Sepupu SK: Dilema Antara 3 Kerjaya

Assalamualaikum,

Saya ingin kan pendapat tuan Sham.

Saya sekarang mempunyai 3 kerjaya yang membuatkan saya tidak dapat memfokuskan dan membahagikan masa saya dengan teratur. Kerjaya pertama saya adalah sebagai seorang penasihat jualan d sebuah syarikat kereta. Ini adalah kerjaya saya yang paling lama iaitu selama 14 tahun.

Kerjaya kedua saya ialah sebagai Insurans & Takaful Am agen semenjak 2002 hingga sekarang.

Dan kerjaya ketiga saya ialah sebagai perunding unit amanah yang baru saya ceburi pada awal tahun ini.

Bagaimanakah saya boleh membuat pilihan yang bijak untuk saya fokuskan pada satu kerjaya sahaja kerana saya tidak dapat menanggung tekanan kerja hinggakan masa bersama keluarga pun terbatas. Minta tuan Sham ulas dan beri pandangan, terima kasih.

MD (Bukan nama sebenar)

——————————-

Waalaikummusalam Tuan MD,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Biasanya apabila kita ada kerjaya LEBIH DARI SATU (1) ianya membuatkan kita dibebani dengan tekanan. Pilihan bijak harus dilakukan bagi memastikan kita tidak menyesal kelak. Satu-satunya cara yang membantu kita membuat pilihan bijak adalah ‘Solat Isthikarah’. Di mana Tuan boleh melakukannya di waktu malam sebelum masuk tidur dengan mengambil air wuduk, niat solat adalah ‘Sahaja aku sembahyang Sunat Isthikarah 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.

Pastikan beberapa saat sebelum berniat , iaitu sebaik mahu melakukan sembahyang Tuan sudah mengambarkan ataupun membayangkan ketiga-tiga kerjaya itu. Ketika sujud terakhir, bayangkan ketiga-tiga kerjaya itu dan niat di hati agar diberi pertunjuk, kerjaya mana adalah pilihan bijak @ terbaik untuk Tuan. Selepas memberi salam, boleh membaca doa Isthikarah, jika tidak dapat mencarinya, cukup sekadar membaca ‘Ya Allah berilah aku pertunjuk, kerjaya mana yang paling baik untuk kehidupan aku di dunia dan diakhirat. Amin.

Selepas itu terus tidur, jika tidak nampak dalam mimpi, lakukan selama 7 hari, jika masih tidak nampak, ketika itu rasakan kerjaya mana yang kita paling suka.

Jika di tanya pandangan murah dari Shamsuddin Kadir ini saya ingin Tuan fokus kepada Jurujual Kereta, akan tetapi Tuan mungkin menyesal jika ikut pandangan saya, Jika tuan mendapat pandangan Allah iaitu melalui Isthikarah, Tuan tidak akan menyesal sampai bila-bila, kerana semua ini Allah yang punya, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mohon kepadaNya.

Allah sedang menanti dan suka kepada hambaNya yang yakin dan percaya akan kekuasaanNya yang melebihi dari apa yang kita dapat fikir dan rasai.

Semoga lebih berjaya saudara sepupuku.

Shamsuddin Kadir

1 comment on “Sepupu SK: Dilema Antara 3 Kerjaya”

  1. Hairizal a.k.a Jaigoku Reply

    Salam Tuan,

    Kehidupan ibarat tubuh. Manakala masa(kebahagiaan) dan pekerjaan ibarat tangan kanan dan kiri.

    Jika tangan sebelah yang menadah pekerjaan itu mampu kita genggam maka itulah pekerjaan kita. Jika pekerjaan lain itu kita masih terima pasti tangan yang disebelah itu tidak mampu lagi menampung pekerjaan yang kita masih terima dan ia pasti akan jatuh dari genggaman.

    Jika kita memberi tanggungjawab tangan yang sebelah lagi itu untuk menerima pekerjaan, pasti masa dan kebahagiaan kita tidak akan tercapai.. 🙂

    Betul kata Tuan SK tu..(solat Istikharah) agar diberi petunjuk dari Allah..

    Saya suka.. 🙂
    http://www.h2jbiz.com/blog

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *