Pendaftaran Kursus Urus Wang Percuma Ditutup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan yang amat dimuliakan,

Pendaftaran untuk kursus urus wang secara percuma pada 2 Ogos 2009, terpaksa ditutup pada hari ini (Khamis, 23 Julai 2009), hanya emel yang diterima sebelum pukul 12 tenghari ini sahaja diterima.

Pendaftaran terpaska ditutup, kerana jumlah  yang mendaftar juga melebihi. Jika pendaftaran masih dibuka, tiada tempat lagi bagi memuatkan tetamu baru itu.

Dengan izin Allah dan jika dipermudahkan oleh Nya, kami akan mengadakan sekali lagi bengkel urus wang percuma ini.

Antara topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :

1. Duit Gaji – cara bajet duit gaji

2. Hutang – seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, cara untuk membebaskan diri dari bebanan itu

3. Gaya hidup yang tenang dan ceria – aplikasi model kehidupan yang tenang ‘bebas¬†stres’

dan lain-lain yang sempat kita bicarakan secara bersama.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *