Kurangkan Kos Ataupun Tambah Sumber

Adakah kita perlu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan ataupun menambah sumber baru yang menjana duit kepada kita? Kita sentiasa dikejutkan dengan persoalan itu, apabila kita melihat duit yang tinggal di dalam akaun kita semakin berkurang pada setiap bulan.

Perbelanjaan yang perlu dihapuskan adalah perbelanjaan ego ataupun yang bertujuan menunjuk-nunjuk. Kadangkala kita tidak mengenal pasti sama ada kita ada menangung belanja bagi menunjuk-nunjuk. Cara paling mudah bagi kita mengetahuinya adalah dengan bertanya, adakah kita pernah memikirkan bertapa hebatnya kita apabila orang melihat apa yang kita ada itu.  Contoh yang ketara adalah handphone, kadang kala kita membeli handphone yang ada banyak fasiliti tetapi apa yang kita perlukan hanya untuk sms dan membuat dan menerima pangilan.

Manakala perbelanjaan yang kurang perlu perlu dikurangkan jika kita tidak ada 30% simpanan pada setiap bulan dari duit masuk setiap bulan. Pada setiap bulan kita perlu menyimpan RM RM 300 bagi setiap RM1,000 yang kita bawa balik pada setiap hujang bulan.

Antara yang kita perlu kaji semula adalah perbelanjaan membeli suratkhabar dan majalah.

Menambah sumber baru pendapatan banyak disalah angap oleh pekerja adalah dengan berkerja lebih masa. Buat bisnes sambilan ataupun melibatkan diri dengan MLM. Terdapat banyak lagi perlaburan yang kita boleh usahakan atau ceburi dengan hanya mengunakan duit sendiri ataupun duit orang lain.

1 comment on “Kurangkan Kos Ataupun Tambah Sumber”

  1. Azizul Reply

    Bagaimana dengan menambah sumber sumber baru pendapatan dengan bekerja sambilan selepas waktu pejabat? Kerja yang saya maksudkan adalah menjadi tutor sambilan IPTA.Saya kini membuat kerja sambilan berkenaan.Saya rasa ‘kerja lebih masa’ tu ok..kita mengajar..menambah ilmu yg ada dan menyampaikan ilmu kepada orang lain..bukankan itu manfaat..selain mendapat duit sampingan juga?

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *