Perkhidmatan Konsultan Bersama Shamsuddin Kadir

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Tuan dan Puan yang dimuliakan,

Di atas permintaan bagi mendapatkan khidmat rundingan secara perseorangan, pihak www.ShamsuddinKadir.com akan membuka ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat konsultan dengan Shamsuddin Kadir.

Ianya akan bermula pada 21 Disember 2010. Emelkan nama, nombor telefon serta tarikh dan masa yang dikehendaki hantarkan ke info@sk.my. Nyatakan juga berapa jam yang kita ingin jumpa. (Maksimum 2 jam sahaja untuk setiap khidmat konsultan).

Kami memberi ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat rundingan bagi mencadangkan Caj yuran khidmat Konsultan itu untuk setiap 1 jam. Ini bagi memastikan kadar itu bersesuaian dengan Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat konsultan. Setiap bulan kami hanya terhadkan kepada beberapa sesi sahaja, ianya bergantung kepada kelapangan Shamsuddin Kadir iaitu pada hari beliau tidak menjayakan kursus, temujanji dan mesyuarat.

————————————-

Jutaan Kesukaan Atas Perkongsian Ilmu BDDR Hari ini

Salam Maal Hijrah buat tuan dan warga Ultra Mind Resources. Jutaan kesukaan saya ucapkan buat tuan atas perkongsian, dorongan serta motivasi yang saya perolehi sepanjang berkursus di tempat tuan hari ini. Suatu pengalaman yang pastinya akan membuatkan saya lebih teruja untuk merealisasikan impian untuk menjadi Tuan Rumah Jutawan Yang Beriman. Semoga jasa dan keikhlasan tuan dibalas Allah dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dapat.

Saya doakan serta gambarkan.. Semoga Allah juga memberi kekuatan untuk saya terbang dengan tinggi dan tidak berpaut pada tempat yang salah walaupun baru berlatih untuk terbang.

Doakan saya berjaya ya Tuan. Sampai jumpa lagi.

Dari: Razif (Perserta kursus Buat Duit Dengan Rumah 121210)

————————————————-

Waalaikummusalam Tuan Razif (sepupuh yang dikasihi)

Ya Allah, limpahilah sepupuku ini dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Dan lindungilah beliau dari kejahatan yang datang mendadak. Amin.

Insyaa Allah kita pasti bertemu lagi wahai sepupu yang dirindui.

Doa kami akan sentiasa mengiringi penerbangan saudara sepanjang masa.

Shamsuddin Kadir

Kuala Lumpur

Jual Tanah Untuk Bayar Pinjaman Peribadi

Pertanyaan yang dihantar ke emel

Salam, Tuan.

Saya adalah seorang kakitangan kerajaan. semasa diusia muda saya, saya tidak pernah terfikir pinjaman peribadi yang saya buat akan memakan diri saya pada waktu sekarang.

Untuk makluman tuan, keadaan kesihatan kewangan saya memang tenat (pada pandangan saya). Ini kerana pendapatan bulanan saya sekarang ini hanyalah cukup-cukup untuk membayar ansuran kereta, pinjaman pelajaran, easy-payment dan kad kredit.

saya mempunyai 2 kad kredit. Ansuran kereta saya RM670. Oleh kerana potongan gaji saya telah mencapai had maksimum (60%) saya perlu menyelesaikan dahulu hutang pinjaman peribadi saya supaya saya boleh membuat pinjaman perumahan. saya ada sebidang tanah tetapi tidak bercadang untuk membuat rumah di situ memandangkan ianya jauh dari tempat kerja saya. saya bercadang untuk menjual tanah tersebut

(Tanah lot untuk membina rumah) dan membayar hutang pinjaman peribadi saya.

Jadi, saya dapat memohon untuk pinjaman perumahan. Apa pandangan tuan?  Terima kasih atas perhatian tuan.

Cik Puan Rozita (bukan nama sebenar)

————————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Rozita,

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan Hutang dan penindasan orang lain terhadap kami. Amin.

Cik Puan Rozita yang dirahmati Allah,

Jual tanah untuk jelaskan semua hutang pinjaman peribadi dan kad kredit. Mulakan untuk menghentikan pengunaan kad kredit apabila mendapat gaji bulan ini. Jika kad kredit itu tidak dihentikan penggunaan cik puan akan menangung hutang kritikal dalam masa 5 - 10 tahun akan datang.

Elakkan dari membeli rumah, selagi kad kredit itu masih digunakan. Bebaskan diri dari apa-apa skim ansuran mudah.

Sebaiknya, mohon cik puan bagi membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebelum menjual tanah tersebut.

Banyakkan membaca doa seperti yang tercatat dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, insyaa Allah dipermudahkan olehNya.

Shamsuddin Kadir

Pembelian Rumah Lelong : Kebaikan dan Keburukannya

Cuan Siti nooraisah Binti Manap menulis,

Selamat sejahtera kepada Tuan Shamsuddin, keluarga dan rakan sekerja. Mohon

bertanya, bagaimana cara-cara pembelian rumah lelong? Apakah kebaikan dan keburukannya untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang?

Apakah syarat-syarat atau kelayakan yang diperlukan?

Sekian, terima kasih.

_________________________________

Insyaa Allah, Tuan Shamsuddin Kadir akan memberikan informasi berkenaan dengan persoalan ini dalam masa terdekat di blog ini.

Nor Aini Mohamed

__________________________________________________________________________________________________

Langkah untuk kita membeli rumah lelong, adalah yang pertama biasakan diri menghadiri majlis lelong rumah seperti yang diiklankan dalam flyer yang dihantar ke peti surat rumah kita, ataupun iklan yang dipaparkan di dalam akbar dan juga di bank.  Di situ kita dapat mempelajari selok belok proses lelongan berlangsung dan juga proses pembelian.

Secara asasnya, kita perlu menyediakan 5% bank draf berdasarkan harga ‘reserve price’ seperti yang diklankan, jika kita menjadi pelelong tertinggi, maka kita membuat penempah serius dengan memberikan bank draft tersebut ke pihak yang melelong tersebut. Dalam tempoh tertentu kita perlu menjelaskan bayaran baki keseluruhan  harga yang kita tawarkan itu. Masanya cukup bagi kita memohon pinjaman bank.

Apabila disebut rumah lelong,

  • Ianya bagus dibeli jika rumah itu dilelong disebabkan pemilik yang mempunyai masalah kewangan.
  • Ianya tidak bagus dibeli jika rumah itu dilelong kerana tidak dapat dijual ataupun disewakan  oleh pemiliknya.
Kes terbaru, seorang individu membeli sebuah kondominium dengan harga RM 20,000 di bawah harga pasaran, melalui sistem rumah lelong. Apabila ingin memasukinya, beliau terpaksa membayar RM 30,000 tunai bagi menjelaskan hutang-hutang yang ditanggung oleh pemilik asal termasuk kos penyelenggaraan kondominium itu yang tertunggak.
Rumah lelong sesuai dibeli oleh orang yang ingin membeli di bawah harga pasaran dan pada masa yang sama ada masa lebih untuk mencari, menghadiri tempat lelongan dan juga melawat rumah tersebut sebelum proses lelongan dan bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. Pastikan kita selidik dahulu berkenaan dengan kos tertunggak berkenaan dengan apartment tersebut dengan membuat semakan di pejabat penyelenggaran apartment ataupun kondominium. Ini bagi memastikan kita dapat membuat analisis lebih awal sama ada unit itu sesuai ataupun tidak untuk kita beli.
Membeli rumah lelong bagus apabila kita dapat membeli rumah di bawah harga pasaran dan pasa masa yang sama kondisi rumah itu tidak perlu dibaiki.
Rumah lelong boleh dibeli sama ada secara tunai ataupun dengan pembiayaan oleh bank.

Kursus Buat Duit Dengan Rumah Siri 2 Ahad 12 Disember 2010

Kemaskini terkini : Ada dua lagi kekosongan tempat. Kepada yang berminat boleh mengemelkan nama dan nombor telefon ke info@sk.my, pembayaran perlu dibuat pada hari ini ataupun selewat-lewatnya esok.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Di atas lebihan peserta yang ingin menyertai kursus Buat Duit Dengan Rumah, maka pihak kami membuka ruang kepada individu-individu yang ingin menyertai kursus tersebut untuk siri kedua iaitu pada hari Ahad 12 Disember 2010.

Insyaa-Allah pada  hari Ahad bersamaan dengan 21 November 2010 akan diadakan satu workshop berkenaan perlaburan dalam hartanah @ iaitu rumah. Ianya sesuai kepada Tuan dan Puan yang ingin memiliki lebih dari sebuah rumah sebagai sumber pendapatan pasif.

Ada orang melihat sampah itu kotor, ada orang melihat sampah itu duit

Ada orang melihat rumah itu membebankan kerana perlu keluar duit, ada orang melihat rumah itu menguntungkan kerana duit masuk

semuanya bergantung kepada perspektif kita. Apa yang dapat menukar perspektif kita adalah ilmu yang kita perolehi melalui pengalaman baru sama ada melalui buku, training dan mentor.

Pelajari bagaimana kita dapat duit ekstra, harta ekstra dan bersara awal jika perlu.

Antara yang kita akan perolehi melalui kursus ini adalah “

1. Bagaimana membeli rumah dengan diskaun 80 - 110 % berdasarkan pengalaman trainer itu sendiri

2. Membeli rumah dengan menggunakan duit orang lain

3. Membeli lebih dari sebuah. Ada yang membeli 4 dan ada yang memiliki 120 buah rumah sewa

4. Menghasilkan Insurans pendidikan anak-anak yang Islamik dan percuma

Dan Insyaa-Allah banyak lagi jika dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah, pemilik sekelian alam

Yuran Perlaburan RM 188

Pembayaran awal sebelum 4 Disember adalah RM 158

Terhad : Maksimum 15 orang sahaja.

Trainer : Shamsuddin Kadir

Kursus akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. di Learning Station 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Mohon diemelkan ke info@sk.my, kepada yang berminat untuk menyertai siri kedua dengan menyertakan nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan juga alamat.

Yuran pelaburan RM 188, pembayaran sebelum 4 Disember RM 158.  Maybank 562106-200279  atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Mohon diemelkan ke info@sk.my berkenaan pembayaran yang telah dibuat.

Walaupun kursus ini dibuka untuk pendaftaran sehingga bulan Disember, pengesahan tempat adalah TERHAD berdasarkan kepada peserta terawal yang membuat pembayaran.

Mulakan Akaun Bank Emosi Dengan Setiap Individu

Maafkan saya,

Assalamualaikum dan salam ceria buat Tuan dan Puan yang amat dirindui, Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah dan dilimpahi dengan rasa ceria dan seronok sepanjang masa. Amin.

Saya cukup tertarik apabila membaca pada malam ini, apabila terbaca berkenaan dengan Bank Emosi, apabila diselidiki rupa-rupanya kursus Komunikasi Kecantikan Sosial yang dijayakan oleh SK Training sudah memiliki apa yang dipanggil Bank Emosi.

Apabila disebut akaun bank, kita deposit wang ke dalam akaun tersebut, dan mengeluarkannya apabila perlu.  Akaun Bank Emosi menggambarkan jumlah kepercayaan dan keyakinan yang terkumpul dalam hubungan kita dengan seseorang.

Bagaimana kita menyimpan dalam akaun bank emosi orang lain?

Kita membuat deposit melalui hubungan yang baik, menjaga nama individu yang kita berkawan itu, menghormati individu tersebut termasuk memuji mereka di atas kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Apabila akaun Bank Emosi yang kita buka pada seseorang itu sudah meningkat nilainya, maka hubungan kita dengan individu tersebut menjadi mudah, beliau akan mudah membantu kita jika kita memerlukannya.

Dalam islam ianya dipanggil Silaturrahim. Allah telah menjanjikan, orang yang menyambung ataupun berbuat kebaikan kepada individu lain, kita dapat dua kebaikan. Panjang umur dan rezeki yang tidak putus.

Menanyakan khabar dan mendoakan untuk individu tersebut antara cara yang kita dapat menambah deposit dalam akaun bank emosi individu tersebut.

Bersesuaian dengan kata-kata ini’ “Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai orang lain seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”

Shamsuddin Kadir

Kuala Lumpur

Hutang Rumahtangga Setinggi Gunung

Maafkan saya,

Assalamualaikum, Tuan dan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Ya Allah tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih,

kami juga berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas

dan sesungguhnya kami juga berlindung kepadaMu dari sifat kedekut dan pengecut

dan kami juga berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami.

Mengikut laporan terbaru oleh majalah The Edge Malaysia, hutang peribadi mencecah RM560.1 bilion pada 31 Ogos 2010 yang lalu.

Hutang ini termasuk hutang pembiayaan rumah, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi seperti pinjaman peribadi dan juga kad kredit.

Sepupu yang dihormati,

Tiga perkara yang paling asas yang dapat mengelakkan dari menanggung bebanan hutang ‘rumahtangga’ yang tinggi adalah :

  • Mencari untuk ditinggalkan, meninggalkan untuk bekalan
Rumah, kereta, jam tangan, handphone terkini, laptop, cincin, tv plasma, status gelaran seperti Dr, dan lain-lain, kita meninggalkan ke semuanya sebaik sahaja roh kita dikeluarkan dari jasad kita. Ketika itu usaha kita mencari untuk ‘kenikmatan peribadi yang berlebihan’ ditinggalkan. Apa yang kita bawa, hanyalah sedekah ataupun bantuan yang kita telah lakukan sewaktu kita hidup serta amalan baik yang kita lakukan setiap hari seperti sembahyang dan juga berzikir.
  • Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya
Hidup ini tidak lebih dari hidup dalam keadaan berusaha bagi mencukupi keperluan hidup diri dan keluarga dan juga  mencari lebihan untuk memberi kepada orang yang lebih memerlukan.
  • Orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan benda ataupun perkara yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun ditempatkan di sekeliling mereka.
Apabila kita sudah mencapai tahap kemuliaan diri sendiri, kita semakin tidak memerlukan barangan ataupun sesuatu bagi menunjukkan kepada orang lain bahawa kita sebenarnya mahal. Antara barangan yang ditunjukkan bagi menyatakan kita mahal adalah kereta, rumah, perabot dalam rumah, handphone dan lain-lain.
Apabila kita membeli rumah, kereta dan barangan lain yang lebih tinggi harganya dengan pinjaman, semakin kurang nilai ketenangan yang kita nikmati. Semakin kurang peluang untuk kita membantu memberi sedekah yang lebih tinggi nilainya.
Apabila orang meminta sedekah kita hanya mampu memberi RM 1 - 2 apabila kita menangung bebanan ansuran rumah, kereta dan lain-lain yang tinggi. Apabila kita tiada bebanan yang tinggi, tabung akhirat kita semakin berisi, kerana kita bukan sahaja boleh memberi kepada orang yang meminta sedekah dengan jumlah yang lebih besar seperti RM 50, kita juga rasa seronok apabila dapat mengejar dan mencari orang yang memerlukan bantuan, kerana kita tidak puas, selagi mana duit kita tidak dihabiskan setiap hari untuk membantu orang lain.
Apabila kita meneruskan menggunakan kereta yang sudah habis bayar ansuran, kita ada lebihan sekitar RM 500 - 1000 sebulan untuk dibelanjakan tempat lain. Duit itu juga boleh digunakan bagi membuat simpanan sebahagiannya dan  sebahagian lagi digunakan untuk membuat bekalan bagi menikmati kemodenan dan kesenangan yang luarbiasa di negeri yang kekal selama-lamanya. Iaitu Akhirat Jaya.
Ketika Tuan dan Puan membaca entri ini, juga tidak mustahil, penulisnya juga sudah tiada di muka bumi ini. Maka apakah yang di bawa balik ke Alam Barzakh ?
Maafkan saya, sekali lagi.
Dari sepupu
Shamsuddin Kadir

Tip Menghadiri Kursus : Senaraikan Pertanyaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sepupu-sepupu yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi nabi,

Bagi mendapatkan informasi dan kemahiran tambahan ataupun yang paling kita inginkan, mohon Tuan dan Puan bagi memikirkan persoalan ataupun isu yang kita ingin tahu cara penyelesaian ataupun maklumat-maklumat tambahan yang kita ingin tahu di atas kertas. Ini bagi memastikan apabila kita menghadiri kursus kita dapat memaklumkan perkara-perkara yang kita ingin tahu ataupun pelajari sepanjang kursus berlangsung.

Ianya bagi memastikan Tuan dan Puan mendapat manfaat yang sepenuhnya. Insyaa-Allah. Bagi yang akan mengikuti kursus esok Ahad, 21 November 2010, doa ajaib di bawah, bagus jika dapat menjadi amalan kita. Ianya sesuai kerana doa mengawal apa yang kita tidak boleh kawal.

“Ya Allah, ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dengan

  • kefahaman para Nabi,
  • Hafalan para Rasul,
  • Ilham para Malaikat yang hampir dengan Mu,
  • Wahai Allah yang Maha Pembuka lagi Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang yang arif dan bijaksana. Amin.
di atas adalah antara doa kesukaan Shamsuddin Kadir.
Kepada Tuan dan Puan yang menghadapi kesukaran mencari tempat. Hubungi 03 4142 5300. Ataupun cari Seven Eleven Wangsa Melawati. Ianya terletak bersebelahan dengan Taman Permata.
Nor Aini Mohamed

Penyelaras

Informasi Terkini Berkenaan Kursus di Learning Station

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Berikut adalah informasi terkini untuk kursus di Learning Station

1. Bengkel Mengurus Wang

Sabtu 6 November 2010, di Learning Station 11-2 Jalan Wangsa  ceria 3   Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Waktu : 9.30 Pagi sehingga 4.00 petang. Rehat pukul 1.00 - 2.15 tengahari

2. Berhijrah Menjadi Usahawan

Ahad 7 November 2010 di Learning Station Biliktraining.com 9-1, Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati

Waktu: 9.15 pagi sehingga 4 petang. Rehat 1.00 - 1.15 tengahari.

3. Kursus Buat Duit Dengan Rumah

Ahad 21 November 2010, di Learning Station ataupun Bilik Training 9-1 Jalan Wangsa Setia 3 (di sebelah  Learning Station sahaja)

Jam 9.30 pagi - 4 petang. Rehat 1.00 sehingga  2.15 petang.

Lokasi kursus di belakang Seven Eleven, di atas Restoran Ayam Kukus Wafie. Berdekatan dengan Masjid Al -Mustaqim. Jika datang dari Ampang exit selepas Taman Permata Giant. Jika datang dari Gombak EXIT sebelum Taman Melawati. Berdekatan (jalan kaki) dengan ibu pejabat DCL (MLM) ataupun Az Zain dan juga Cosway.

Makanan dan minuman tidak disediakan. Terdapat banyak kedai makan dalam kawasan 10 - 50 meter dari lokasi kursus.

Bagi yang ingin menginap hotel, ada hotel bajet di Taman Melewati, lebih kurang 750 meter dari lokasi kursus. No. Telefon hotel bajet 03 4147 4000.

Mohon kepada peserta untuk berada di bilik latihan 5 minit sebelum kursus bermula. Insyaa-Allah kursus akan bermula tepat pada waktu yang dinyatakan.

Penyelaras kursus

Nor Aini Mohamed

Hubungi 03 4142 5300

Kursus Buat Duit Dengan Rumah Ahad 21 November 2010

Maklumat Terkini, 13 Oktober 2010 | Pendaftaran untuk kursus ini hanya tinggal untuk 3 tempat lagi. Insyaa-Allah pendaftaran akan ditutup dalam masa terdekat.

————————————————-

Assalamualaikum Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah,

Berdasarkan emel dan pertanyaan yang belum ditunaikan,

Insyaa-Allah pada  hari Ahad bersamaan dengan 21 November 2010 akan diadakan satu workshop berkenaan perlaburan dalam hartanah @ iaitu rumah. Ianya sesuai kepada Tuan dan Puan yang ingin memiliki lebih dari sebuah rumah sebagai sumber pendapatan pasif.

Ada orang melihat sampah itu kotor, ada orang melihat sampah itu duit

Ada orang melihat rumah itu membebankan kerana perlu keluar duit, ada orang melihat rumah itu menguntungkan kerana duit masuk

semuanya bergantung kepada perspektif kita. Apa yang dapat menukar perspektif kita adalah ilmu yang kita perolehi melalui pengalaman baru sama ada melalui buku, training dan mentor.

Pelajari bagaimana kita dapat duit ekstra, harta ekstra dan bersara awal jika perlu.

Antara yang kita akan perolehi melalui kursus ini adalah “

1. Bagaimana membeli rumah dengan diskaun 80 - 110 % berdasarkan pengalaman trainer itu sendiri

2. Membeli rumah dengan menggunakan duit orang lain

3. Membeli lebih dari sebuah. Ada yang membeli 4 dan ada yang memiliki 120 buah rumah sewa

4. Menghasilkan Insurans pendidikan anak-anak yang Islamik dan percuma

Dan Insyaa-Allah banyak lagi jika dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah, pemilik sekelian alam

Yuran Perlaburan RM 188

Pembayaran awal sebelum 4 November adalah RM 158

Terhad : 10 orang sahaja

Trainer : Shamsuddin Kadir

Kepada yang berminat boleh hantarkan emel ke info@sk.my, nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan alamat.

Selepas mendapat pengesahan kekosongan tempat, mohon Tuan dan Puan membuat pembayaran seberapa segera, kerana pengesahan tempat adalah berdasarkan pembayaran yang diterima. ‘First Come First Serve’.

Bagus jika Tuan dan Puan dapat membaca buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah, sebelum menghadiri kursus ini, supaya lebih banyak ilmu baru yang dapat dikongsi dan juga Tuan dan Puan boleh bertanya dengan lebih banyak soalan.

Bulan Madu Tempatan Dan Bulan Madu Import

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sepupu-sepupu yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi nabi,

Di Malaysia ada dua jenis cara berbulan madu. Jenis yang sedang popular adalah bulan madu yang dimport. Di mana kos bagi meraikan bulan madu import sangat tinggi manakala kualiti yang dinikmati adalah rendah. Kerana kos yang paling banyak kita keluarkan adalah untuk sewa hotel dan makanan di hotel.

Manakala bulan madu cara tempatan adalah kita pergi melawat ke rumah ahli keluarga kita terutama ibu saudara, bapa saudara dan juga datuk saudara dari kedua-dua belah pihak.

Ianya kadangkala mengambil masa lebih dari 6 bulan bagi menziarahi semua ibu dan bapa saudara kita itu, kerana sebahagian dari mereka tinggal berjauhan. Ada yang mungkin tinggal di Langkawi dan sebagainya. Apabila kita ke Langkawi untuk menziarahi ibu saudara kita itu, kita juga dapat melancong bersama dengan pasangan kita.

Apabila kita ke rumah saudara mara itu di awal pernikahan, kita dapat mempelajari patang larang dan juga perangai-perangai ibu dan bapa mertua kita. Ini bagi memastikan kita dapat memasuki keluarga mertua itu dengan selamat dan bahagia.

Di beberapa tempat ianya dipanggil ‘Panggil Menantu’. Di mana keluarga ibubapa saudara kita memasak bagi meraikan kedatangan kita ke rumah mereka. Di rumah mereka kita diusik, al maklum pengantin baru dan juga di ajar perkara yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam sebuah perkahwinan yang bahagia.

Insyaa-Allah akan di sambung.

Shamsuddin Kadir

Bicara Bajet Bulan Madu Di Wanita Hari Ini TV3 Khamis 11 Nov 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan yang dimuliakan Allah dan dikasihi Nabi,

Shamsuddin Kadir diundang bagi membicarakan Bajet Bulan Madu di dalam rancangan Wanita Hari Ini, TV3 pada hari Khamis ini bersamaan dnegan 11 November 2010.

Penyelaras Program di Ultra Mind

Nor Aini Mohamed

Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sepupu-sepupu yang dimuliakan Allah dan dikasihi nabi,

Topik kita pada hari ini adalah berkenaan satu kumpulan individu yang berfahaman ‘Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan’.

Mengikut kajian individu yang dapat semua A di dalam peperiksaan, mereka adalah individu yang mempunyai kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Selagi mana mereka masuk dewan peperiksaan, selagi itu mereka akan mendapat A.

Apabila mereka tamat belajar dan mula bekerja sebagai akauntan, jurutera, peguam, mereka akan menjadi staf yang biasa-biasa sahaja.

Skor A Di luar Dewan Peperiksaan adalah ciri-ciri yang menepati kajian yang di buat di mana orang yang berjaya adalah subjek yang mereka suka mereka dapat cemerlang, subjek yang mereka tidak suka mereka lulus ataupun gagal.

Skor A Di Luar Peperiksaan mengajar anak-anak mereka supaya mengajar anak orang lain supaya sama-sama berjaya.

Apabila kita mengajar anak kita supaya mendapat nombor 1 di sekolah, kita mengajar anak kita supaya menjatuhkan anak orang lain. Kerana nombor 1 hanya ada satu sahaja. Anak-anak menjadi susah untuk mengajar kawan-kawan mereka, takut nanti peluang mendapat nombor 1 tipis.

Selama 50 tahun Malaysia merdeka, belum ada individu yang mendapat semua A yang menjadi Perdana Menteri.

Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan merupakan buku yang sedang ditulis oleh Shamsuddin Kadir dan tim.

Apabila kita menghantar anak ke tempat tuisyen, anak kita perlu belajar 2 kali baru faham. Pertama belajar 2 + 1 = 3 di sekolah, selepas itu belajar di tempat tuisyen 2 + 1 = 3.

Seperti yang dimaklumkan topik di atas adalah berkenaan dengan kumpulan individu yang berfahaman ‘Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan’

 

Kursus Kualiti dan Pengurusan Kerja - MQA Berjaya

Alhamdulilah, di atas pilihan yang dibuat oleh peserta dan trainer Ultra Mind Resources, Allah telah merealisasikan impian kita bagi memastikan perjalanan kursus berjalan lancar.

Kursus pada kali ini juga mencatat sejarah tersendiri, apabila beberapa modul penting dijayakan dengan lebih mendalam dan juga menjadikan hasilnya dapat dilihat dalam masa beberapa jam sahaja.

Tahniah kepada peserta yang mempratikkan segala apa yang dipelajari yang dapat membantu peserta memperkukuhkan kualiti kerja dan juga semangat berpasukan.

Alangkah indahnya jika kursus ini tidak berakhir seawal ini.

Insyaa Allah peserta dari kumpulan kedua dan ketiga akan menyusul.

Rumah Umpama Sinki Dapur

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera

Tuan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih amin.

Sepupu-sepupu yang dimuliakan, bicara kita pada kali ini adalah berkenaan dengan perbelanjaan menghiasi ruang dalam rumah.

Apabila kita mengisi rumah kita yang kosong itu dengan segala hiasan yang kita beli sama ada dari luar negara ataupun dari segenap pelusok Malaysia yang kita jejaki, semakin lama rumah itu menjadi bertambah padat.

Kehidupan kita di dalam rumah itu menjadi semakin sesak, untuk bernyawa sekalipun bukan sahaja kita yang merasa lemas, tetamu kita sudah tidak senang duduk.

Rumah kita itu umpama sinki dapur, semakin di isi semakin penuh. Apabila sinki itu penuh ianya sudah tidak dapat memberikan kemudahan kepada kita lagi. Sinki adalah perlu dalam keadaan kosong dan hanya diisi dengan pinggan, gelas untuk dicuci, dan selepas itu sinki itu kosong semula.

Apabila ruang rumah kita tambah dengan aksesori yang dibeli sama ada secara tunai ataupun hutang, ianya membuatkan hidup kita juga menjadi semakin sempit.

Antara aktiviti yang menyebabkan kita mengisi rumah kita dengan aksesori yang berlebihan adalah melalui pembacaan majalah-majalah yang sebahagian  majalah adalah mengalakkan kita memenuhkan ruangan dalam rumah dengan aksesori.

Duit habis dan hidup menjadi sempit.

Halaman www.ShamsuddinKadir.com tidak menyarankan pembacaaan majalah-majalah yang memaparkan ‘kecantikan hiasan dalaman’ yang tidak memenuhi :

1. Perbelanjaan berhemah

2. Kesan Psikologi Tuan rumah dan tetamu

3. Dan yang tidak menepati dengan konsep hidup sementara di dunia ini

Kita gunakan hujung minggu ini untuk mengeluarkan barangan ataupun aksesori yang menyempitkan lagi ruang dalam rumah kita yang tidak ada nilai dari segi kerohanian ataupun untuk poket kita.

Shamsuddin Kadir