Kursus Di Institut Latihan Kemahiran MARA 22-23 Feb 2011

Dengan izin Allah, Tim SK Training Academy Sdn Bhd diberi kepercayaan oleh ILKM bagi menjayakan kursus untuk warga kerja MARA di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kursus bermula pada 22- 23 Februari 2011.

Kepada tuan dan puan yang sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan Shamsuddin Kadir, mohon bagi mendapatkan nombor hp beliau dengan menghubungi 03 4142 5300 (waktu pejabat 9 -4 petang).

Doa Yang Dibaca Ketika Program Di SMK Perempuan Kapar

Di atas ibu bapa yang menghantar sms dan telefon menanyakan berkenaan dengan doa yang dibaca oleh Shamsuddin Kadir sewaktu program Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Anak-Anak, bersama ini disertakan:

Doa pertama :

” Ya Allah ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, Ilham para Malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka dan lagi maha Tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Ya Allah perkenankanlah doa kami ini (Amin.)

Doa Kedua :

“Ya Allah, jika rezeki kami di langit, turunkanlah ia, jika rezeki kami di bumi, keluarkanlah ia, jika rezeki kami sedikit, perbanyakkanlah, jika rezeki kami banyak, berkatilah, jika rezeki kami haram, sucikanlah, berkat dengan waktu Dhuha Mu ini ya Allah, perkenankan doa kami ini. Amin.

Doa Ketiga:

“Ya Allah biarkanlah kami nampak diri kami kecil sahaja, tetapi orang lain nampak kami besar”

Ketiga-tiga doa ini antara doa yang membantu kita bagi mengawal apa yang kita tidak boleh kawal.

Shamsudidn Kadir

Kuala Lumpur

Program Bersama Ibu bapa SMK Perempuan Kapar

Dengan izin Allah SWT, program keibubapaan yang bertajuk ‘Ibubapa Lakaran Masa Depan Anak’ telah dijayakan di atas jemputan Pengetua sekolah dan PIBG melalui Cik Puan Saleza selaku Kaunselor di sekolah berkenaan.

Program bermula jam 8.50 pagi dan berakhir secara rasminya pada 10.45 pagi tadi.

Dari maklum balas ibubapa yang diterima sangat memuaskan, Insyaa Allah kami cuba bagi memenuhi keperluan para ibubapa yang mahu masa di tambah di masa depan. Ya banyak lagi isu yang ingin dibicara tidak dapat dihuraikan kerana kesuntukan masa.

Alhamdulilah buku-buku ‘parenting’ juga laku keras, ini menunjukkan para ibubapa SMK Perempuan Kapar, merupakan individu yang sentiasa mendampingi buku. Tahniah dan Syabas.

Sedih kerana tidak sempat untuk berbicara secara peribadi dengan para ibubapa yang hebat. Semoga Allah memberikan peluang untuk kita berjumpa lagi.

Bagi sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ataupun NGO yang ingin menjemput kami bagi menjayakan program di tempat mereka, mohon hubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

Penulis Bersama Dengan Shamsuddin Kadir

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu-sepupu yang dirindu oleh Allah dan disayangi Nabi,

Kami mengucapkan rasa suka di atas emel-emel yang dihantar ke shamsuddin@sk.my bagi menjadi penulis bersama. Kami sememangnya mencari individu iaitu sepupu yang berminat bagi menulis perkataan-perkataan dengan harapan ianya menjadi perkara yang membuatkan kita tersenyum di padang Masyhar nanti.

Kami ada mengadakan bengkel bagi penulisan bersama. Kepada yang berminat untuk menulis secara bersama sama ada bersama Shamsuddin kadir ataun dengan Hani Sofea (Penulis bersama Shamsuddin Kadir ketika ini), mohon diemelkan biodata ringkas ke shamsuddin@sk.my

Tidak perlu mendapat keputusan Bahasa Melayu cemerlang di peringkat SPM bagi menyertainya. Walaupun tidak kredit dalam keputusan bahasa Melayu juga dialu-alukan.

Syarat bagi menulis bersama adalah, mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ilmu ghaib seperti kewujudan Allah SWT. Keyakinan kita dibalas untuk setiap patah perkataan yang kita tulis dan sebut bermula di saat kita sudah dibebani dengan tanggungjawab iaitu agama ketika kita Baligh.

Insyaa Allah buku yang kita tulis secara bersama itu nanti, menjadi sumber matawang pahala yang dihantar ke akhirat secara online setiap saat orang membaca dan memanfaatkan ilmu yang ada dalam buku itu. Insyaa Allah pahala-pahala itu membantu kita membiayai penghidupan yang serba mewah yang terlampau di Syurga Firdaus. Amin. Kerana di Syurga tiada perkataan bajet lagi, kerana semua kenikmatan yang Allah berikan tiada sempadan, seperti mana Syurga yang diduduki oleh Nabi Adam dahulu ada sempadan, iaitu tidak boleh memakan buah terlarang.

Manuskrip Cashflow Untuk Pengantin Siap

Alhamdulilah, segala rasa syukur kepada Allah SWT, kerana memperkenankan manuskrip Cashflow untuk Pengantin dapat disiapkan dan dihantar kepada editor pada 31 Januari - 1 Februari 2011 yang lalu. Segala rasa suka juga dikalungkan kepada sepupu-sepupu yang mendoakan dan memberi pandangan sejak 3 tahun yang lalu.

Panduan perkahwinan berkenaan dengan hal-hal kewangan yang perlu dan tidak perlu.

Insyaa Allah tajuk baru untuk buku itu juga telah dicadangkan kepada pihak penerbit bermula dengan Rancang ….. Dengan izin Allah, kami akan memaklumkan di sini apabila ianya sudah diterbitkan.

Sekali lagi, doa Tuan dan Puan semua sentiasa dihargai dan kami doakan semoga sepupu semua dilimpahi dengan pahala di atas sumbangan dan doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT. Amin.

Shamsuddin Kadir

Perjuangan Hidup Di Dunia Yang Sedang Kiamat

Assalamualaikum dan salam ceria untuk sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangin Nabi,

Semoga Allah melimpahkan nikmat kesejahteraan di dunia ini dan dunia yang kekal abadi iaitu Akhirat. Kita di hantar di dunia adalah untuk sementara waktu, iaitu mencari pahala bagi membiayai kehidupan akhirat.  Allah memutuskan satu-satunya matawang yang diterima di Alam Barzakh dan Akhirat adalah pahala yang dibuat sewaktu melalui hidup selagi mana kita dapat baca peringatan ini dan sebelum datangnya sejenis binatang yang akan mengantikan orang alim. Ketika itu amalan kita sudah tidak berguna lagi.

Banyak emel yang diterima dari sepupu-sepupu yang bertanyakan isu berkenaan pinjaman peribadi untuk bantuk adik berkahwin dan juga membeli hartanah sebelum ke luar negara.

Pinjaman peribadi ‘dilarang sama sekali’ oleh www.ShamsuddinKadir.com untuk semua keperluan kehidupan kecuali kita ambil bagi membebaskan ahli keluarga kita dari ‘Ah Long’. Selain daripada itu www.Shamsuddinkadir.com hanya menyokong dalam kes-kes tertentu sahaja. Kerana Pinjaman Peribadi sekarang menjadi barah kewangan yang no. 1. Berkongsi tempat dengan hutang kad kredit.

Insyaa Allah di atas entri-entri ataupun artikel yang berada di dalam buku-buku yang ditulis oleh Shamsuddin Kadir (Hamba Allah) dan juga hamba-hamba Allah lain, dapat memberikan kita pengertian sebenar dalam menguruskan kewangan yang halal dan yang mendapat pahala.

Dalam blog ini sahaja ada lebih dari 500 entri, sepupu-sepupu yang dikasihi Allah lagi disayangi nabi, boleh membacanya dan blog ini.

Nabi pernah memaklumkan berkenaan dengan nilai dunia ini jika hendak dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Nilainya umpama :

1. Nilai dunia sama dengan seekor bangkai kambing yang dibuang oleh pemilik kambing tersebut.

2. Apabila kita mencelup satu jari kita ke dalam laut, air yang masih terlekat di jari kita itu selepas dikeluarkan, itulah nilai dunia, manakala air lautan itu adalah akhirat.

3. Jika nilai dunia ini sebesar sebelah kepak @ sayap nyamuk, nescaya Allah haramkan orang kafir dari minum air yang ada dalam dunia ini.

Menilai bertapa murahnya nilai dunia ini, membuatkan kita bertambah fokus untuk menukarkan setiap perbuatan, usaha, bahasa yang dituturkan sebagai amalan yang Allah gantikan dengan pahala.

Dari sepupu

Shamsuddin Kadir

Kuala Lumpur

6 Februari 2011

Apakah Perancangan Kita di Tahun 2011?

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua sepupu yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi oleh nabi,

Tahun 2011 sudah menjelma, ada yang sudah membuat persiapan dan perancangan untuk tahun 2011. Dengan matlamat yang ditulis ianya menjadi lebih cerah untuk kita mencapainya, kerana kita dapat mengingati apa yang kita inginkan dan setiap kali melihatnya, kita dapat berusaha bagi memastikan ianya berlaku.

Tahun 2011 ini juga mungkin menjadi tahun keramat untuk ahli keluarga kita di mana tarikh mati kita yang telah Allah tetapkan itu jatuh pada tahun ini. Ini juga memerlukan persiapan untuk kita meninggalkan dunia ini.

Apabila kita melihat keindahan dunia ini, termasuk rumah, kereta, aksesori kehidupan, bangunan-bangunan besar dan tempat-tempat menarik, timbul satu persoalan siapakah yang mencipta semua yang cantik-cantik ini? Jawapan yang timbul di hati kita adalah Allah. Jika hasil yang dicipta itu cantik-cantik, sudah pasti Tuhan yang menciptakan semua ini lebih cantik. Sehingga hari ini, kita belum berkesempatan melihat ke semua kecantikan, dan kita belum dapat nikmati semua kenikmatan, bagaimana pula dengan kecantikan yang Maha Kaya iaitu Allah dan juga bagaimana pula dengan nikmat yang Allah sediakan untuk kita di negara yang kekal abadi Akhirat?

Sudah pasti kita teringin mendirikan solat malam, kerana sayang takut waktu pagi cepat sampai, supaya masa untuk kita berdiri di atas tikar sejadah mengadap Tuhan yang Maha Cantik, Maha Penyayang dapat dipanjangkan.

Tahun 2011 ini juga adalah tahun kita meneruskan pengembaraan mencari yang hakiki. Menggunakan sedikit bekalan yang tidak kekal di dunia ini bagi meneruskan kehidupan mencari yang kekal Abadi.

Permainan seperti Playstation sudah pasti menjauhkan lagi anak-anak kita dengan ketagihan untuk mengadap Tuhan yang Maha Cantik dan Maha Indah itu.

Di sebut dalam pengajian agama, apabila malaikat maut datang mencabut roh kita, ketika roh itu sudah berada di leher, kita mohon kepada Allah supaya dipanjangkan umur, bukan untuk apa, tetapi untuk menghadiahkan semua harta kita walaupun satu sen untuk diberikan kepada orang fakir, miskin, yatim dan orang yang amat memerlukan bantuan.

Ini bererti apa yang kita cari dalam bentuk kebendaan, tidak lagi kita perlukan apabila nyawa kita sudah tiada.

Tahun 2011 tahun untuk kita merendahkan keperluan zahir (jasad) dan meningkatkan keperluan roh iaitu, keperluan berdiri di atas tikar sejadah sewaktu manusia lain sedang enak tidur.

Ya Allah permudahkanlah impian kami untuk bangun malam bagi menambahkan lagi taat setia kami dengan menyembahMu. Amin.

Pertanyaan: 1 Rumah, 2 Rumah ataupun Rumah Dan Bisnes

Salam Tuan SK,

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih, kami mendapat manfaat daripada buku tuan “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” dan sedang mempraktikkan sistem sampul, ianya membantu,,Alhamdulillah…

Saya ingin memohon pendapat tuan,

Saya dan suami ingin membina rumah di atas tanah sendiri(diberi ayah) dengan anggaran kos kurang 150 ribu(Pinjaman)… saya dan suami bekerja..berikut beberapa pilihan perancangan yg kami bincangkan;

1. Buat rumah dalam kos tersebut beserta termasuk perabot sekali(termasuk semua kos)

2. Buat rumah berkembar yang sederhana, satu kami duduki, satu lagi disewakan utk menampung kos pinjaman.

3. Buat rumah dalam kos 100k dan selebihnya 50k atau kurang dijadikan modal perniagaan sampingan bakeri kecil2an.

Menurut tuan mana satu yang paling sesuai atau tuan ada cadangan lain. Jika tuan dapat memberi pandangan ringkas pun saya amat hargai dan saya mendoakan tuan sekeluarga sentiasa dilimpahi Rahmat Allah S.W.T…Amin.

Salam.

——————————-

Apa pendapat Tuan dan Puan yang dimuliakan?

Pendaftaran Kursus Kewangan : Sistem Sampul Surat

Tarikh: Akan diberitahu kemudian. (Jangkaan pada hari sabtu ataupun ahad)

Tempat: SekolahBimbingan  Al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur ataupun di Learning Station, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Masa: 10 pagi - 1 petang

Yuran: RM 50

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP. emelkan ke info@sk.my.

Kursus ini adalah sesuai untuk setiap individu yang ada duit, yang dapat gaji ataupun yang perlu membelanjakan duit.


Pertanyaan Sepupu : Kereta Untuk Graduan Bekerja

Cik Puan Adawiah (bukan nama sebenar) menulis:

Salam

Saya seorang fresh grad, baru sebulan bekerja dan ingin membeli kereta bagi memudahkan pergi kerja.

Jadi, saya ingin mendapatkan nasihat daripada SK mengenai perbelanjaan yang patut saya lakukan.

Bagaimana saya dapat menggunakan khidmat runding beliau?

Boleh call atau ada emel saja?  Adakah perlu bayar sebarang fee?

—————————————————

Waalaikummusalam cik puan,

Saya doakan supaya cik puan sentiasa dilimpahi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Amin.

Bagi memulakan hidup yang ceria, gembira, bahagia dan bebas bebanan hutang yang tidak perlu, mulakan dengan membeli kereta terpakai, sebaiknya kereta yang sudah 4 ataupun 5 tahun sudah digunakan oleh orang lain. Cadangan kereta harga yang tidak lebih dari RM 40,000. Semakin rendah harga yang dibeli semakin bagus. Harga sekitar RM 25,000 adalah yang ideal.

Ambil pinjaman tidak lebih dari 5 tahun. Tidak perlu ditambar dengan aksesori yang tidak menjimatkan minyak ataupun yang tidak mengurangkan kos kita. Sebelum beli boleh buat solat hajat ataupun membaca doa seperti ini “Ya Allah aku tidak tahu apa-apa, maka bantulah aku”

Beli kereta baru  TIDAK DISOKONG, banyak risiko menanti kita, termasuk rugi harian yang teramat tinggi.

Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

Wallahualam

Shamsuddin Kadir

Sehingga hari ini, Shamsuddin Kadir masih memandu kereta yang sudah berusia lebih dari 10 tahun.

Konsultan boleh diperolehi sama ada melalui telefon ataupun datang ke pejabat, caj bayaran adalah di atas kemampuan dan keikhlasan cik puan. Mohon rujuk kepada artikel berkenaan dengan konsultan.

Pertanyaan Sepupu : ‘Service Apartment’

Cik Puan Alawiah (bukan nama sebenar) menulis:

Salam Tuan Shamsuddin. Semoga berada dalam keadaan yang baik. Saya ingin tanya pendapat Tuan berkenaan saya hendak membuat pilihan untuk membeli ataupun tidak rumah servis apartment di Shah Alam berharga RM247,000. Saya join nama dengan suami. Saya keliru hendak beli ataupun tidak dan saya dah bayar booking RM1,000.00. Saya tak tahu adakah keputusan membeli rumah itu  terbaik atau sebaliknya.  Ini adalah rumah pertama saya dan suami. Saya kena keluar wang KWSP saya dan suami untuk membeli rumah tersebut.

Saya keliru adakah patut saya membeli rumah tersebut sedangkan saya berminat untuk mengambil skim bajet 2011 rumah pertamaku.  Jadi saya ingin bertanya adakah patut ataupun tidak membeli rumah tersebut.

Mohon Tuan dapat membalas pertanyaan saya ini. Terima Kasih.

———————————————

Waalaikummusalam Cik Puan Alawiah,

Semoga Allah sentiasa melindungi cik puan dari bebanan hutang dan penindasan orang lain terhadap cik puan. Amin.

Isu berkenaan ’service Apartment’ kita sudah bicarakan di dalam buku, mohon cik puan rujuk buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah. Antara kelemahan Apartmen Berservis adalah perlaburan yang paling risiko, kerana kos penyelenggaraannya tinggi, tetapi harganya tidaklah meningkat seperti roket.

Dengan harga RM 247,000 kita dapat beli rumah di atas tanah, sama ada rumah setingkat ataupun 2 tingkat di Shah Alam.

Membeli rumah pertama menggunakan skim bajet 2011 juga bagus, tanpa menggunakan duit KWSP. Hendak guna KWSP pun juga bagus.  Jika cik puan sudah membaca kedua-dua buku tersebut, insyaa Allah cik puan bertambah jelas dengan pilihan.

Membeli rumah dengan nama berdua, tidak digalakkan, mohon rujuk sama ada kepada artikel dalam blog ini yang terdahulu ataupun dalam buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir.  Risikonya lebih banyak.

Lebih baik rugi duit booking RM 1,000 dari menangung bebanan di atas harga RM 247,000 itu.

Wallahualam, yang baik itu datang dari Pencipta, manakala yang buruk itu datang dari yang dicipta.

Shamsuddin Kadir

Pertanyaan : Pinjaman Perumahan

Assalamualaikum Tuan SK,

Cuma nak tanya berapa had kelayakan (dalam bentuk pinjaman rumah) dari bank, kalau dah ada 5 buah rumah TETAPI tetapi bayaran bulanan tidak gagal ada kemungkinan ditolak atau diterima? Umur sekarang  40 TAHUN.

Ahmad Fairus (bukan nama sebenar)

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Ahmad Fairus yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada Tuan pada setiap pagi dan petang hari.

Bank tidak menentukan kelayakan mengambil pinjaman berdasarkan bilangan rumah yang kita miliki. Mereka menetapkan jumlah ansuran rumah yang layak kita bayar adalah 1/3 dari pendapatan kita ataupun ada bank yang menetapkan 40% dari pendapatan kita.

Contohnya jika gaji kita RM 3,000, maka kita layak antara RM 1,000 - RM 1,200 sebulan. Apabila kita membeli sebuah rumah dengan ansuran RM 1,200, maka kita hanya layak sebuah rumah sahaja. Jika kita beli rumah dengan ansuran RM 600 sebulan, kita layak 2 buah rumah.

Persoalan umur memainkan peranan dengan tempoh pinjaman yang kita boleh ambil, ini bererti jumlah ansuran bulanan untuk sesebuah rumah kita tidak dapat rendahkan sangat, kerana tempoh pinjaman menjadi semakin terhad.

Tuan boleh membawa ke semua 4 - 5 rumah yang tuan sewakan kita kepada bank, dan tunjukkan bukti penerimaan sewa yang konsisten, pembayaran ansuran yang konsisten dan juga aliran cashflow yang positif di mana pendapatan dari sumber makan gaji ataupun perniagaan belum ataupun hanya terusik sedikit sahaja bagi membayar ansuran kelima-lima buah rumah tersebut.

Semoga Allah terus menerus melimpahkan hidayah dan nur kebahagiaan kepada tuan sekeluarga di atas usaha menyediakan perlindungan (rumah) untuk sepupu-sepupu diluar sana dengan menyewakan rumah kita itu. Amin

Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir di Alor Setar Centre Point 19 Disember 2010

Dengan izin Allah Pencipta dan pemilik sekelian alam,

Shamsuddin Kadir diundang bagi menjayakan Kedaibuku Popular Bookfair di Alor Setar Centre Point Pada 19 Disember 2010.

Tuan Shamsudin Kadir yang menulis buku-buku motivasi antaranya Makan Gaji Tetapi Kaya, Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Dapatkan maklumat berguna mengenai perancangan kewangan dan kehidupan daripada beliau di Popular Bookfair ini.

Tarikh: 19 Dec - 19 Dec 2010 (AHAD) • 4.00 - 4.45 petang
Tempat: POPULAR Bookfair, Concourse Area, Alor Setar Centre Point, Alor Setar, Kedah

Perkhidmatan Konsultan Bersama Shamsuddin Kadir

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Tuan dan Puan yang dimuliakan,

Di atas permintaan bagi mendapatkan khidmat rundingan secara perseorangan, pihak www.ShamsuddinKadir.com akan membuka ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat konsultan dengan Shamsuddin Kadir.

Ianya akan bermula pada 21 Disember 2010. Emelkan nama, nombor telefon serta tarikh dan masa yang dikehendaki hantarkan ke info@sk.my. Nyatakan juga berapa jam yang kita ingin jumpa. (Maksimum 2 jam sahaja untuk setiap khidmat konsultan).

Kami memberi ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat rundingan bagi mencadangkan Caj yuran khidmat Konsultan itu untuk setiap 1 jam. Ini bagi memastikan kadar itu bersesuaian dengan Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat konsultan. Setiap bulan kami hanya terhadkan kepada beberapa sesi sahaja, ianya bergantung kepada kelapangan Shamsuddin Kadir iaitu pada hari beliau tidak menjayakan kursus, temujanji dan mesyuarat.

————————————-

Jutaan Kesukaan Atas Perkongsian Ilmu BDDR Hari ini

Salam Maal Hijrah buat tuan dan warga Ultra Mind Resources. Jutaan kesukaan saya ucapkan buat tuan atas perkongsian, dorongan serta motivasi yang saya perolehi sepanjang berkursus di tempat tuan hari ini. Suatu pengalaman yang pastinya akan membuatkan saya lebih teruja untuk merealisasikan impian untuk menjadi Tuan Rumah Jutawan Yang Beriman. Semoga jasa dan keikhlasan tuan dibalas Allah dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dapat.

Saya doakan serta gambarkan.. Semoga Allah juga memberi kekuatan untuk saya terbang dengan tinggi dan tidak berpaut pada tempat yang salah walaupun baru berlatih untuk terbang.

Doakan saya berjaya ya Tuan. Sampai jumpa lagi.

Dari: Razif (Perserta kursus Buat Duit Dengan Rumah 121210)

————————————————-

Waalaikummusalam Tuan Razif (sepupuh yang dikasihi)

Ya Allah, limpahilah sepupuku ini dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Dan lindungilah beliau dari kejahatan yang datang mendadak. Amin.

Insyaa Allah kita pasti bertemu lagi wahai sepupu yang dirindui.

Doa kami akan sentiasa mengiringi penerbangan saudara sepanjang masa.

Shamsuddin Kadir

Kuala Lumpur