Bengkel Kejayaan Sebenar Untuk Pelajar ‘GAGAL’

Insyaa-Allah selaku Trainer yang giat dalam aktiviti ‘kemahiran berfikir’, Shamsuddin Kadir (SK) sedang dalam proses menyiapkan keperluan bagi kursus, bengkel atau Workshop bagi pelajar yang ‘Gagal’.

Bengkel ini menyediakan ruang bagi pelajar yang mendapat UPSR sebagai contohnya 5B ataupun yang lebih rendah dari itu. Bengkel ini tidak bertujuan bagi menjadikan peserta bertambah cemerlang di dalam peperiksaan, sebaliknya menjadikan mereka orang yang berjaya di dalam kehidupan harian sama ada sewaktu mereka masih belajar ataupun bermula apabila mereka tamat SPM ataupun tamat di Universiti.

Sasaran pelangan adalah ibubapa yang inginkan anak mereka benar-benar berjaya di dalam kehidupan realiti iaitu apabila anak mereka tamat belajar, anak mereka berjaya mencipta peluang dan bukannya merebut peluang. Di mana anak-anak tidak akan menjadi penganggur walaupun sehari.

Ibubapa yang memiliki anak-anak yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dan ingin memastikan anak mereka memiliki masa depan yang amat cerah di dunia sebenar, boleh menghantarkan emel ke : info@shamsuddinkadir.com.

Pihak kami akan menghubungi Tuan dan Puan bagi memaklumkan maklumat terkini berkenaan dengan bengkel tersebut dari masa ke semasa.

Insyaa-Allah peserta-peserta yang mempratikkan apa yang mereka lalui dalam bengkel ini, akan membuatkan ibubapa tersenyum dan bersyukur walaupun anak mereka tidak mendapat ‘A’.

Bengkel ini hanya terbuka kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat UPSR, PMR DAN SPM.

1 comment on “Bengkel Kejayaan Sebenar Untuk Pelajar ‘GAGAL’”

  1. dira Reply

    Anak saya akan mengambil UPSR tahun ini.Dari segi akademik boleh dikatakan sederhana sahaja tetapi saya melihat bakatnya dalam bidang sukan agak menyerlah.Saya tidak menghantarnya ke pusat tuisyen sebaliknya mengajarnya sendiri di rumah.Saya memang menggalakkannya aktif dalam apa-apa saja kegiatan di sekolah.Saya lihat dia mempunyai keyakinan diri dan boleh berjaya sekiranya diasuh dengan cara yg betul.Pada pendapat saya,ilmu itu memang penting tetapi kejayaan seseorang bukanlah boleh diukur dengan melihat berapa banyak A sahaja.Ramai kawan-kawan saya sendiri bukanlah skor semua A dlm peperiksaan tetapi boleh berjaya dalam kehidupan yg sebenarnya.Bengkel ini mungkin dapat mencungkil potensi diri anak-anak untuk mencipta kejayaan.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *