Entri ulangan (Entri pertama terbit pada 4 September 2008)
Buku Biskut Ajaib di bawah siri usahawan cilik akan berada di pasaran dalam pertengahan September 2008. Banyak lagi buku-buku dari siri ini akan lahir, antaranya Garaj Aiman.
Buku ini Hasil daripada cetusan idea Puan Ainon Mohd kepada saya ketika Pesta Buku Antarabangsa 2007 berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Insyaa-Allah banyak lagi cetusan idea Puan Ainon yang saya akan usahakan nanti.
Insyaa-Allah buku ini akan menjadi langkah pertama bagi kanak-kanak menceburi dunia bisnes.
Terima kasih juga kepada Cik Rozita (editor pengurusan PTS) Dan Tuan Nazrul (Pengurus PTS Pro) yang sentiasa memberi sokongan, panduan dan juga merealisasikannya. Terima Kasih.
Baca entri menarik berkenaan buku Biskut Ajaib di halamn SifuPTS.
Insyaa-Allah saya akan maklumkan apabila buku ini sudah siap di cetak.
InsyaAllah saya akan mendapatkan buku ini sebaik keluar kilang. 🙂
Terima kasih di atas sokongan saudara Azree (www.studiomuslim.com) saya amat menghargainya.
Semoga buku ini menjadi permulaan kepada buku mengajak kanak-kanak berniaga.
Bagus gak buku, tq hasilkan buku ni, rasanya yang pertama seumpama ni di pasaran Malaysia, macam buku rich kid smart kid, Robert Kiyosaki ke bro Sham
Terima kasih saudara Apiz.
Saya tidak pasti jika konsepnya sama dengan buku Rich Kid Smart Kid, kerana saya belum memiliki buku tersebut.
Buku Biskut Ajaib adalah buku cerita dan bukan dalam bentuk buku ilmiah. Buku dalam bentuk ilmiah bakal menyusul kemudian.
Mungkin saudara Apiz dapat membuat ulasan berkenaan dengan buku tersebut.
Ok. Saya tunggu buku ni keluar nanti.
Best juga, kalau dapat buat makanan budak-budak ini.
Ok, all the best!!!
Assalamualaikum,
Sham, Alhamdullilah gembira nampaknya bila mnegtahui kawan kita ini mengikut jejak EN izzi…(En Izzuddin) saya dapat web ini dari kawan kita juga Azemi Ali (DIA C). Semoga sukses selalu dan selamat menjalankan ibadah berpuasa.