Biar Sengkek Janji Sedap

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Di awal tahun 2009 saya  secara tidak sengaja terserempak dengan seorang wanita bersama seorang kanak-kanak berada di dalam sebuah kereta, sedang menunggu suaminya membeli belah di dalam pasaraya. Sebelum saya terpandang wanita dan seorang kanak berumur 8 tahun ++ itu, saya terpandang kereta yang dinaiki oleh mereka iaitu sebuah Proton Iswara yang terlalu daif catnya. Di mana cat terutama di bahagian bonet depan yang menutupi enjin sudah 100% berkarat dan secara 90% body kereta itu telah berkarat seribu.

Rasa simpati kepada wanita tersebut dan keluarganya mula menjalar ke lubuk hati saya, tiba-tiba mata saya terpandang ke arah beberapa bungkus kotak sederhana yang sedang dipegang oleh wanita ini. Saya cukup sedih apabila melihat jenama makanan segera yang tertera pada kotak dan plastik itu. Di tanggan sebelah kanan, beliau sedang memeggang peha ayam yang sudah tinggal separuh isinya.

Dalam keadaan hidup yang terlalu daif dan sengkek itu, beliau memilih hari itu bagi menikmati ‘sedap’.

Apabila kita tidak dapat menanguh kepuasaan, semuanya ingin dirasai hari ini sedangkan esok mungkin tiada lagi kesedapan dalam hidup akibat tindakan kita pada hari ini

Shamsuddin Kadir

Teluk Cempedak, Kuantan

Pahang

 

1 comment on “Biar Sengkek Janji Sedap”

  1. arenee Reply

    err… saya tak berapa faham.. apa yang tuan kadir cuba sampaikan yer?. Adakah tuan shamsudin cuba menyatakan bahawa.. perempuan tersebut tidak tahu berjimat-cermat dan lebih mementingkan “nikmat” segera. Disebabkan itu, kehidupannya miskin dan tidak mampu memiliki kereta yang bagus?

    Persoalannya.. mengapa kalau ternampak je orang bawa kereta buruk, kita akan terus menganggap bahawa orang itu miskin?

    Jika itu maksud tuan shamsudin , saya agak kurang bersetuju. Ini kerana, saya juga memiliki kereta yang buruk, tetapi saya tidak berhutang, malah saya mempunyai simpanan wang beratus-ratus ribu RM di dalam bank.

    Saya menggunakan kereta buruk kerana saya beranggapan kereta bukanlah sebuah aset, jadi tidak perlulah saya membazir membeli kereta yang bagus.. biarlah kereta itu buruk, yang penting objektif kereta tersebut tercapai.. iaitu membawa saya dari A ke B.

    Berkenaan makanan segera pula? Bagi saya tidak salah untuk beliau membelanjakan wang beliau untuk menikmati makanan tersebut. Mungkin, itulah benda yang boleh memberikan kenikmatan dan kebahagian kepada mereka sekeluarga (berbanding memiliki kereta mewah).

    P/s:- Entah-entah orang yang tuan shamsudin nampak tu adalah saya. Oh!

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *