Pasaraya Besar Buat Kita Berbelanja LEBIH

Tuan, Puan¬† (semua sepupu ‘cousin’) yang dimuliakan,

Pasaraya besar selalu mewawarkan bahawa mereka menjual barangan dengan harga murah dan dapat membuat penjimatan berbanding membelinya di kedai kecil seperti di kedai runcit.

Secara asas dakwaan ini adalah benar, tetapi kehidupan majoriti dari individu yang membeli di pasaraya besar adalah sebaliknya.

Sebelum ataupun selepas membeli barangan di gedung pasaraya itu, kita masih disediakan dengan pelbagai produk yang ‘mahal’ seperti makanan segera yang kita terpaksa menangung berpuluh puluh ringgit ekstra demi mendapatkan penjimatan antara¬†RM10 – RM15 bagi pembelian barangan keperluan di dalam ruangan pasaraya itu. Itu belum ditambah dengan pakaian, permainan dan lain-lain produk yang dijual di pintu masuk ke ruangan menjual barangan keperluan itu.

90% Produk yang adalah di dalam pasaraya besar menjual barangan yang kita TIDAK PERLU. Ini membuatkan duit gaji ataupun pendapatan kita sentiasa tidak cukup. Kepada Tuan dan Puan yang ada kad kredit, cuba lihat hutang kad kredit semakin meningkat, ini adalah perang saraf yang kita mungkin terlepas pandang. Kita akan menambah dengan pinjaman peribadi bari membayar hutang kad kredit itu apabila sudah mencapai maksimum. Selepas itu kita akan melibatkan dengan pembelian skim ansuran mudah. Ini adalah penyakit TIGA SERANGKAI yang menghilangkan nikmat TENANG difikiran yang sebahagian dari sepupu kita pada hari sudah tidak lagi merasa tenang. Dalam fikiran adalah cari duit lebih banyak dan guna untuk bayar hutang yang tidak akan habis.

Pasaraya kecil yang digalakkan untuk membeli adalah Pasaraya Mydin Kecil sebagai contohnya, kerana 90% barangan yang dijual adalah barangan yang kita perlukan pada setiap hari.

Jika di tempat kita tiada pasaraya Mydin, kedai runcit juga satu pilihan yang terbaik. Jika ingin ke pasaraya juga, pastikan kita membawa senarai dan beli apa yang ada dalam senarai sahaja.

Semoga semua sepupu memiliki nikmat TENANG pada setiap saat yang dilalui. Itulah kehidupan sebenar manusia. Apa guna memiliki segala-galanya tetapi tidak TENANG kerana apa yang ada di dalam rumah dan mungkin termasuk HP juga dibeli secara HUTANG…

Bebaskan diri kita dari kemelut hutang dan perangkap hari ini.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat dan Penulis 9 Buah buku Di Malaysia dan 3 di Indonesia

4 comments on “Pasaraya Besar Buat Kita Berbelanja LEBIH”

  1. 2bz4money Reply

    Salam semua,
    Memang tak dinafikan membeli belah di hypermarket menjimatkan perbelanjaan terutamanya melibatkan barangan keperluan harian. Namun demikian, jika sikap ‘memborong’ tidak dikawal, ianya menyebabkan pembaziran kerana produk cepat rosak atau pendek tempoh lakunya. Tiada kawalan pengeluaran dan nafsu makan, akhirnya menyebabkan ‘obesiti’ dan stok keperluan tak mencukupi.

  2. EN KHAIRUDIN MALIKI Reply

    Salam semua peminat2 laman ni… Terima kasih tuan kerana telah berjaya menyedarkan ramai di antara kita yang masih tak sedar sedang dimanipulasikan oleh pasaraya. Kali ni, saya nak berkongsi SEBAB2 mengapa kita menjadi begitu ghairah berbelanja terutama didalam pasaraya besar berbanding berbelanja di pasaraya borong seperti MYDIN. Sebenarnya, sewaktu anda mula melangkah ke dalam sesebuah pasaraya berkenaan, anda telah “kena serang” walaupun anda telah menyediakan “back up” ( contoh : senarai barang yang nak dibeli ). Apa yang “serang” anda? Harga? Barang murah? Diskaun murah? Salah !!! Sebenarnya pasaraya ni telah “menyerang” emosi anda untuk berbelanja dengan “senjata2 hebat” seperti alunan muzik yang menghiburkan, ruang pemijak kaki yang selesa, suasana pendingin udara yang nyaman, jurujual2 yang cute, pengcahayaan lampu yang sungguh memikat hati dan sebagainya. Tahukah anda kita berbelanja 100% disebabkan emosi terutama didalam pasaraya besar ? Dan tahukah anda kenapa pasaraya dibina dengan bertingkat2 dan kompleks? Tak lain tak bukan untuk “menyesatkan” anda didalam pasaraya berkenaan. Mereka tahu apabila anda “sesat” bermakna anda akan berbelanja barang2 yang TAK PERLU. Yang betul2 selamat daripada “serangan” mereka adalah orang yang betul2 tahu perangkap2 berkenaan. Jadi, mulai sekarang buatlah “back up” banyak2 sebelum anda memasuki pasaraya. Barulah cun untuk “menepis” setiap “serangan” yang mereka cuba kenakan pada kita : En Khairudin Maliki – http://khairudinmaliki2010.blogspot.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *