Tetamu SK: Tazkirah Kewangan Shah Alam 21 Jun 09

Salam Tuan Sham, 
 
Moga Tuhan memberkati tuan dengan usaha tuan memartabatkan pengetahuan kewangan yang
memang lemah di kalangan umat Islam di Malaysia.
 
Tuan, mengikut website tuan, jadual kuliah adalah seperti dibawah:
======================================
Di antara Kuliah Tetap pada setiap bulan :

Masjid Al-I’Tisam di TTDI Jaya, Shah Alam  – Kuliah subuh pada setiap minggu ketiga

======================================
 
Namun, jadual ini adalah sangat umum.
Boleh tuan bagi yang sedikit detail bila tarikh sebenarnya.
Ataupun bila tarikh akan datang yang paling dekat(latest).
 
Sekian Terima Kasih
 
 
IBRAHIM 

—————————-

Waalaikummusalam Tuan Ibrahim,

Terima kasih di atas pertanyaan di atas. Untuk makluman Tuan dan Puan, Tazkirah berkenaan dengan Kewangan & Ekonomi Ummah akan di adakan di Masjid Al-I’Tisam di TTDI Jaya, Shah Alam  pada  hari Ahad, 21 Jun 2009 – Kuliah subuh pada setiap minggu ketiga.

Kepada Tuan dan Puan yang berada di kawasan berhampiran ataupun ada kelapangan dialu-alukan bagi turut serta dalam tazkhirah tersebut.

Kepada Tuan dan Puan yang tinggal di kawasan lain ataupun ingin menjemput Shamsuddin Kadir bagi menyampaikan Tazkhirah Kewangan  sama ada di Masjid, Surau ataupun pejabat ataupun sempena ceramah bulanan boleh menghubungi SK di 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com ataupun sms ke 019 300 1200.

1 comment on “Tetamu SK: Tazkirah Kewangan Shah Alam 21 Jun 09”

  1. Noor azimah Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham

    saya ingin medapatkan pandangan tuan Sham tentang membeli barang kemas.saya berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur,dimana kebanyakan orang orang pantai timur suka memakai barang kemas,yang adakalanya sehingga ke paras siku banyaknya.apabila ditanyakan pendapatnya kenapa suka membeli barang kemas jika ada lebihan wang,(ada juga yg sanggup tak makan semata mata nak membeli rantai emas).kenapa tidak dilaburkan sahaja seperti di asb atau unit trust,jawapannya agak memeranjatkan saya.katanya,kita ni jika tak berbarang(emas)ditubuh,tak dipandang orang walau sebelah mata(status rendah/tiada harta).lagipun jika ada barang kemas,boleh juga ke pajak gadai disaat kesempitan.benarkah begitu tuan Sham?saya agak ragu ragu tentang pandangan ini.dan apa pendapat tuan Sham tentang pelaburan emas?membeli barang barang kemas,disimpan sebagai salah satu pelaburan jangka panjang adalah lebih menguntungkan berbanding menyimpan wang tunai. sekian terima kasih

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *