Skip to main content

Insyaa-Allah syarat utama sebuah kenduri perkahwinan yang diberkati Tuhan yang mencipta sekelian alam adalah yang tidak mengandungi pembaziran.

  • Ini bermakna pakaian yang dibuat ataupun ditempah adalah pakaian yang boleh dipakai semula selepas kenduri perkahwinan berakhir. Sama ada untuk ke pejabat ataupun bersiar-siar.
  • Kad perkahwinan yangย  ditempah mesti mestilah sekadar memenuhi tujuannya, kerana kad itu hanya laku pada tarikh perkahwinan itu sahaja.ย  Kad itu dibuang ke dalam tong sampah selepas tarikh itu, kerana sudah tidak berguna.ย  Hanya maklumat seperti nama, alamat dan tarikh yang diperlukan di dalam kad tersebut. Kad yang berharga beberapa puluh sen sekeping sudah mencukupi.
  • Tiada ‘buah tangan’ yang diberikan kepada tetamu yang tidak boleh diguna pakai, kerana ianya hanya satu pembaziran. Contohnya, pot pouri, tuala sebesar tangan sekadar hiasan, cawan hiasan, sudu hiasan.ย  Hanya pemilik kedai aksesori perkahwinan yang membuat keuntungan di atas pembaziran tersebut.
  • Tiada hiasan yang berlebihan ketika kenduri kahwin, sekadar membersihkan dalaman dan luar rumah. Jika ada bajet lebih, cukup sekadar mengecat rumah. Masih ramai orang yang tidak bernasib baik sedang menantikan bantuan kita bagi mengharungi hidup sebagai warga tua, anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.
  • Dulang hantaran dihadkan kepada maksimun 5 sahaja. Itupun sudah banyak.
  • Jika dihadiahkan dengan sebentuk cincin emas kuning (yang harganya lebihย stabil berbanding emas putih) sudah memadai, tidak perlu lagi hantaran lain yang hanya dilihat untuk ‘menunjuk-nunjuk’ dan banyak yang menimbulkan riak.
  • Duit Hantaran ditukar kepada Mas Kahwin dan jumlah RM3,000 sudah lebih dari mencukupi. Jika ingin diberikan lebih, lebih baik gunakan duit mas kahwin itu bagi membayar down payment bagi sebuah apartmen ataupun rumah.ย  Perjanjian pembelian rumah didaftarkan di atas nama pengantin perempuan sahaja. Letakkan perjanjian jual beli rumah itu di atas dulang sebagai ‘Mas Kahwin’ bersama RM1,00O yang sebaiknya dibank in ke dalam akaunย pengantin perempuanย selepas akad nikah.
  • Elakkan membeli rantai, gelang bagi dihadiahkan kepada pengantin perempuanย jika perbelanjaan itu memerlukan kita menanguhkan majlish pernikahan ataupun menyebabkan kita perlu berhutang.
  • Buat keputusan untuk menikahi calon pengantin setelah mendapat petunjuk dari ‘Sembahyang Isthikarah’
  • Tukarkan tajuk majlis perkahwinan kepada Kenduri Kesyukuran bagi meraihkan kedatangan ‘menantu’ dan bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa anak kita sudah bernikah dengan sah. Di mana tetamu di jemput untuk makan ‘FREE’ tanpa perlu membayar ‘cukai’.
  • Tiada lagi muzik-muzik latar yang membuatkan gegendang telinga tetamuย hampir pecah. Jika perlukan alunan muzik, dapatkan kaset yang hanya ada latar belakang muzikย ย semata-mata, sekadar mencipta suatu suasana yang tenang dan ceria. Duit habis dibayar, tetapi tetamu asyik mengadu susah untuk berbicara dengan tetamu lain di majlis itu, kerana terlalu bising dengan muzik.
  • Tempat persandingan… Jika merasakan tidak perlu lagi duit untuk dibelanjakan bagiย membantu orang yang miskin, anak yatim, warga tua yang hilang tempat bergantung dan yang memerlukan duit untuk sesuap nasi.
  • Tiada lagi kos mengupah mak andam ‘profesional’ย yang menukarkan wajah seorang wanita normal kepada wajah pelakon opera cina. Sehingga hilang wajah asal pasangan berkahwin itu. Cukup sekadar kos mengadam yang asas.

Majlis kenduri perkahwinan yang diadakan seperti di atas, insyaa-Allah bebas dari sifat ‘Menunjuk-nunjuk ataupun riak’. Bukan sahaja tetamu yang akan gembira, pasangan pengantin, ibubapa, dan orang ramai juga gembira kerana tiada bebanan kerja yang melampau dan kos juga rendah tidak perlu berhutang.

Jika kita benar-benar ada duit ekstra, lebih baik kita gunakan bagi memberikan RM 10 ataupun RM50 bagi setiap orang yang menghadiri kenduri perkahwinan, itu sudah pasti akan dihargai oleh setiap tetamuย sehingga ke akhir hayat mereka.

Maklumat di atas adalah hasil dari kajian peribadi dan pandangan yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Sedihย apabila melihat kenduri perkahwinan yang tidak berpijak di atas bumi Allah.

Akan disambung lagi. (Dialu-alukan sebarang diskusi atau pandanganย dari Tuan dan Puan, agar kita semua mendapat manfaat yang terbaik dari setiap apa yang dibicarakan).

7 Comments

  • ashraflatif says:

    Bagi kami yang ingin berkahwin ini, tuan, sememangnya kami ingin majlis yang begini. Tetapi, kami tidak ada suara dalam menetapkan perkara-perkara ini. Lagi pula, orang tua di kampung sememangnya amat dengar kepada cakap-cakap orang.

  • nazrin says:

    SALAM
    bagaimana or caranya nak meyakinkan ibubapa pengantin,yang selama nie mengamalkan adat, daripada mengamalkan majlis perkahwinan yg berkat…..

  • Salam kepada Saudara Ashraflatif dan Nazrin,

    Situasi orang tua yang amat dengar cakap-cakap orang dan teknik membebaskan ibubapa pengantin yang mengamalkan adat(yang direka cipta orang yang terdahulu yang kreatif)adalah sesuatu yang sentiasa dihadapi oleh anak-anak yang ingin berkahwin.

    Itu adalah di antara sebab kenapa saya akan keluarkan dua buah buku jika diizinkan oleh Allah berkenaan perkahwinan. Satu untuk dibaca oleh ibubapa dan satu lagi untuk dibaca oleh bakal pengantin. Semoga adat-adat yang menghalang keberkatan itu diganti dengan adat-adat baru insyaa-Allah.

  • fendikareem says:

    kadang2 keadaan sekeliling contohnya artis yg berkahwin dgn hantaran ribu2, menunjuk2..dah mcm ikutan plak..hrp en.sham keluarkan cpt buku mengenai perkahwinan 2

  • Saudara Fendi Kareem,

    Keadaan disekeliling yang membuatkan sebahagian besar dari kita terikut-ikut, walaupun kita sudah melihat perkahwinan yang dibuat besar-besaran, banyak juga yang berakhir dengan bercerai walaupun tidak sampai satu tahun perkahwinan. Hutang pinjaman kahwin belum selesai, tetapi sudah bercerai.

    Insyaa-Allah saya akan mempercepatkan penghasilan buku tersebut. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan saudara.

  • Azlan says:

    Saudara Shamsuddin,
    Saya ada material yang boleh membantu saudara membuat buku. Saya juga membuat research mengenai perkara2 / adat2 dalam majlis perkahwinan yang boleh ditinggalkan dimana kebaikannya meniggalkan jauh lebih banyak dari membuatnya dan beberapa pengalaman yang saya dapat dalam memberi rundingan kepada bakal pengantin dan parents mereka. Jika ada kesempatan saya akan menulis, inshaallah

  • busyro says:

    bila buku nak kuar?

Leave a Reply