Bengkel @ Workshop
BENGKEL BERHIJRAH DARI MAKAN GAJI MENJADI USAHAWAN
Bengkel di atas akan di adakan pada bulan 28 Februari dan 28 Mac 2009, bertempat di Taman Pertama, Hulu Klang. Yuran adalah RM150 bagi setiap peserta. Berminat sila emelkan nama, no. telefon , alamat emel dan tarikh bengkel yang ingin sertai sama ada 28 ataupun 28 Mac ke info@shamsuddinkadir.com
Kursus di bawah ditawarkan kepada organisasi kerajaan dan swasta.
KURSUS MOTIVASI DIMENSI DIRI
-
Bagaimana pekerja dapat fokus kepada pekerjaan harian mereka jika mereka dibebani dengan belenggu hutang ?
-
Bagaimana pekerja hendak menyelesaikan masalah di pejabat? Jika masa kewangan diri juga tidak dapat diselesaikannya?
-
Tanpa kemahiran mengurus wang gaji yang betul, pekerja terus dibebani dengan komitmen hutang(pinjaman) yang menjerumus kepada tekanan.
-
Stres yang timbul akibat bebanan kewangan peribadi menjadi faktor kritikal kenapa prestasi pekerja menurun.
Kursus ini bagi memastikan para peserta dapat mempratikkan kaedah merancang wang gaji bulanan secara efektif. Kecekapan mengurus wang gaji dengan baik membina dimensi pekerja yang dinamik.
Kursus ini juga membantu kakitangan sokongan dan pegawai dapat hidup tenang dan bahagia dengan gaji masing-masing. Ini sudah pasti meningkatkan prestasi kakitnagan dalam melakukan kerja harian mereka.
Bagi mendapatkan proposal lengkap untuk modul Kursus Motivasi Hidup Tenang sila emailkan nama, jawatan, jabatan dan nombor telefon ke info@shamsuddinkadir.com
Antara majikan yang menawarkan kursus motivasi Hidup Tenang kepada stafnya adalah “Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.
************************
Pada 15 Jun 2008 (Ahad) - Kuliah Subuh di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. Tajuknya “Jika Hari ini adalah hari terakhir anda Hidup” bermula selepas sembahyang subuh.
Pada 18 Mac 2008 (Selasa) - Kuliah Maghrib di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor. Tajuknya “Mengurus wang gaji & Hutang”, bermula selepas sembahyang Maghrib.
Pada 15 Februari 2008 (Jumaat) - Kuliah Maghrib di Surau Al-Amin, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. “Mengurus wang gaji & Hutang”. Bermula selepas sembahyang Maghrib. Atas jemputan Ust Rahim - Surau Al-Amin.
Pada 15 Februari 2008 (Jumaat) - Kuliah Jumaat di Masjid Al-Munawarrah, di Seksyen 27, Shah Alam. Tajuknya “Panduan Menguruskan Wang Gaji / Hutang”. Jemputan dari Ustaz Hasnol. Di jemput ahli kariah dan saudara yang akan menunaikan sembahyang Jumaat di situ. Waktu dari 12.30 hingga 1.10 tengahari.
Pada 11 Februari 2008 (Isnin) - Kuliah Maghrib di Masjid Al-Munawarrah, di Seksyen 27, Shah Alam. Masjid ini juga dikenali sebagai masjid Bandar Hicom. Atas jemputan Ustaz Hasnol. - Pengurusan Kewangan Islam. Waktu : Sebaik selesai sembahyang Maghrib sehingga 10 minit selepas azan Isyak.
Pada 9 Februari 2008 (Sabtu) saya menyampaikan Tazkirah Maghrib di Masjid Al-Mukminun di USJ 2, Subang Jaya. Sistem Kewangan Islam. Jika ada kelapangan dijemput untuk bersama.
Pada 23 Januari 2008 (Selasa) saya menyampaikan Tazkirah Maghrib untuk kali pertama di Surau Sekysen 2, Shah Alam, Selangor. Di atas jemputan dari AJK Surau yang diwakili oleh Encik Idris. Tajuknya dalah Pengurusan Kewangan Islam.
Pada 20 Januari 2008 yang lalu saya telah menyampaikan Kuliah Subuh bertempat di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam selepas solat subuh. Kepada anda yang berada di kawasan yang berhampiran dijemput hadir. Ianya berkaitan dengan pengurusan kewangan Islam. Insyaa-Allah saya akan menjayakan kuliah subuh pada setiap minggu ketiga. Yang menariknya, setiap kali mengadakan kuliah di masjid ini, pasti ada soalan untuk dihuraikan. Tajuk kecil Kuliah pada kali ini adalah “Pengguna Islam Professional”
Pada 14 Januari 2008 - saya berada di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam. Di atas jemputan bagi menyampaikan Kuliah Maghrib - Kewangan & Ekonomi Islam. Masjid ini adalah di antara masjid yang aktif di sekitar Shah Alam. Terletak di Bandar Seksyen 18. Kepada ahli kariah dan yang berada di kawasan berdekatan, dijemput untuk menghadiri kuliah tersebut. Kuliah Bermula selepas menunaikan sembahyang Maghrib. Insyaa-Allah saya akan menyampaikan kuliah pada setiap bulan di Masjid ini seperti yang dirancangkan.
Pada 13 Disember 2007 saya berada di pejabat Radio 24 di frekuensi 93.9 bagi menjayakan program ‘Bicara Bijak’. Program ini dikendalikan oleh Tuan Sayed Munawar bagi membicarakan buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ dan ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’. Program bermula seawal 9 malam sehingga 11 malam. Keempat-empat hadiah yang ditawarkan kepada pendengar semuanya berjaya dimenangi oleh 4 pendengar bertuah. Pemangil pertama yang berjaya memenangi hadiah yang pertama adalah saudara Lee dari Subang Jaya. Tahniah juga kepada pemanggil lain. Terima kasih juga kepada pihak PTS yang menawarkan hadiah iaitu 2 buah buku, iaitu 1 buah buku Makan Gaji Tetapi Kaya dan 1 buah buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Bicara pada malam itu lebih kepada masalah yang dihadapi oleh ramai individu yang tidak menghiraukan keperluan menguruskan duit.
Ini adalah bicara secara langsung melalui corong radio kali kedua selepas program bicara buku bersama Tuan Zamri Zainal Abidin di Radio Ikim 91.5 pada April 2007 yang lalu. Sambutan juga amat mengalakkan.
Saya masih trauma dengan seorang pemanggil yang memberitahu bahawa dia masih menggunakan kad kredit suaminya yang telah setahun meninggal dunia. Alasan yang diberikan beliau tidak mampu membayar baki hutang kad kredit suaminya kerana gajinya tidak sampai RM1,000 sebulan. “Roh seorang muslim akan tergantung-gantung sehingga semua hutangnya dijelaskan”
Pada 8 Januari 2008 (Selasa) - Saya akan menghadiri majlis Bicara Buku di Auditorium Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil dari Pukul 3 Hingga 5 Petang. Ini adalah kali kedua saya menerima jemputan dari MSN. Kali pertama pada Jun 2007 bagi ceramah kewangan untuk kakitangan MSN dan atlet. Terima kasih kepada Saudara Mohd Hasnol Abu Bakar yang telah menjemput saya.


