Bank Menjual Loan Anda Kepada Pihak Ketiga

Ini satu lagi berita tergempar bagi hampir semua rakyat Malaysia yang belum mengetahuinya. Boleh boleh menjualkan kontrak pinjaman yang kita tandatangani itu kepada pihak ketiga. Ini bermakna kita perlu meneruskan bayaran ansuran hutang ataupun tunggakkan kepada pemilik terbaru ke atas hak hutang yang kita telah buat.

Apa yang berlaku jika pihak ketiga yang sanggup membeli kontrak pinjaman kita itu adalah ‘Along yang berdaftar’? Ini satu lagi dilema yang harus dihadapi oleh orang yang ada hutang yang tertunggak dan menghadapi masalah bebanan kos sara hidup.

Kepada yang belum menghadapinya bakal menangung risiko yang teramat tinggi apabila kita membeli rumah, kereta, dan kos lain bagi bertujuan menunjuk-nunjuk  (di luar kemampuan sebenar). Ini dapat di lihat apabila kita membeli kereta yang jauh dari kemampuan sebenar dan mengambil pinjaman melebihi dari tempoh maksimun 4 tahun. Kita memiliki baki pinjaman peribadi bagi perkahwinan yang dimeterai pada 4 tahun yang lalu. Dan ada di antara kita yang masih menangung hutang pinjaman bagi melangsungkan perkahwinan  sebelum ini tetapi sudah tiada jodoh (bercerai) lagi bersama pasangan itu.

Ketahui akan perangkap-perangkap kewangan yang sentiasa dibicarakan di blog ini, dapat menghidarkan diri kita daripada menjadi mangsa.

Sebelum akaun pinjaman hutang kita bertukar tangan kepada pihak ketiga (pihak yang tidak diketahui akan kebaikannya), lebih baik kita menyusun hutang kita terlebih dahulu agar tiada lagi bebanan yang tidak perlu kita hadapi.

Ada bank yang meletakkan klaus dalam kontrak bahawa mereka dapat menjual / memindahkan kontrak pinjaman kita kepada pihak lain.

Siapa lagi berminat bagi menangung hutang kita ketika kita di dalam kesusahan, kalau bukan ‘Along’?

2 comments on “Bank Menjual Loan Anda Kepada Pihak Ketiga”

  1. apiz Reply

    Salam Bro Sham, boleh explain lagi pasal bank boleh jual kontrak pinjaman pada pihak ketiga ni dengan lebih jelas, contohnya apakah sebab yang membolehkan bank berbuat begitu?

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Saudara Apiz,

    Bank sanggup melakukan demikian, bagi mengelakkan mereka menangung kerugian apabila tidak dapat mengutip hutang yang tertunggak.

    Mereka yakni bank boleh bertindak sedemikian, bagi setiap kontrak pinjaman yang ada klausa atau terma berkenaan di dalamnya.

    Pihak ketiga seperti ‘Ahlong berdaftar’ kebiasaannya mengunakan kekerasan bagi mendapatkan duit.

    Saudara Apiz,

    Sekarang ini, apa-apa yang mustahil sudah menjadi biasa, apabila terdesak.

Leave a Reply to apiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *