Bengkel Urus Wang Percuma Kedua Akan Diadakan

Insyaa-Allah, dengan kemudahan yang Allah kurniakan, SK akan menjayakan satu lagi bengkel percuma berkenaan urus wang di Kuala Lumpur. Lokasi cadangan adalah di Perpustakaan Negara.

Tim SK akan menghubungi pihak Perpustakaan Negara bagi melihat kesesuaian bagi mengadakan bengkel berkenaan di sana.

Untuk makluman kepada Tuan dan Puan yang baru mendaftar selepas tarikh tutup, hanya layak bagi menghadiri bengkel kedua ini nanti, berkemungkinan bengkel kedua menjadi bengkel percuma terakhir untuk 2009. Sila daftarkan nama dengan mengemelkan nama dan nombor telefon ke info@shamsuddinkadir.com Tuliskan subjek : Bengkel Urus Wang Percuma Siri Ke-2

Bengkel ini berkemungkinan di adakan pada bulan Puasa nanti, selepas SK Pulang dari program di Sabah.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

12 comments on “Bengkel Urus Wang Percuma Kedua Akan Diadakan”

  1. arisyia Reply

    Say nak pergi ..dulu ada email tak jawab pun..blog ni jarang di kemas kini.Harap web master dapat reply email.

  2. shaharil Reply

    Salam.Bengkel seumpama ini amat bagus sekali terutamanya kepada mahasiswa/i kerana mampu meningkat kemahiran menguruskan kewangan dengan betul tambahan pula diberikan secara percuma.Namun begitu saya berasa kerana lokasi yang dipilih adalah di kuala lumpur. keadaan ini menyebabkan penduduk di utara tak dapat hadir. Saya mencadangkan bengkel ini juga diadakan di sebelah utara.wassalam.tk.

  3. angah Reply

    Saya berminat utk mghadiri bengkel ini walaupun tlepas siri pertama baru2 ini.

    Bolehlah SK cadangkan bengkel ini di buat pada hari Sabtu?

    Ini kerana setiap hari ahad pula saya menghadiri klas(sebagai part time student di IPTA)

  4. mahtakas Reply

    Salam… saya dan suami berminat untuk menghadiri bengkel ini. Email akan dihantar dan diharap mendapat perhatian dari team SK… terima kasih..

  5. aiman Reply

    Salam. Saya berminat untuk menyertai seminar yg tuan anjurkan itu. Bila dah ada tarikh dan tempat jg.lupa info saya.tk.

  6. zuraimi Reply

    Salam. Saya berminat nak join. Tp kat Kota Kinabalu bila nak buat? Kalo dah buat, knp tkda info ttg bengkel ni?

  7. Zetty Reply

    saya di johor bahru. macam mana nak turut serta..atau ada bengkel seperti ini di johor bahru? terima kasih..

  8. Ruzitah Wagi Reply

    alam,
    Saya berminat untuk mengikuti kursus pengurusan kewangan/perniagaan yang bakal diadakan. Saya kini berada di Johor Bahru.
    Jika pihak anda mempunyai kursus-kursus seumpama ini dalam masa terdekat, saya bersedia untuk mengikutinya.
    Sila email saya maklumat lanjut berkaitan perkara di atas.
    Terima kasih.

    Ruzitah Wagi
    0127591697

  9. Ruzitah Wagi Reply

    Salam,
    Saya berminat untuk mengikuti kursus pengurusan kewangan/perniagaan yang bakal diadakan. Saya kini berada di Johor Bahru.
    Jika pihak anda mempunyai kursus-kursus seumpama ini dalam masa terdekat, saya bersedia untuk mengikutinya.
    Sila email saya maklumat lanjut berkaitan perkara di atas.
    Terima kasih.

    Ruzitah Wagi
    0127591697

Leave a Reply to mahtakas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *