastikan saudara dan saudara mendapat hasil yang terbaik.

Sebelum datang kursus, baik juga jika doa di bawah terus diamalkan secara setiap kali kita mengingatinya, iaitu

“Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dengan kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka lagi maha tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Ya Allah perkenankanlah doaku ini (Amin).”

Mulakan ataupun teruskan amalan memberi sedekah secara konsisten, jika setiap hari boleh menderma lebih bagus.

Mulakan juga melakukan solat sunat Dhuha, bagi saudara dan saudari yang belum melakukan secara serius. Sebaiknya setiap hari dilakukan. Waktu bagi melakukannya adalah antara jam 8.30 sehingga jam 12.00 tengahari untuk lebih selamat. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat, kerana Allah…”

Selepas habis sembahyang baca doa di bawah

“Ya Allah jika rezekiku dilangit, turunkanlah ia, jika rezeki ku di perut bumi, keluarkanlah ia, jika rezekiku sedikit, perbanyakkanlah ia, jika rezekiku banyak, berkatilah ia, jika rezekiku haram, sucikanlah ia, berkat dengan waktu DhuhaMu ini, perkenankanlah doaku ini (Amin).”

19 tempat untuk 19 peserta disediakan. Kepada yang ingin mendaftar dipersilakan mengemelkan nama, nombor telefon dan daerah ke info@sk.my

Pengesahan pendaftaran hanya dibuat untuk 19 peserta terawal yang membuat pembayaran. Bagi mengelakkan membayar lebih, dapatkan penjimatan sebanyak RM 45.