Bajet Raya Belanja Yang Mampu Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap kali raya, pasti ada yang membazir, itu banyak keluhan yang kita dapat didengari dan kadang kala keluhan itu datang dari diri kita sendiri. Perkara yang paling banyak membuatkan kita terlibat dengan belanja yang tidak perlu adalah prinsip hidup.

Apa prinsip hidup Tuan dan Puan ?

Antara prinsip hidup SK adalah seperti berikut :

  • Beraya tanpa membuatkan orang lain tidak selesa dengan pakaian kita
  • Bercakap mengunakan ketampanan sosial sebagai alat berkomunikasi yang disukai oleh orang yang bercakap dengan kita. Kenangan di hari raya menjadi ingatan para tetamu kita.

 

  • Memakai baju baru di hari raya tetapi tidak untuk desain yang berlebihan sehingga orang lain merasa rendah diri. Jika dikelilingi oleh individu yang belum berkemampuan (pakai juga baju-baju lama).
  • Rumah tidak dihiasi dengan perkakas baru dengan alasan beraya. Sehingga kini SK tidak pernah membeli barangan seperti sofa raya, langsir raya. Pembelian barangan adalah berdasarkan keperluan dan tidak perlu menunggu ‘raya’.
  • Kuih raya, yang ada halal ‘jakim’ dan dibuat oleh Muslim bagi mendapatkan keberkatan. Itupun beli yang benar-benar perlu sahaja dan tidak perlu ada desain yang kelas.
  • Cuba sedaya upaya untuk memastikan penampilan sekeluarga adalah lebih rendah sedikit dari keluarga orang lain, supaya tetamu ataupun saudara mara lebih selesa mendampingi.
  • Mesti berkunjung ke rumah orang lain bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan membawa bersama ‘ketampanan sosial’ sebagai buah mulut (tangan) yang meninggalkan kesan sampai bila-bila. Tersentuh hati apabila Ibu kepada pemilik rumah yang saya sewa sewaktu di Senai Airport itu menangis setiap kali pokok rambutannya berbuah kerana teringatkan kepada saya sekeluarga. Menantunya memaklumkan kepada isteri saya ketika bertemu sebelum ini. Insyaa-Allah selepas raya saya akan ke Kebun Teh, Johor Bahru untuk menemui Pak Haji dan Mak Haji yang sangat-sangat baik hati dan dirindui itu.
  • Mesti sedaya upaya  menyumbang duit-duit bagi membantu individu yang susah.

Itu adalah sebahagian dari prinsip hidup SK terutama berkenaan raya.

Meja makan baru, sofa baru, langsir baru, hiasan rumah yang baru, baju yang trendy, adalah di antara belanja yang membuatkan para tetamu tidak selesa apabila tetamu itu tidak dapat menyediakan keperluan itu di pagi raya.

Lihat jiran-jiran kita, dan adakah kita merasa tenang dan selesa apabila menziarahi jiran yang sentiasa berwajah baru ketika raya, sedangkan kita tidak berkemampuan berbuat demikian. Fikirkan bagaimana perasaan kita pula apabila jiran yang sentiasa dengan wajah baru itu menziarahi rumah kita.

Prinsip SK : Ketampanan sosial adalah keperluan bagi lelaki dan Kejelitaan sosial adalah make up wanita yang paling menarik dan cantik untuk dikekalkan sepanjang hidup ini.

Hari ini SK akan keluar membeli belah keperluan baju baru keluarga yang tidak merendah-rendahkan pakaian ‘raya’ orang lain.

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel: info@shamsuddinkadir.com

1 comment on “Bajet Raya Belanja Yang Mampu Sahaja”

  1. noordin Reply

    Salam semua,

    Orang Islam hari ini adalah masyarakat pengguna yang baik. Setiap hari mereka memikirkan cara-cara untuk berbelanja supaya pendapatan yang mereka perolehi dihabiskan sebelum gaji yang akan datang. Hakikatnya, sebagai pengguna mereka berada pada hiraki yang paling tercorot dalam kalangan manusia. Nasib orang Islam/Melayu akan terus terbiar jika kitar hidup sebegini tidak berubah. Lebih malang lagi ialah apa yang akan ditinggalkan pada generasi akan datang.

    Usaha SK saya sanjung tinggi.

    Noordin, Penang

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *