Membiayai Kehidupan Ataupun Gaya Hidup?

Isu yang banyak mempengaruhi kita dalam menjalani hidup yang bahagia dan dalam batasan normal manusia adalah kos hidup.

Apabila kita membiayai kehidupan, kita membelanjakan duit bagi memastikan kita memenuhi keperluan sementara hidup di dunia ini.

Apabila kita membiayai gaya hidup, kita membelanjakan duit kita dan duit orang lain (hutang) bagi memenuhi gaya hidup di dunia yang kita merasakan ianya akan kekal untuk selama-lamanya.

Kos membiayai kehidupan adalah murah, kerana kita tidak membazirkan duit bagi membeli simbol-simbol kekayaan, bukan kekayaan itu sendiri. Jika kita memerlukan sofa, kita hanya membelikan sofa yang boleh diduduki dengan selamat oleh tetamu kita dan mereka tidak rungsing jika air tertumpah di atas sofa kita. Tetamu juga tidak rungsing dengan anak-anak mereka yang bermain dalam rumah kita, kerana dalam rumah kita tidak ada hiasan yang membuatkan tetamu takut ianya pecah akibat anak-anak kita.

Apabila kita membiayai gaya hidup, duit gaji yang kita terima sentiasa tidak cukup, walaupun kita sudah menerima 3 kali ganda gaji yang lebih besar, kerana semakin besar gaji yang kita terima semakin besar hutang dan hiasan (simbol kekayaan @ simbol palsu) yang kita akan beli secara hutang.

Contoh individu yang membiayai kehidupan : Membeli TV 21″ berjenama Pensonic (Contohnya) RM 370.

BELIAN TV Pensonic di atas secara TUNAI.

Contoh individu yang membiayai gaya hidup : Membeli TV Plasma / Flat Screen RM 3,666

BELIAN TV Plasma di atas yang berharga RM 3,666 dibeli sama ada secara tunai, ataupun hutang (skim ansuran mudah, ataupun kad kredit).

Untuk mengelakkan kita sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana wang tidak cukup, kita perlu tambahkan kawan dan sahabat kita yang hidup membiayai kehidupan. Insyaa-Allah nilai diri kita akan semakin lama semakin meningkat.

Mengikut kajian, orang yang merasakan dirinya MAHAL, mereka tidak perlu benda-benda mahal untuk dilekatkan kepada badan, ataupun di sekeliling mereka.

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita yang sentiasa berusaha bagi membiayai kehidupan di negara yang sementara ini, insyaa-Allah.

Baca doa ini selalu, “Ya Allah biarlah aku nampak diriku kecil sahaja, tetapi orang lain nampak aku BESAR’ Amin.

Shamsuddin Kadir

Penulis 8 buah buku di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia

Trainer korporat di www.sk.my

Sertai Bengkel Bebas Hutang untuk individu pada 27 Jun 2010, Terhad untuk 8 orang sahaja.

1 comment on “Membiayai Kehidupan Ataupun Gaya Hidup?”

  1. hamba allah Reply

    “Ya Allah biarlah aku nampak diriku kecil sahaja, tetapi orang lain nampak aku BESAR’ Amin.

    kalau doa macam ni ok x?

    “Ya Allah biarlah aku nampak diriku kecil sahaja, dan orang lain nampak aku juga kecil’ Amin.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *