Tetamu SK : Menang Loteri

Salam Tuan,

Semalam saya telah menang loteri dan memperoleh dua sijil satu dari UK ( Llyod bank ) dan satu lagi dari China ( Citic bank of china ), Saya tak tahu ini pasti atau tidak.

Semalam foreign fund manager daripada china ada menghubungi saya and ni phone dia +128613549219407 mengatakan suruh saya bayar USD 1350 untuk goverment clearance tax sebelum mereka dapat release duit saya itu, tapi saya belum bayar lagi sebab dah dua kali mereka hubungi saya.

Saya mohon pandangan tuan tentang perkara ini, apa perlu saya buat? Jika ini tidak benar harap tuan dapat sebarkan ke seluruh malaysia tentang perkara ini.

Sekian terima kasih
Best regards,
IZ

Emel seterusnya yang diterima adalah seperti berikut :

Salam,

Llyod bank dari UK mintak saya bayar GBP 590 untuk ‘Drug/ terrorism certificate’ dan ‘clearance document’.

Harap tuan dapat bagi pandangan..
—–Original Message—–
From: IZ (bukan nama sebenar)
Sent: Tuesday, June 30, 2009 8:27 AM
To: ‘info@shamsuddinkadir.com
Subject: Menang Loteri
———————————————-

Waalaikummusalam Tuan,

Ini satu lagi bentuk penipuan yang dilakukan bagi mengaburi individu-individu yang belum terdedah dengan sindiket mereka.

Abaikan emel dan panggilan dari mereka. Sudah beberapa ramai yang tertipu termasuk seorang guru yang kehapisan semua duit simpanan yang melebihi dari RM 100,000.

Jangan kita bebankan lagi petugas di balai polis dengan lapuran kita sudah kena tipu. Wawarkan kepada seberapa ramai orang.

Siapalah yang rajin hendak memberi kita hadiah secara tiba-tiba?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

 

2 comments on “Tetamu SK : Menang Loteri”

  1. dira Reply

    Assalamualaikum.Baru-baru ini ada e-mail daripada toyota china.Kononnya saya dipilih daripada e-mail address secara rambang dan memenangi toyota camry dan wang tunai.Mereka menyuruh saya menyertakan butir peribadi dan pelabuhan mana untuk dihantar kereta tersebut.Mengarut betul,mana ada orang yg nak bagi kita hadiah semudah itu kalau tiada apa-apa muslihat.Jangan percaya,semua itu bohong belaka.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam.

    Terima kasih saudara kerana sudi menguatkan lagi bicara kita tentang penipuan ini. Saya percaya ianya amat membantu komuniti kita dari terjebak.

    Shamsuddin Kadir

Leave a Reply to dira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *