Skip to main content

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w.

Sepupu-sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi dan buat saudaraku yang beragama Buddha, Hindu dan Kristian.

Banyak yang kita dengar bahawa majoriti lelaki tidak kisah tentang hari jadi dan ada yang tidak ‘ambil port’ harijadinya sendiri. Apatah lagi hari jadi orang lain. Kerana lelaki kebanyakan berfikir menggunakan rasional, iaitu melihat sejauh mana pentingnya hari jadi itu, mereka mengkaji sama ada menyambut dan tidak menyambut hari jadi itu memberikan perubahan dari segi hidup mereka, iaitu sama ada mereka menjadi orang yang lebih rajin, produktif, ataupun berjaya ataupun sama sahaja.

Sebahagian Lelaki melihat hari jadi adalah satu proses membelanjakan duit untuk sesuatu perkara yang tidak memberikan manfaat. Umpama menyambut hari jadi matahari yang tiba pada setiap pagi selama ini, adakah ianya memberikan kesan kepada matahari itu?

Entri ini saya tulis, apabila Insyaa Allah isteri saya Ain Muhammad bertanya saya petang semalam, “Betulke lelaki tidak kisah tentang harijadinya?”

Sebahagian wanita kisah tentang harijadinya. Apakah punca sebahagian wanita yang kisah tentang hari jadinya ? Secara asas kita dapat simpulkan wanita yang kisah tentang harijadinya, adalah wanita yang :

1.Pernah baca buku dari ilmu barat

2.Pernah tengok cerita yang dari ajaran barat berkenaan sambut harijadi guna kek dan lilin

3.Pernah tengok jiran, saudara ataupun ibu bapanya menyambut harijadi

4. Pernah tengok filem yang ada kisah harijadi

5. Pernah baca kad harijadi

6. Pernah baca dan lihat bagaimana orang yang mengucapkan harijadi di facebook…..

7. Pernah baca majalah….

Wanita yang tidak kisah tentang harijadinya, adalah wanita yang secara majoritinya tidak buat perkara di atas, ataupun yang mempunyai prinsip yang kental, iaitu tidak mahu terpengaruh dengan kaedah budaya ataupun ajaran orang lain.

Lihat majoriti ibu bapa yang berumur 70 tahun sekarang, majoritinya tidak menyambut ataupun bercakap tentang harijadinya. Wanita-wanita yang membaca buku Psikologi berkenaan kesan harijadi keatas dorongan.

Wanita yang banyak baca Al Quran dan kitab, adalah antara wanita-wanita yang tidak ambil kisah tentang harijadi mereka, mereka hanya kisah harimati mereka.

OLeh itu, kata-kata yang mengatakan wanita ambil kisah tentang harijadinya, tidak tepat, kerana bergantung kepada jenis wanita, itu, saya mendoakan, supaya tiada ahli keluarga saya yang terpengaruh dengan harijadi, dan lebih terpengaruh kepada harimati.

Kesimpulannya, tidak semua lelaki dan perempuan kisah dengan harijadi.

Individu yang saya kagum dalam hidup saya, adalah Allahyarham ayah saya, yang hanya menyambut hari jadi seorang individu sahaja pada setiap tahun, sewaktu hayatnya iaitu pada tanggal 12 Rabiul Awal. Ibu saya tidak menyambutnya sehingga sekarang, bapa mertua saya tidak menyambutnya, Ibu Mertua saya mengikut isteri saya “Ma, tidak tahupun bila tarikh hari jadinya, ma tidak ingat, walaupun beliau pandai membaca dan mengira” Kerana itu tidak penting bagi sebahagian individu.

Walau bagaimana pun, apabila orang lain mengucapkan selamat hari lahir kepada kita, adalah secara beradabnya kita menghargainya.

Lain Sekolah kehidupan, Lain Pula ajarannya. Raikan perbezaan, kerana kebanyakan perbezaan adalah antara yang betul dan betul. Di dalam Islam ini sungguh indah, banyak perbezaan Mazhab bukan disebabkan antara betul dan salah, sebaliknya antara yang betul dan betul. Raikan. Maksud saya jangan kita hina orang yang hidup dan matinya perjuangkan kepentingan menyambut harijadi, kerana Insyaa Allah mereka juga betul, di atas ilmu yang betul mereka sandarkan, Insyaa Allah.

Wallahu A’lam.

Facebook rasmi pages Shamsuddin Kadir