Sepupu SK : Lemah Longlai Lutut Saya Baca Entri MLM

Askum.. Tuan sk, saya baru saja hendak memulakan bisnes MLM (Multi Level Marketing) XYZ (bukan nama sebenar) ..setelah membaca blog tuan sk rasa dah lemah longlai lutut saya.

Bagaimanapun komen dari thinkrich nampak seolah-olah tidak sependapat dengan tuan sk.

Saya dalam dilema sekarang ni.. mungkin orang tua 65 tahun tu berbelanja sakan kot hendak bergaya masa dapat duit MLM.

Saya agak setuju dengan thinrich

Ahmad (bukan nama sebenar)

————————————-

Waalaikummusalam Saudara,

Semoga Allah menunjukkan yang betul dan sebenar untuk Tuan dan kita semua. Amin

Perbezaan pendapat di dalam Islam tiada salah selagi mana ianya dibuat atas tujuan mencari keredhaan Allah.

Cuma saya ingin membetulkan kenyataan saudara, bahawa rujukan Shamsuddin Kadir bukannya seorang, sudah berpuluh-puluh orang, boleh dikatakan hampir dari setiap negeri di Malaysia. Semuanya memberikan maklumat yang saya kepada saya iaitu MLM @ Direct Selling tidak membawa kita kemana.

Lihat balik berapa syarikat MLM dan Direct Selling yang ditubuhkan dan berapa yang sudah tutup, lingkup dan lesen ditarik balik. Ketika emel ini ditulis juga ada beberapa MLM yang lesennya dapat proses ditarik balik.

Shamsuddin Kadir tidak sama sekali melihat MLM @ Direct Selling itu sebagai bisnes untuk ahli, tetapi bisnes kepada pemilik dan pemegang sahamnya.

 

Cara terbaik untuk saudara rasa gagah dan yakin adalah dengan melakukan solat Isthikarah, jika petunjuk yang saudara nampak adalah menceburi MLM sebagai agen, teruskan niat itu.

Shamsuddin Kadir sehingga ke saat ini merasakan MLM  adalah sistem bisnes yang tidak dapat bertahan dan juga membebankan pembeli di atas keupayaan syarikat MLM membuat keuntungan sehingga 4 kali ganda. Tidak semua sistem bisnes yang dicipta oleh barat sesuai untuk diikuti dengan rakyat Malaysia yang kaya dengan agama dan budaya sopan.

Sebagai manusia pendapat Shamsuddin Kadir mungkin tersilap, tetapi sehingga ke saat ini, SK tetap dengan pendirian di atas iaitu Tidak Untuk Menyertai MLM. Kenapa tidak menceburi bisnes yang nyata.

Shamsuddin Kadir

1 comment on “Sepupu SK : Lemah Longlai Lutut Saya Baca Entri MLM”

  1. jai@jaigoku Reply

    Betul Tuan, memang rumit untuk mencegah manusia yg minat. Saya pernah membuat blog post MLM ni.. Tetapi yang kita perlu dan patut sedar adalah sejarah telah mengajar kita. Tetapi masih ramai yang berdegil untuk melakukan sesuatu yang dah nyata.

    Kerana apa? Kerana mereka dah dikaburkan dengan keterujaan memiliki wang yg banyak yang telah dijanjikan oleh pengusaha MLM.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *