Tag-Archive for ◊ dimensi ◊

13 Apr 2010 Kenapa kita berhutang?
 |  Category: Bebanan Hidup, dimensi |  Tags: , | 2 Comments

Secara asas, setiap orang berhutang untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah, kereta, dan pelajaran. Syukur sekiranya kita hanya mempunyai hutang-hutang yang asas seperti ini sahaja dan sedaya upaya tidak menambahkannya.

Namun, apabila nafsu boros dan ingin bermewah-mewah menguasai diri, ada orang memilih untuk hidup melebihi kemampuan diri dengan memiliki lebih dari sekeping kad kredit, membeli sofa, tv, meja makan menggunakan skim ansuran mudah, mengambil pinjaman peribadi dan sebagainya. Tanpa perancangan mereka menambah hutang sehingga kepada satu tahap mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah hutang yang ditanggung sehinggalah pihak bank menelefon setiap hari meminta menjelaskan tunggakan hutang, dikejar oleh ceti haram dan kad kredit yang digunakan melebihi had maksimum.

Orang yang merasakan dirinya mahal tidak memerlukan barangan yang mahal di sekeliling mereka. Orang yang merasa dirinya murah akan sibuk mencari simbol-simbol kemewahan untuk digunakan sekeliling mereka.

————————————————————————————————————————————————————————–Ingin tahu ilmu mengurus wang? Sertai Kursus Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 (LUARBIASA MURAH) dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Status kewangan kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya menggunakan pendekatan yang mudah.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources

08 Apr 2010 Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang di PDC

Cik Puan Sharidah

Alhamdullilah, Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang telah dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Abdul Latiff di Penang Development Corporation (PDC) pada 6 April 2010 yang lalu. Seramai 23 orang peserta kursus hadir untuk menerima kemahiran-kemahiran baru. Terima kasih kepada Cik Puan Sharidah Talib kerana telah menjemput kami untuk menjayakan kursus yang hebat ini.

Peserta tekun berbincang apakah itu Nasib, Takdir dan Pilihan

Peserta tekun berbincang apakah itu Nasib, Takdir dan Pilihan

Pada awal kursus, peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan perbincangan dibuat. Mereka dipecahkan kepada 4 – 5 orang satu kumpulan, dan masing-masing mengeluarkan idea tentang apakah itu nasib, takdir dan pilihan.

Membentangkan apa itu nasib, takdir, pilihan

Membentangkan apa itu nasib, takdir, pilihan

Kamera! Senyum

Kamera! Senyum

Aktiviti Berkumpulan

Aktiviti Berkumpulan

Peserta sedang berusaha untuk meleraikan tali yang terikat di tangan

Peserta sedang berusaha untuk meleraikan tali yang terikat di tangan

Cik Puan Zahara menyatakan bahawa kelemahan kursus ini adalah masa tidak mencukupi dan beliau mencadangkan supaya di panjangkan kepada 2 hari.

Cik Puan Sharidah pula menulis

Tuan Shamsuddin,

Merujuk kepada Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang pada 6 April 2010 di
Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang,
(PDC), sukacita dimaklumkan bahawa semua peserta sangat berpuashati dengan
prestasi tuan sebagai jurulatih.

Bahan dan modul yang disampaikan sangat berbeza dari kursus lain walaupun
topiknya merupakan sesuatu yang 'general'.
Kursus tuan telah membuat peserta sedar adakalanya kita tidak peka dengan
persekitaran dan kemahiran diri dan tidak fokus.
Aktiviti kumpulan tuan juga sangat menarik dan luarbiasa !

Peserta juga menyatakan bahawa 'approach' yang dibawa oleh tuan sangat
berbeza dari kursus-kursus yang mereka pernah hadiri.

Saya selaku pegawai koordinasi program ingin merakamkan setinggi tahniah
kepada tuan.

Semoga sesi semalam akan mendorong kakitangan PDC dan anak syarikat
supaya lebih proaktif dan yakin selalu dalam menjalankan tugas.

InsyaAllah, sekiranya ada peluang, tuan akan dijemput lagi untuk topik lain.

Salam dari PDC !

Sharidah Talib
Penolong Pengurus
Bahagian Korporat
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

Sekian, yang melaporkan

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim Ultra Mind Resources

24 Mar 2010 Diari SK: Ceramah di Surau Al Munir, Seri Kembangan

Insyaallah, Shamsuddin Kadir akan memberi tazkirah kewangan kepada para jemaah surau al Munir, Seri Kembangan selepas waktu solat Maghrib pada hari Ahad ini (28 Mac 2010).

Juga tazkirah kewangan di Masjid As Sobirin AU5, Hulu Kelang pada pukul 12.30 tengahari sebelum waktu solat Jumaat pada 2 April 2010. Terima kasih kepada Tuan Azli yang memberi SMS jemputan kepada Shamsuddin Kadir.

Juga kepada para wanita yang bercita-cita tinggi, untuk makluman Tuan dan Cik Puan semua Shamsuddin Kadir telah ditemuramah oleh akhbar Harian Metro oleh Cik Puan Nini dan Tuan MK mengenai tajuk isu wanita dan pemilikan hartanah sebelum kahwin. Menurut mereka, artikel temuramah ini akan dimuatkan di dalam akhbar harian Metro pada hari Jumaat ini.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim

08 Mar 2010 Kursus Dedikasi Pekerja di Hotel De Palma Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah, tim SK telah berjaya menganjurkan kursus di Hotel De Palma Ampang pada 22 dan 23 Februari yang lalu. Semua peserta-peserta hebat belaka, penuh dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’. Beberapa slot terisi dengan penglibatan proaktif dari semua peserta dan SK sendiri.

Tuan SK bersama salah seorang peserta, Tuan Rosdi memberi penerangan slot yang akan dilalui peserta-peserta kursus.

Peserta-peserta kursus khusyuk mendengar penerangan. Tuan Zailani Zuhri eksekutif Takaful Ikhlas (kanan sekali) turut tersenyum.

Cik Puan Noraziah dari Tabung Haji (ditengah-tengah) dan ahli kumpulan lain turut sama ceria dalam sesi perbincangan kumpulan.

Pembentangan tentang apa itu T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

Tuan SK bergambar bersama-sama ahli kumpulan. Dari kiri, Tuan Hamid (RISDA), Tuan Halim, Cik Puan Nor Shafikah (UMW Toyota Holding), Cik Puan Rozita (Waiz Malaysia) dan Tuan SK.

Bergambar beramai-ramai di akhir program.

Semoga ilmu yang diperolehi dipraktikkan di organisasi supaya ianya mendatangkan kebaikan kepada kita dan organisasi demi mencari keberkatan yang hakiki.

Yang melaporkan,

Abdul Halim Bin Esa,

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim.