Kita mampu berubah, selagi kita masih bernafas dan mampu untuk menguruskan kehidupan harian. Jika ketika ini kita sudah membelanja semua wang gaji bulanan, gunakan peluang iaitu masa yang Tuhan masih peruntukan untuk kita bagi membuat perubahan. Ya, membuat perubahan dalam kontek kita mengendalikan perbelanjaan harian kita.
Selagi kita tidak membuat perubahan, selagi itu belenggu bebananย menghempap kepala kita. Kita hanya tahu had maksimun otak kita dapat menerima tekanan apabila sesuatu yang tidak baik ituย terjadi kepada kita. Itu adalah kaedah yang paling tidak baik bagi mengenali diri kita. Kita mungkin sudah tiada lagi di dunia ini, apabila menerima tamparan hebat melalui bebanan komitmen hutang yang semakin tidak terkawal.
Apa yang perlu kita buat, jika ketika ini kita tidak pernah membuat pengiraan tentang aliran wang masuk dan keluar apda setiap bulan. Dapatkan sehelai kertas kosong, tuliskan di sebelah kiri semua kos yang perlu tanggung. Senaraikan juga hutang ansuran yang anda perlu bayar pada setiap bulan. Jangan lupa untuk menyenaraikan cukai jalan, Takaful(insurans), kos penyelenggaraan, yuran anak sekolah, cukai pintu dan sebagainya. Kos yang berlaku setahun sekali perlu disenaraikan juga.
Selepas sudah menyenaraikan semua kos dan komitmen bulanan, masukkan jumlah kos yang perlu ditanggung pada setiap bulan di sebelah kanan.
Contohnya:
1.ย Ansuran Keretaย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย RM 700
2.ย Ansuran Rumahย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย RM 920
3. Cukai Jalan & Takafulย ย ย ย RM 100 [ RM 1,200/12]
4. Belanja Dapurย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย RM 350
5. Petrolย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย RM250
Teruskan menulis…
Jumlahkan semua kos yang anda perlu tanggung pada setiap bulan itu. Andaikan gaji anda RM 2,000.ย Jumlah kos bulanan anda adalah RM 1,800. Jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah [RM1,800/RM2,000] X 100 = 90% ini bererti anda sudah berbelanja di luar kemampuan. Jumlah yang anda boleh belanja adalah 70% iaitu RM1,400 sahaja. Gunakan peluang ini untuk berfikir tentang kos apa yang anda boleh kurangkan ataupun buang terus. Ini bererti kos itu sudah berkurangan ataupun anda sudah tidak perlu menangungnya lagi. Jika sebelum ini anda menjadi ahli kelab yang tidak begitu bermakna kepada anda, mungkin anda perlu hentikan supaya anda tidak perlu membayar yuran pada setiap bulan ataupun tahunan.
Kurangkan…kurangkan…terus kerungkan sehingga anda mendapat angka 70% bagi jumlah kos bulanan anda.
Selamat menyenaraikan kos anda. Lakukan sekarang…Berapa peratus yang anda dapat?
Opss 130%! Sabar…walaupun ianya telah melebihi daripada gaji anda, masih ada peluang untuk anda membebaskan diri daripada ‘musibah’. Jika anda tidak melakukan perubahan hari ini bagi membebaskan diri daripada tekanan, bila anda rasa anda akan lakukan?
Hutang… Jika anda tidak berlawan dengannya, anda kekal menangung bebanan sepanjang hayat.
Shamsuddin Kadirย
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008ย
Saya amat bersetuju dengan artikel hari ini.
Dahulu memang saya tidak suka menulis apa yang perlu saya bayar, kerana saya jadi tak tentu arah bila melihat akhirnya menjadi -ve balance [Baki Negatif]. Bila sudah jadi begitu saya hentikan menulis aliran keluar masuk duit saya, bila masuk bulan baru saya buat lagi dan begitu juga.
Tetapi akhirnya saya sedar kalau nak lebih dan saya mesti bekerja lebih, memang senang nak susah dan bukan senang nak senang, tapi kalau tahu cara ada keazaman nak ubah nasib, tak susah nak hidup senang.
Apapun juga pengajaran yang kita perolehi dari menulis aliran keluar masuk duit kita, menjadikan kita orang yang lebih berhati hati dalam perbelanjaan, cubalah saranan Tn Sham kita ini.
Saya sudah melakukannya anda juga pasti boleh..Betulkan Tn Sham!!
Assalamualaikum Tuan Sham,
Saya baru terjumpa laman blog ini, saya teramatlah suka dan bersetuju dengan laman blog ini. Tajuk artikal hari ini memang best… sebab saya dah mencubanya. Tuan Sham, boleh saya berkongsi pengalaman saya dalam laman blog ini.
Setahun yang lalu memang saya seorang penggemar berbelanja menggunakan kad kredit sehingga hutang kad kredit saya (2 kad) mencecah hampir sebelas ribu ringgit. Saya menggunakan kad kredit bukan kerana terdesak sangat tetapi macam dah jadi hobi saya.
Setelah membaca buku Tuan Sham yang pertama saya dah mula sedar dan terfikir. Di pendekkan cerita.. 8 bulan pertama selepas itu saya cuba langsaikan kesemua hutang-hutang saya itu dan Alhamdulillah semuanya dah beres sekarang.
Sebanyak mana saya bayar hutang kad kredit itu, sebanyak itu jugalah wang tersebut menjadi wang simpanan tambahan saya. Maksud saya 8 bulan pertama saya bayar hutang hingga langsai dan bulan-bulan berikutnya wang tersebut dah jadi wang simpanan pula… setiap bulan. Bila wang simpanan dah banyak boleh kita ikuti panduan seterusnya …. InshaALLAH boleh jadi kaya.
Memang betul panduan Tuan Sham, kita hanya boleh berbelanja kurang dari 70% wang gaji kita setiap bulan. Sekarang saya dah jadikan tabiat berhati-hati untuk berbelanja takut nanti terlebih dari kemampuan saya setiap bulan …. bukan kedekut tapi demi kesejahteraan hidup bukan ke begitu Tuan Sham.
Di sini saya sarankan semua mencuba panduan dan cara Tuan Sham berikan dalam buku beliau, tak rugi tapi pasti kita suka menyimpan wang sebab tiap-tiap bulan kita akan dapati wang simpanan kita kian bertambah. Kawan-kawan rapat, saya sudah saya suruh ikuti panduan Tuan Sham.
Syabas dan Terima kasih Tuan Sham. Teruskanlah Usaha Murni untuk memajukan lagi Umat Islam.
Ya, saya bersetuju dengan Puan Mariam. Itu adalah satu-satunya cara bagi mengetahui status semasa kewangan kita.
Walaupun ianya amat tertekan apabila jumlah yang kita dapat adalah negatif (defisit).
Hutang duit perlu dibayar dengan duit. Ketabahan kita itu yang akan memenangkan kita melawan bebanan hutang.
Satu lagi pandangan bernas dari Puan Mariam
Waalaikummusalam Kart,
Untuk makluman para pelawat blog, Kart ataupun nama sebenarnya yang dirahsiakan… adalah di antara pembeli dan pembaca terawal buku saya.
Yang menariknya beliau menolak beberapa kali pelawaan saya untuk menjualkan buku itu kepadanya. Katanya “Saya tidak minat membaca buku. Saya juga tidak suka baca buku”
Selepas beberapa bulan saya menerima email daripadanya, menanyakan bila buku kedua saya akan keluar.
Ayat yang paling terbaik pernah diberitahu kepada saya adalah, gajinya semakin bertambah. Saya kata baguslah dapat kenaikan pangkat. Dia kata gajinya tidak berubah, cuma kos bulanannya sudah berkurangan. Jadi duit lebihan yang dia ada itu datangn dari gajinya sendiri.
Terima kasih di atas kesudian Kart memberikan pengalaman peribadi.
Insyaa-Allah, sama-samalah kita memajukan lagi umat Islam.
Assalamualaikum.
Sememangnya hutang merupakan satu beban. Jadi Kawallah ia. Banyakkan menyimpan, kos kini semakin meningkat.
Pada rakan semua ingatlah bahawa dengan adanya duit simpanan berbentuk tunai akan menjadikan kita lebih mudah menggandakannya. Kalau tak cubalah…. Kurangkan hutang, jangan berbelanja yang bukan keperluan dan banyakan simpanan. Akan terbuktilah apa yang saya katakan.
Terima kasih pada saudara Sham.
Untuk pengetahuan saudara, pertama kali saya membaca buku beliau ialah pada 3 bln yang lepas “Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan kemudian Makan Gaji Tetapi Kaya” Hasilnya sehingga kini saya telah dapat menyimpan ; 30% Gaji saya sebulan tidak termasuk bayaran kembali ansuran kereta dan Pinjaman peribadi.
Apa yang saya cita citakan, simpanan ini akan saya laburkan di saham amanah dan menanti peluang membeli hartanah yang akan membuatkan saya tidak perlu berkerja tidak kira berbentuk rumah, rumah kedai mahupun tanah pertanian.
Insyaallah akan apa yang saya usahakan kini akan saya teruskan demi mencapai matlamat dan cita-cita saya. Berhenti makan gaji tatkala mencapai umur 41 tahun.
Waalaikummusalam,
Satu lagi pandangan dari Saudara Hadi yang memulakan hidup dengan makan gaji pada 6 tahun yang lalu.
Dengan umur yang masih muda, saudara Hadi dapat menghidu keperluan menjadi ‘celik kewangan’.
Setiap matlamat perlu mempunyai masa bila ianya mesti dicapai. Semoga saudara Hadi mencapai impiannya itu.
Terima kasih saudara Hadi yang terus menerus memberikan pandangannya.