Ulasan Buku Usahawan Cilik Oleh Pengerusi PTS

Di pagi hari Jumaat ini, Pengerusi PTS┬ámemilih tajuk “Membangunkan Generasi Usahawan Cilik” sebagai khutbah Jumaat PTS.

Seumur hidupnya Nabi Muhammad tidak pernah makan gaji. Beliau seorang pedagang.

Beliau mula diajar dan belajar berdagang pada usia 12 tahun. Apabila dewasa, beliau pergi berdagang ke luar negeri, dan melakukan aktiviti ekspot-impot barang-barang keperluan.

Sebagai seorang bisnesman, beliau tidak menceburi bidang pembuatan (manufacturing) ataupun perkhidmatan (services). Beliau melakukan jual-beli (trading). Justeru, beliau menunjukkan kepada para pengikutnya bahawa kemahiran berjual-beli adalah kemahiran paling asas dalam dunia bisnes.

PTS melancarkan siri usahawan cilik bagi menanamkan semangat keusahawanan kepada kanak-kanak. Mudah-mudahan mereka membesar dengan mengikut jejak Nabi Muhammad.

Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacakanlah doa salam dan selawat selepas setiap kali terbaca nama ‘Nabi Muhammad’.

Nota di atas termasuk gambar disalin dari halamn Puan SifuPTS . Laman usahawan cilik boleh dilayari di www.usahawancilik.com

3 comments on “Ulasan Buku Usahawan Cilik Oleh Pengerusi PTS”

  1. wati Reply

    Assalamualaikum

    Saya telah pun membuat tempahan online buku-buku Tuan.
    Saya tak pasti Tuan terma atau tidak saya punya senarai buku
    yang nak beli tu.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *