Tag-Archive for ◊ Workshop & Seminar ◊

26 Jun 2010 Bengkel Bebas Hutang (BBH) Sabtu 26 Jun 2010

Tuan dan Cik Puan yang dirahmati Allah sekelian.

Alhamdullilah dengan izin-Nya, permintaan kepada Bengkel Mengurus Wang sangat menggalakkan sehingga kami di Ultra Mind Resources telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu bengkel  dengan tajuknya yakni Bengkel Bebas Hutang (BBH). RM 50 seorang terhad kepada 8 orang sahaja. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2010 di alamat seperti di bawah:

11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03 4142 5300

Bengkel ini khas untuk kita yang telah pun mempunyai hutang-hutang terutamanya hutang ansuran rumah dan kereta. Kami akan membongkarkan bagaimana untuk mengecilkan jumlah hutang yang sedia ada dengan menggunakan teknik S___U_ S_R__. Juga beberapa tips-tips terkini untuk mengelakkan wang yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan hutang tidak digunakan untuk perkara lain.

Tuan dan Cik Puan yang berkelapangan dan ingin menyertainya boleh menghantar e mel kepada info@sk.my dengan tajuk ‘Bengkel Bebas Hutang 26 Jun 2010’ dengan memberikan nama dan no tel.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim

11 Mar 2010 Kisah Usahawan Impian

Kerjaya keusahawanan adalah kerjaya yang memerlukan keberanian, kekentalan, dan keazaman yang tinggi. Jika nak dibandingkan dengan kerjaya makan gaji, perbezaannya adalah seperti langit dan bumi.

Kebanyakan orang yang makan gaji pernah terfikir untuk menyertai mereka ke dalam dunia keusahawanan, namun ramai yang takut mengambil risiko kerana memikirkan ketidakpastian yang akan berlaku selepas bergelar usahawan. Namun setiap orang ada potensi dan kelebihan masing-masing, bergantung kepada bakat yang telah Allah berikan.

Selagi tidak membuatnya sendiri, tiada siapa yang tahu di mana letaknya bakat kita. Ketiadaan modal juga adalah satu alasan yang kerap diutarakankan namun modal bukanlah perkara pertama yang sepatutnya dirisaukan kerana jika modal sebesar mana pun, jika tiada ilmu pastikan kerugian akan menjengah.

Abdul Halim Bin Esa

Unit Perhubungan Dan Silaturahim

————————————————————————————-

Sertai Kursus Usahawan Super pada 4 April 2010. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Halim di Ultra Mind Resources di 03-4142 5300 dari 9 pagi hingga 4 petang.

08 Mar 2010 Kursus Dedikasi Pekerja di Hotel De Palma Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah, tim SK telah berjaya menganjurkan kursus di Hotel De Palma Ampang pada 22 dan 23 Februari yang lalu. Semua peserta-peserta hebat belaka, penuh dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’. Beberapa slot terisi dengan penglibatan proaktif dari semua peserta dan SK sendiri.

Tuan SK bersama salah seorang peserta, Tuan Rosdi memberi penerangan slot yang akan dilalui peserta-peserta kursus.

Peserta-peserta kursus khusyuk mendengar penerangan. Tuan Zailani Zuhri eksekutif Takaful Ikhlas (kanan sekali) turut tersenyum.

Cik Puan Noraziah dari Tabung Haji (ditengah-tengah) dan ahli kumpulan lain turut sama ceria dalam sesi perbincangan kumpulan.

Pembentangan tentang apa itu T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

Tuan SK bergambar bersama-sama ahli kumpulan. Dari kiri, Tuan Hamid (RISDA), Tuan Halim, Cik Puan Nor Shafikah (UMW Toyota Holding), Cik Puan Rozita (Waiz Malaysia) dan Tuan SK.

Bergambar beramai-ramai di akhir program.

Semoga ilmu yang diperolehi dipraktikkan di organisasi supaya ianya mendatangkan kebaikan kepada kita dan organisasi demi mencari keberkatan yang hakiki.

Yang melaporkan,

Abdul Halim Bin Esa,

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim.